Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Merarau YDP PIBG

Terima kasih tuan pengerusi majlis.

Yang berusaha, Encik Chanking anak Jawa, Guru besar SK Ulu Lemanak
Yang berusaha Encik Loise anak Eri, Guru Besar SK Ulu Engkari
Yang berusaha _Andy Entingi anak Migat Guru Besar SK Nanga Tibu,
Yang dihormati, Penghulu Chabi anak Embiak,
Yang dihormati, Encik Thomas anak Ringkai, NYDP SK Ulu Lemanak,
Barisan guru penolong kanan,
Barisan EXCO PIBG SK Ulu Lemanak,
Barisan EXCO PIBG sekolah jemputan yang hadir
Tuai-tuai rumah,
Guru-guru, barisan AKP, Ibu bapa dan hadirin sekalian.

Selamat tengahari dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya mewakili


barisan Exco PIBG mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu
yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis merarau sekolah pada
tahun ini. Majlis kita pada hari ini tidak akan berseri tanpa kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan. Saya berbesar hati kerana kehadiran kalian semua
menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah khasnya.

Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan


daripada SK Ulu Engkari dan SK Nanga Tibu yang sudi memeriahkan majlis kita
pada hari ini. Saya faham tuan-tuan dan puan-puan mempunyai komitmen
luar yang lain, namun kehadiran anda semua menunjukkan kesedian dan
sokongan terhadap sekolah SK Ulu Lemanak. Saya berharap agar pihak tuan
sudi datang lagi ke sekolah kami pada masa akan datang.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tuai-tuai rumah
panjang dan ibu bapa yang hadir kerana turut serta dalam majlis kita pada
hari ini. Saya yakin kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua ingin
membantu dan memberi kerjasama yang penuh terhadap pihak sekolah.
Syabas saya ucapkan.

Saya juga mewakili pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah, EXCO PIBG dan AJK Pelaksana yang telah bertungkus
lumus dan komited dalam menguruskan segala perancangan untuk
menjayakan majlis merarau kita ini.

Hadirin yang dimuliakan,


Saya sangat gembira melihat penganjuran aktiviti-aktiviti seumpama ini
kerana saya yakin dan percaya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan
hubungan sesama kita. Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi sekolah secara amnya. Sekiranya pihak sekolah
menganjurkan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang, saya berharap
kita semua terus memberi sokongan.
Seterusnya, saya mewakili seluruh warga SK Ulu Lemanak menyusun sepuluh
jari memohon ampun sekiranya terdapat apa-apa kekurangan sepanjang
berlangsungnya majlis ini. Dengan ini, saya merasmikan Majlis Merarau SK ULU
LEMANAK bagi tahun 2018 ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai