Anda di halaman 1dari 4

SK ULU SIPITANG PETI SURAT 52 89857 SIPITANG SABAH

NO TEL :087 821336 EMAIL : skus_sipitang@yahoo.com

Ruj Kami Tarikh

: SKUS : 25 September 2012

Kepada: ...................................................... Ibu Bapa Murid Tahun 6 SK Ulu Sipitang, SIPITANG

Tuan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6

Perkara di atas adalah dirujuk. 02. Adalah dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar bagi Murid Tahun 6 pada 6-8 Oktober 2012 bertempat di Kudasang, Ranau. 03. Lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman murid mengenai kepelbagaian dan keunikan alam semulajadi yang terdapat di sana. Selain itu, lawatan ini diharap dapat memupuk sikap tanggungjawab murid-murid agar menghargai dan menjaga warisan alam semulajadi tersebut pada masa akan datang. 04. Dilampirkan bersama jadual program, senarai kelengkapan yang harus di bawa dan surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya. Sekian Terima Kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (RAMLI BIN AG SAID) Guru Besar

JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 KE KUNDASANG RANAU, SABAH Tarikh/ Masa Aktiviti 6 Oktober 2012 (Sabtu) Berkumpul di SK Ulu Sipitang Bertolak Rumah Terbalik, Tamparuli Makan Tengahari Memorial Park dan Farm, Kundasang Check In Seribu 1 Homestay Makan Malam Aktiviti Malam 7 Oktober 2012 (Ahad) 6.00 pagi 7.00 pagi 8.00 pagi 12.30 tenghari 7.00 petang 8.00 malam Persiapan Diri Sarapan Lawatan ke Sabah Tea Makan Tengahari Poring Hot Spring, Ranau Makan Malam Aktiviti malam 8 Oktober 2012 ( Isnin) Persiapan Diri Sarapan Bertolak Balik National Park, Kundasang Dijangka sampai ke SK Ulu Sipitang

6.30 pagi 7.00 pagi 12.30 tengahari 3.00 petang 6.00 petang 7.00 petang 8.00 malam

6.00 pagi 7.00 pagi 7.30 pagi 8.30 pagi 5.00 petang

SENARAI KELENGKAPAN MURID BAGI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUNDASANG RANAU

1. Selimut (wajib) 2. Berus gigi dan ubat gigi 3. Sabun 4. Syampu 5. Tuala 6. T-shirt 4 helai 7. Seluar track 3 helai 8. Buku Catatan 9. Ubat-ubatan (mengikut keperluan) 10. Pakaian tidur 11. Telekung/kelengkapan solat 12. Lain-lain yang diperlukan

SK ULU SIPITANG PETI SURAT 52 89857 SIPITANG SABAH

NO TEL :087 821336 EMAIL : skus_sipitang@yahoo.com

Ruj Kami

: SKUS/700/3/01(04)

Tarikh

: 1 Oktober 2012

Kepada Sesiapa yang Berkenaan

Tuan LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 KE KUNDASANG RANAU Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 02. Sukacitanya dimaklumkan bahawan kenderaan bernombor pendaftaran ...................... digunakan untuk membawa murid Tahun 6 SK Ulu Sipitang bagi tujuan Lawatan Sambil Belajar ke Kundasang, Ranau pada 6-8 Oktober 2012. 03. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam hal ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( RAMLI HJ.AG.SAID ) Guru Besar SK Ulu Sipitang

Anda mungkin juga menyukai