Anda di halaman 1dari 16

SKPS 6023

PRINSIP PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN ALAM


SEKITAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

TAJUK:
Teori Pemodenan Ekologikal
Bincangkan peranan kerajaan, swasta dan masyarakat dalam pengurusan dan
pentadbiran alam sekitar di Malaysia ataupun di satu kawasan terpilih

PENSYARAH:
PROF MADYA DR. ER AH CHOR

NAMA :
MAZNI BINTI BALI

P74297

PENGENALAN

Interaksi antara manusia dan alam sekitar sememangnya telah mendatangkan


masalah-masalah alam sekitar yang rumit dan kompleks. Kebanyakan masalah dan isu
alam sekitar yang wujud adalah berpunca daripada sikap dan tingkahlaku manusia
yang tidak bertanggung jawab terhadap persekitaran (Ramsey 1993). Masalah alam
sekitar ini timbul akibat interaksi antara manusia dengan alam sekitar (Uzir, 1996)
dan memberikan kesan yang sangat ketara terhadap alam sekitar sehingga mengubah
keseimbangan dan kestabilan ekologi (Mohani 1989)
Menurut Ramsey dan Anderson (1972), manusia adalah haiwan yang
mengubah alam sekitar secara sedar. Manusia menjadi lalai untuk menjaga kualiti
alam sekitar kerana begitu mementingkan pembangunan. Kerakusan ini telah
mengubah kualiti alam sekitar dan seterunya mencetuskan perubahan fizikal yang
sudah tidak dapat ditampung oleh persekitaran tersebut (Jamaluddin Jahi 1999)
Seandainya permasalahan ini dibiarkan tanpa tindakan yang komprehensif, pastinya
alam sekitar akan mengalami perubahan yang dapat mengancam kehidupan seperti
perubahan iklim, pemanasan global, jerebu, pencemaran, hujan asid, pemusnahan
hutan serta timbuanan pembuangan sisa pepejal. Kemunculan masalah alam sekitar
yang kian kronik bagaikan siren atau peringatan alam kepada manusia agar tidak leka
meneroka alam tanpa menjaga kebajikan alam ini.
Rentetan meruncingnya masalah alam sekitar ini, usaha pengurusan alam
sekitar perlu dipertingkatkan lagi. Di Malaysia, kewujudan isu alam sekitar yang
pelbagai memerlukan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang mempunyai asas
dan disiplin yang pelbagai serta pendekatan yang holistik. Selain itu, usaha bersepadu
daripada pelbagai pihak perlu digembeleng bagi merealisasikan pengurusan efektif
dan berkesan. Kerajaan, pihak swasta atau industri dan masyaraka harus bersamasama menyingsing lengan dalam memastikan alam sekitar negara sentiasa terpelihara.

PENGURUSAN

DAN

PENTADBIRAN

ALAM

SEKITAR

DARI

PERSPEKTIF TEORI PEMODENAN EKOLOGIKAL


Teori Pemodenan Ekologikal (TPE) merupakan aliran keperpustakaan yang
dibangunkan dan sedang membangun sejak 20 tahun lepas (ER, 2009). Kajian
terdahulu menunjukkan TPE dapat menghasilkan kefahaman terhadap kedinamisan
dan mekanisme yang dapat menambahbaik pengurusan dan prestasi alam sekitar alam
sekitar.
Dalam konteks pemgurusan dan pentadbiran alam sekitar di negara ini, Teori
Pemodenan Ekologikal dapat dimplentasi terutamanya bagi tujuan menganalisis
jaringan pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, agensi swasta atau
perindustrian dan masyarakat dalam usaha mengurus alam sekitar dengan berkesan.
Rajah 1 menunjukkan jaringan antara seperti agensi kerajaan, agensi swasta atau
perindustrian dan masyarakat .

Kerajaan
Pengubalan Dasar-Dasar dan
Penguatkuasaan Undangundang
Penilaian Kesan Alam Sekitar
(EIA)
Galakan & insentif industri
teknologi hijau
Pendidikan Alam Sekitar

Industri
Pematuhan undang-undang
Teknologi hijau dan
pelabelan eko
Konsep sisa sifar (zero
waste)
Tanggungjawab Sosial
Korporat

Masyrakat
Perubahan sikap dan amalan
mejaga alam sekitar
Menyertai program alam
sekitar
Menyokong produk mesra
alam
Pendidikan budaya

Sumber : Buttel,2002; Mol,1955; Murphy,2000; Er, 2007, 2009, 2010


Rajah1 : Teori pemodenan ekologikal

2.1 Peranan Agensi Kerajaan


2.1.1 Pengubalan Dasar-Dasar dan Pelaksanaan Undang-Undang
Pihak kerajaan mempunyai peranan yang penting dalam mengurus dan mentadbir
alam sekitar di negara ini. Dasar dan peraturan kerajaan dapat menentukan cara dan
jenis penggunaan sumber alam yang ada. Kewujudan dasar sangat penting kerana ia
menjadi panduan umum untuk mengatur langkah yang stategik dalam mengatasi
masalah negara agar masalah tersebut dapat diselesaikan secara berperingkat, teratur
dan lebih berkesan selain mengutarakan cara penyelesaian terbaik atau mudah yang
dapat dijadikan sebagai garis panduan umum masyarakat. Jadual berikut merupakan
dasar-dasar berkaitan dengan persekitaran yang telah diwartakan.
Jadual 1: Jadual Senarai Dasar Kerajaan yang Berkaitan Dengan Alam Sekitar
Dasar
Rancangan Lima Tahun
Malaysia
Rangka Rancangan Jangka
panjang 1, 2 dan 3

Wawasan 2020

Dasar Alam Sekitar

Dasar Perhutanan

Dasar Biodiversiti Negara

Dasar Tanah Bencah Negara


Dasar Pelancongan Negara

Dasar Mineral Negara


(Peringkat penyediaan kertas
cadangan)
Pengisytiharan Langkawi
(Agenda 21)
Konsep Pembangunan
Lestari (telah diserap dalam
Rancangan Pembangunan
Lima Tahun Malaysia

Perkaitan dengan Alam Sekitar


Turut memberi tumpuan terhadap kelestarian alam sekitar dan
pengurusan sumber asli yang baik
Turut memberi penekanan terhadap perlindungan alam sekitar
dan ekologi jangka panjang bagi memastikan kelestarian
pembangunan negara
Perhatian turut diberi terhadap pemuliharaan alam sekitar dan
sumber asli serta menerima pakai konsep pembangunan
lestari
Dasar induk berkaitan persekitaran kerana ia memberi
perhatian dan tumpuan menyeluruh terhadap segala aspek
persekitaran
Memperuntukan penubuhan hutan simpanan kekal,
pengurusan, pengusahasilan serta membangunkan sumber
hutan secara saintifik dan teratur untuk menjamin bekalan
kayu kayan yang berterusan
Memelihara kepelbagaian biologi Malaysia dan memastikan
komponennya digunakan secara lestari bagi kemajuan
sosioekonomi negara.
Mempromosikan penggunaan lestari terhadap sumber-sumber
tanah bencah , melindungi keselamatan dan kesihatan awam
dan melindungi kepelbagaian biologi.
Menonjolkan keunikan khazanah semulajadi, corak
pembangunan berasaskan ekologi dan membangunkan
pelancongan lestari.
Menekankan perlindungan dan pengurusan alam sekitar
dengan sasaran impak yang minimum terhadap alam sekitar
akibat perlombongan mineral.
Pengisytiharan ini cuba memastikan aspek-aspek
pemuliharaan dan keseimbangan ekologi sentiasa diberi
penekanan dalam perancangan dan pelaksanaan program
pembangunan.
Menekankan konsisten antara pembangunan dan kualiti alam
sekitar selain menekankan aspek pemulihraan dan
keseimbanganekologi

ber,mula daripada RMK-6

Sumber : Haliza Abdul Rahman & Roshasliney Hashim


Dasar dan perundangan mempunyai hubungan simbiosis dan saling berkait
antara satu sama lain. Ini kerana melalui dasar, undang-undang khusus mencakupi
isu-isu persekitaran tertentu boleh digubal atau pindaan terhadap perundangan sedia
ada dapat dilakukan. Mekanisma perundangan dapat dilihat sebagai salah satu cara
penting bagi mengurangkan kemerosotan alam sekitar.
Jadual 2: Senarai Akta yang berkaitan dengan Pemuliharaan alam sekitar
Akta / Undang-Undang
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan di
bawahnya
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih)
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang
ditetapkan) bagi Laporan Penilaian Alam Sekitar
1987; dan
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penurunan Kuasa
Kawalan Pencemaran Marin) 1993 dan 1994
Akta Perikanan 1985
Akta Perhutanan Negara 1984
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Pengambilan Balik Tanah 1960
Kanun Tanah Negara 1965
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
Akta Pemuliharaan Tanah Negara 1965

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974


Akta Pelantar Benua 1966
Akta Zon Ekonomi Eklusif 1984

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972


Akta Pihak Berkuasa Pelabuhan 1963 (semakan
semula 1992)
Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993
Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran minyak)
1984
Enakmen Air 1920
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Agensi

Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Perikanan
Jabatan Taman Laut Malaysia
Jabatan Perhutanan
Pihak Daerah atau Pihak
Berkuasa Tempatan
Pihak Daerah atau Pihak
Berkuasa Tempatan
Pihak Daerah atau Pihak
Berkuasa Tempatan
Pejabtan Tanah dan Daerah
Jabatan Pembangunan Bandar
& Desa
Pihak Daerah atau Pihak
Berkuasa Tempatan
Pihak Daerah atau Pihak
Berkuasa Tempatan
Jabatan Ketua Pengarah Tanah
& Galian
Jabatan Laut
Jabatan Perikanan
Jabatan Kastam
Jabatan Pertahanan
Jabatan PERHILITAN
Jabatan Taman Laut Malaysia
Kementerian Pengangkutan
Pihak Berkuasa perlabuhan
Jabatan Perkhidmatan
pembentungan
Jabatan Laut Malaysia
Jabatan Pengairan dan Saliran
Badan Pengurusan Sisa

Awam 2007

Pepejal & Pembersihan Awam

Perundangan alam sekitar ini bukan sahaja instrumen yang digubal bagi
mengawal alam sekitar daripada dicemari, mengalami kemerosotan ataupun dicemari
semula malah ia juga dapat cuba menetapkan aktiviti manusia yang mungkin secara
langsung atau tidak langsung mempengaruhi kualiti alam sekitar. Ia juga merupakan
suatu sistem pencegahan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengawal wujudnya
semula punca pencemaran baru dan menyekat kemungkinan berlakunya kemerosotan
alam sekitar. Ringkasnya, kaedah perundangan adalah akta-akta perundangan yang
digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tindakan terhadap industri atau
pihak yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
2.1.2 Penilaian Kesan Alam Sekitar(EIA)
Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) merupakan satu pendekatan yang menekankan
aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan
antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar di bawah aspek pengekalan,
pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Dengan kata lain EIA merupakan satu
laporan yang perlu disediakan oleh industri atau pemaju sebelum mendapat kelulusan
daripada pihak berkuasa sebeum sesuatu projek dijalankan. Menurut United Nations
Environmental Programme (1979), Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) adala satu
kajian mengenal pasti, meramal serta menghuraikan kebaikan dan keburukan sesuatu
cadangan projek pembangunan yang menuntut keperluan adanya komunikasi antara
pihak-pihak terlibat, iaitu masyarakat setempat, pemaju, dan pihak berkuasa bagi
melicinkan keadaan. Selain itu menurut Muhammad Rizal R dan Kadir A (2002), EIA
juga merupakan satu kajian mengenal pasti dan meramal impak sesuatu pembangunan
dan seterusnya mencadangkan langkah migitasi atau tebatan yang sesuai bagi
meminimumkan impak negatif kepada alam sekitar.
Di Malaysia, EIA diletakkan di bawah Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam
sekeliling 1974 (Akta 127) yang memberi kuasa kepada Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar untuk menyenaraikan aktiviti yang dirasakan berpotensi mendatangkan
impak negarif terhadap alam sekitar. Terdapat 19 aktiviti yang telah disenaraikan.
Pelaksanaan EIA ini sangat relevan dalan pengurusan alam sekitar khususnya kerana
terdapat garis panduan yang ketat harus dipatuhi oleh pemaju industri sebelum

memajukan atau tebusguna tanah di kawasan tersebut. Contonya sebelum


pembangunan pemaju harus mengenalpasti persekitran sedia ada, mengenal pasti
impak yang akan berlaku ke atas sumber tersebut apabila projek yang di cadangan di
jalankan dan seterunya mencadangkan langkah mitigasi dan tebatan awal. Setelah
diluluskan, permonitoran akan sentiasa dijalankan oleh pihak berkuasa. Langkah ini
penting bagi memastikan segala ramalan impak dan langkah migitasi yang telah
dicadangkan di dalam laporan EIA di laksanakan dengan berkesan dan sempurna.
Justeru, EIA boleh dianggap sebagai instrumen kerajaan dalam pengurusan dan
pentadbiran yang berkesan yang mampu menjadi medium membuat sesuatu projek
pembangunan sama ada sesuai dilaksanakan atau tidak berdasarkan penilaian kepada
kesan alam sekitar.
2.1.3 Galakan dan insentif teknologi hijau
Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar,
meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta
mengurangkan bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif
daripada pembangunan. Strategi ini juga berperanan sebagai alternatif dalam usaha
meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar. Dalam menggalakan
industri melaksanakan

teknologi hijau kerajaan telah memperkenalkan pelbagai

insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikatyang menjana elektrik daripada
Sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan industri-industri
mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana
mereka layak diberi pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan
Status Perintis (Pioneer Status). Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk
mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi
mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam
penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif
ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan
bagi:
i.

Duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan
pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan
photovoltaic

ii.

Pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar


daripada pengilang tempatan.

iii.

Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti
Motor Cekap Tenaga (High Efficiency Motors) dan Bahan Penebat (Insulation
Material) diberi kepada pengimport

iv.

Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE Consumer Goods


seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast

2.1.4 Pendidikan Alam Sekitar


Bagi membentuk satu masyarakat yang melihat hak alam untuk wujud secara harmoni
besama manusia bukanlah seseutu perkara yang mustahil. Selain daripada
perancangan yang teliti dan pelaksanaan sistem dan peraturan yang menyeluruh,
pendidikan adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah pengawalan degradasi
alam sekitar. Menurut Mohamad Zahir (2009), Pendidikan merupakan elemen penting
dalam mewujudkan kesedaran pengetahuan dan sikap terhadap alam sekitar.
Sesuailah dengan peribahasa lama melentur buluh biar dari rebungnya .
Walaupun pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk
mengawal alam sekitar dan pembangunan lestari namun hakikatnya proses ini
memakan masa yang lama untuk dinilai keberhasilannya. Di Malaysia, Pendidikan
Alam sekitar merentasi kurikulum telah dilaksanakan sejak tahun 1986 lagi.
Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan
secara merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran ataupun subjek di sekolah.
Terdapat 16 nilai murni alam sekitar yang sesuai untuk diterapkan semasa P&P dalam
mana-mana mata pelajaran di sekolah.
2.1.5 Mengadakan program dan kempen kesedaran alam sekitar
Kempen kesedaran menjaga dan memulihara alam sekitar dilaksanakan dari masa ke
semasa.. Sumber-sumber media massa dan media elektronik perlu digunakan dalam
usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengurus alam
sekitar. Masyarakat perlu ditanamkan dengan semangat yang digambarkan oleh tema
yang selalu digunakan oleh pencipta alam sekitar iaitu "berfikir secara global,
bertindak secara setempat" (Jafry 2009). Kesedaran individu dan masyarakat tentang
betapa pentingnya memelihara sumber alam merupakan asas yang paling utama

dalam usaha mengekalkan alam sekitar yang mapan,serta menarik minat masyarakat
bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
2.2 Peranan Agensi Swasta dan Industri
2.2.1 Pematuhan undang-undang alam sekitar
Pematuhan undang-undang dapat dilihat sebagai aspek yang mempengaruhi
perubahan sesebuah industri. Di Malaysia, terdapat pelbagai langkah perundangan
dan dasar-dasar yang telah digubal bertujuan untuk melindungi alam sekitar. Bagi
meningkatkan pematuhan, industri haruslah peka dan memenuhi arahan-arahan
undang-undang, akta dan peraturan yang telah ditetapkan dan seterusnya

dapat

melaksanakan sistem pengurusan alam sekitar yang baik.

Menghormati dan mengikuti undang-undang berkaitan dengan alam sekitar


seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh agensi kerajaan yang berkenaan
dalam pengeluaran dan penyimpanan bahan-bahan kimia yang merbahaya dan
toksik.

Mewujudkan dasar-dasar yang mementingkan kesejahteraan manusia dan


melindungi serta memelihara alam sekitar

2.2.2 Melaksanakan teknologi hijau dan pelabelan eko


Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Dalam usaha kerajaan, agensi
swata dan industri haruslah menyokong pelaksanaan Teknologi Hijau. Ia merujuk
produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
i.

Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas


Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;

ii.

Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik
untuk semua hidupan;

iii.

Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

iv.

Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Selain itu industri juga digalakkan terlibat dengan pelabelan eko. Pelabelan eko
merupakan satu sistem pelabelan untuk barangan pengguna untuk menunjukkan
bahawa produk tersebut adalah mesra alam, dihasilkan melalui barangan yang boleh
atau yang telah dikitar semula ataupun satu produk yang dihasilkan tanpa
menyebabkan sebarang kesan negatif kepada alam sekitar. Langkah ini dapat
membantu pengguna dalam memilih produk mesra alam.
2.2.3 Konsep sisa sifar (zero waste)
Konsep sisa sifar lebih luas dan lebih lengkap berbanding dengan konsep kitar
semula. Dalam melaksanakan inisiatif ini, sesebuah industri perlu menghasilkan
barangan dan perkhidmatan yang tidak berbahaya dan paling sedikit menghasilkan
sisa selepas ia digunakan. Ia juga perlu memastikan aspek pembungkusan dan produk
itu sendiri atau bahagian-bahagiannya boleh dikitar dan diguna semula bagi
menghasilkan produk yang seterusnya. Justeru itu sesebuah industri perlu menimbang
perkara-perkara berikut sebelum sesuatu produk itu dikeluarkan:
i.

Di mana sumber bahan boleh diperolehi dan pastikan bahan tadi tidak
berbahaya kepada alam sekitar. Jika ia menggunakan sumber daripada bahan
yang dikitar semula, itu lebih baik kerana sumber baru tidak diperlukan untuk
proses pengeluaran;

ii.

Bagaimana produk dilupuskan selepas diguna. Sebagai contoh, apa yang


terjadi kepada tiub televisyen lama dan komputer selepas ia rosak?

iii.

Bagaimana syarikat dapat mengurangkan sisa yang dihasilkan. Perlukan


pasaraya menyediakan beg plastik untuk setiap pelanggannya setiap kali
mereka berbelanja?

iv.

Bagaimana syarikat boleh menjadikan bahan pembungkusan boleh dikitar


semula.

v.

Dengan mengamalkan sisa sifar, pengeluar bukan sahaja menolong


memelihara alam sekitar malah memperolehi manfaat dalam bentuk
penjimatan kos operasi.

Jika dibuat perbandingan, pengurusan sisa merupakan tindakan pada tahap yang
lewat sedangkan konsep sisa sifar lebih kepada pengurusan sumber pada peringkat
awal lagi. Jadi, jika sumber diuruskan dengan baik dan berkesan serta menggunakan
teknologi yang bersesuaian, sudah pasti produk dan perkhidmatan yang dihasilkan

adalah bermutu dan mesra alam. Natijahnya, masalah kekurangan tapak pelupusan
atau kemungkinan bandar atau penempatan kita dilimpahi sampah sarap tidak akan
berlaku kerana hasil perindustrian dan perkilangan tidak menyumbang ke arah
penciptaan sisa-sisa berbahaya dan tidak bermanfaat.
2.2.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Sekuiriti, Datuk Zainal Anwar, Tanggungjawab
Sosial Korporat perlu dilaksanakan sebagai salah satu komponen asas dalam amalan
perniagaan. Dengan kata lain, tanggungjawab sosial perlu menjadi amalan dan bukan
bersifat satu pilihan. Tanggungjawab sosial koporat mempertingkatkan koperasi, nilai
jenama, penjualan dan kesetian pelanggan. Selain itu, skop tanggungjawab sosial
korporat juga perlu diperluasakan dalam konteks pemuliharaan alam sekitar.
Tanggungjawab sosial koporat yang mesra alam ini boleh dilaksanakan dalam tiga
dimensi iatu jenis perniagaan, pengurangan impak alam sekitar dan penajaan
Rajah 2: Kuadran Mesra Alam
Kuadran Pertama
Masih memerlukan sisitem
perundangan untuk melakukan
sesuatu inisiatif mesra alam

Kuadran Kedua
Mempuayai kesedaran mesra alam
namun masih mengutamakan
perkiraan
untung rugi
Kuadran Mesra Alam
Kuadran Ketiga
Kuadran Keempat
Mempunyai kesedaran tinggi
Sangat peka terhadap
terhadap pelestarian alam sekitar
pelestarian alam sekitar
dan melakukan pelbagai inisiatif
sehinggakan menjadiakan
mengatasi apa yang diperlukan
perniagaan mereka selari dengan
oleh undang-undang
falsafah dan dasar alam sekitar.

Sumber: Zaini Ujang (2008)


Konsep Kuadran Mesra Alam ini di perkenalkan oleh Zaini Ujang (2008), di
mana menunjukkan tahap penglibatan pelbagai pihak mengikut komitmen mesra
alam. Pengelasan ini memudahkan pihak kerajaan untuk memantau penglibatan sektor
korporat dalam pelestarian alam sekitar khasnya dalam Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR). Perlaksanaan CSR ini dapat meningkatkan reputasi sesebuah
syarikat, di mana ianya dari satu segi (supply -side) dapat menarik, mengekal dan
memotivasikan pekerja yang berkualiti. Manakala dari perspektif lain (demand -side),
reputasi yang baik dapat meningkatkan nilai sesuatu jenama yang secara tidak

langsung meningkatkan imej dan nama syarikat. (Oliver Falck & Stephen Heblich,
2007).
2.3 Peranan Masyarakat
2.4 Amalan hijau dan mesra alam
Pengguna hijau merupakan seseorang pengguna yang mementingkan alam sekitar
ini. Pengguna hijau membeli barangan yang mesra alam atau barangan eko.
Barangan mesra alam atau barangan eko merupakan produk yang tidak mempunyai
bungkusan atau kurang pembungkusan, diperbuat daripada bahan semula jadi atau
produk yang tidak mencemarkan alam sekitar.

Bawa beg sendiri untuk membeli belah.

Berbasikal atau berjalan kaki untuk perjalanan yang dekat.

Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan.

Amalkan 3R (mengurangkan, menggguna semula dan mengitar semula). Kita


dapat menjimatkan banyak sumber alam daripada dimusnahkan.

Praktiskan dan sokong pekebunan secara organik.

Gunakan tenaga dan bahan api secara efisyen, jangan bazirkan sumber ini.

Jalankan projek-projek atau aktiviti bertemakan alam sekitar di rumah, tempat


kerja dan juga kawasan kediaman.

Dinginkan rumah anda secara bijak dengan menanam pokok di sekitar rumah.

Beli barangan tempatan. Selain kita dapat menjimatkan wang, ia turut


menyokong ekonomi tempatan serta mengurangkan pembebasan karbon
disebabkan penggangkutan barangan jarak jauh.

2.5 Menyokong produk mesra alam


Salah satu peranan penting pengguna atau masyarakat dalam mengurus dan mentadbir
alam sekitar adalah menyokong industri yang mengeluarkan produk mesra alam. Bagi
menyokong usaha tersebut pengguna harus peka kepada pelabelan eko sesuatu
produk. Pengetahuan, pendekatan dan permintaan daripada pengguna memainkan
peranan yang sangat penting. Pengguna harus mempunyai kepercayaan terhadap
tuntutan yang dibuat oleh pengeluar produk tersebut seperti yang dituntut dalam
pelabelan eko. Tetapi perkara ini memang tidak boleh dicapai dengan masa yang

cepat. Kepercayaan pengguna terhadap tuntutan seperti pelabelan eko memang akan
mengambil masa. Satu perkara penting yang harus diutamakan dalam pelabelan eko
ini adalah untuk memastikan maklumat mengenai label eko dan pensijilan produk
tersebut disampaikan kepada pengguna secara efektif.
Pelabelan Eko memudahkan pengguna untuk memilih green products. Ia juga
merupakan suatu skim sukarela yang ditubuhkan untuk menggalakkan sektor
perniagaan supaya menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam. Label
ini juga dapat membantu para pengguna supaya mengenal pasti barangan yang mesra
alam. Sebagai contoh, penggunaan pelabelan eko dapat digunakan untuk barangan
yang tidak mengandungi klorofluorokarbon (CFC). CFC adalah bahan yang dapat
merosakkan lapisan ozon. Pelabelan Eko juga terdapat pada barangan yang boleh
dikitar semula, dan juga barangan yang mempunyai pengguna tenaga yang efisien
atau menjimatkan tenaga.
2.6 Pendidikan budaya
Pendidikan budaya merupakan adalah satu pendekatan bagi melahirkan sikap
menghargai alam sekitar. Pembudayaan adalah satu proses yang berterusan melalui
sistem amalan yang telah disebatikan di dalam jiwa individu. Menurut Zaini Ujang
(2009) komitmen sebahagian besar dari masyarakat Malaysia dalam membudayakan
mencintai alam adalah masih rendah, ini dapat dilihat pada budaya membuang
sampah sewenang-wenangnya tanpa memeikirkan kesan dan akibatnya terhadap alam
sekitar. Sesuatu yang telah menjadi budaya rutin serta amalan kekal dalam
masyarakat dan individu akan membentuk jiwa perintis ke arah proses pembangunan
mapan. Budaya mesra alam perlu dijadikan sebahagian daripada kehidupan kita agar
metlamat melahirkan masyarakat yang sensitif kepada kehendak alam dapat dicapai.
Selain itu ibu bapa adalah guru pertama dalam pembentukan sahsiah dan
perwatakan anak-anak. Keluarga yang dibina atas dasar iman dan takwa adalah
universiti alam yang banyak memberi pengaruh dalam pembentukan budaya, corak
pemikiran dan perilaku ahlinya. Peranan keluarga terutamanya ibu bapa dalam
menyemai minda membudayakan amalan mesra alam adalah amat penting sebagai
asas anak-anak membesar dan memahami kepentingan ini. Pendidikan daripada ibu
bapa adalah satu prosesberterusan dan tidak mengenal tergendala. Oleh yang

demikan, ibu bapa hendakalah memainkan peranan secara proaktif dalam memastikan
anak-anak menghargai alam sekitar ini.
3

JARINGAN PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM PENGURUSAN DAN


PENTADBIRAN ALAM SEKITAR

3.1 Jaringan hubungan Kerajaan dan Industri


Berdasarkan peranan-peranan pihak-pihak berkepentingan yang telah dibincangkan
sebelum ini, analisis jaringan hubungan pengurusan dan pentadbiran alam sekitar
yang dapat dilihat. Menurut Er (2007) TPE telah menunjukkan analisis hubungan
antara pembangunan industri dan alam sekitar, di mana industri mendatangkan
masalah kepada alam sekitar, sementara campurtangan dalam dasar-dasar akan
menghasilkan situasi menang-menang yang memanfaat persekitaran dan ekonomi.
Di samping menggunakan perundangan sebagai alat pengurusan alam sekitar,
kerajaan harus mewujudkan hubungan simbiosis bersama industri. Pemberian
pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik
daripada Sumber Tenaga Boleh Diperbaharu dan industri-industri mengamalkan
aktivit penjimatan dapat dilihat sebagai strategi ampuh dalam menarik minat industri
untuk beroperasi secara mesra alam. Apabila penglibatan industri meningkat dalam
operasi mesra alam, secara tidak langsung dapat mengurangkan isu dan maslah alam
sekitar. Selain itu pelaksanaa EIA juga dapat menjadi titik pertemuan yang memenuhi
matlamat kedua-dua pihak ini iaitu antara manfaat ekonomi dan alam sekitar
3.2 Jaringan hubungan Industri dan Masyarakat
Jaringan hubungan industri dan masyarat amat penting bagi memastikan industri lebih
berkeyakinan untuk melaksanakan pembangunan mesra alam. Sambutan daripada
pengguna terhadap produk mesra alam amat penting bagi memastikan industri terus
berkembang pesat dan seterusnya memperolehi keuntungan. Ia juga dapat dilhat
sebagai salah satu usaha masyarakat dalam membatu mengurus alam sekitar dengan
baik. Oleh yang demikian masyarakat harus peka dalam mengenal dan memilih
produk dan perkhidmatan mesra alam dan mempunyai kesanggupan membayar
willingess to pay (WTP) semasa membeli barangan mesra alam kerana sepertimana
yang kita ketahui produk mesra alam mempunyai kos yang lebih tinggi berbanding
produk biasa.

3.3 Jaringan hubungan Kerajaan dan masyarakat


Terdapat pelbagai kaedah kawalan alam sekitar yang telah diimplimentasi di negara
kita termasuklah kaedah perundangan dan kaedah bukan perundangan. Tidak
dinafikan lagi bahawa pendidikan merupakan salah satu cara bukan perundangan
yang dapat melahirkan kesedaran seterusnya dapat mengubah corak interaksi manusia
dengan alam sekitar dalam melahirkan individu yang lebih bertanggung jawab. Selain
itu pelaksanaan kempen dan program alam sekitar juga bukan sahaja dapat
meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar
malah menjadi pemangkin kepada mereka untuk menterjemaahkan kesedaran tersebut
kepada komitmen seperti melaksanakan amalan hijau dan menyokong produk mesra
alam.

KESIMPULAN

Jaringan antara kerajaan-industri, industri-masyarakat dan kerajaan-masyarakat yang


kukuh pastinya dapat menjayakan pengurusan dan pentadbiran alam sekitar dengan
baik. Jaringan kerajaan-industri menunjukkan kerjasama industri dalam melaksanakan
teknologi hijau mesra alam dan ia disokong oleh melalui intensif fiskal yang
diberikan oleh kerajaan kepada industri tersebut. Begiu juga dengan jaringan industripengguna malalui pelabelan eko dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat
(CSR). Jaringan kerajaan-pengguna pula memperlihatkan pendidikan alam sekitar dan
kempen-kempen alam sekitat yang dibuat oleh kerajaan dapat melahirkan kesedaran
masyarakat menjaga alam sekitar. Tuntasnya, setiap pihak harus berkerjasama main
peranan dan mengembeleng tenaga dalam mengurus dan mentadbir alam sekitar ini.

RUJUKAN
Er, Ah Choy. 2009. Prestasi alam sekitar rantaian industri tekstil dan pakaian di
Malaysia: Faktor dorongan daripada perspektif pemodenan ekologi
Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 5.3 (2009): 44-56.

Er, Ah Choy, and Catherine Lau YP. 2012. Analisis jaringan pihak-pihak
berkepentingan ke arah kelestarian kampus. Geografia: Malaysian Journal of
Society and Space 8.6 (2012): 109-116.

Haliza Abdul Rahman, Roshasliney Hashim. 2010. Pemeliharaan dan Pemuliharaan


Alam Sekitar di Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

Jamaluddin Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar, Universiti


Kebangsaan Malaysia. Bangi

Mohammad Zohir. 2009. Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran


Geografi di sekolah menengah : Pengetahuan, sikap, efikasi dan amalan guru.
Universiti kebangsaan Malaysia. Bangi

Ramsey, J. M. (1993). The effects of issue investigation and action training on eighthgrade students' environmental behavior. The Journal of Environmental
Education, 24(3), 31-36.

Ramsey. 1977. Environmetal knowledge and attitudes. The Journal of Environmental


Education 8(1): 10-18

Sham Sani, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Jahi. 1993. Alam Sekitar dan
Pengurusannya Di Malaysia. Working Group on Urban Ecosystems
Malaysia National MAB Committee and MAB UNESCO

Zaini Ujang. 2009. Minda Lestari: Pembangunan negara dan pemuliharaan alam
sekitar. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai Johor

Anda mungkin juga menyukai