Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI DUA

JALAN MASJID,

30020 IPOH PERAK,

KERTAS KERJA
PEMBANGUNAN SUKAN SOFTBAL
SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:-

EN HASNI B HASSAN

SU KOKURIKULUM SK MANJOI DUA


Kertas Kerja
Pembangunan Sukan Softball

1.0 PENGENALAN

Kekalahan dalam setiap pertandingan yang disertai oleh murid pada setiap tahun telah memberi impak yang kurang
baik kepada pembinaan self ekstream murid. Keadaan ini tidak menepati dengan dasar kementerian hari ini yang
memberi fokus kepada kemenjadian murid dalam aktiviti sukan dan permainan. Apatah lagi yang menjadi jurulatih
kepada sukan dan permainan di sekolah ini adalah dari guru yang sama setiap tahun. Yang berubah hanyalah
pemain-pemain yang mewakili acara sukan dan permainan sahaja. Berdasarkan kepada pemerhatian pihak
pengurusan, didapati bahawa untuk mencapai kemenangan dan mengekalkan kemenangan, sekolah perlu
mengambil inisiatif untuk berubah dari kebiasaan.
Dengan kata lain, pihak pengurusan tidak boleh bergantung kepada sukan dan permainan yang pernah disertai
saban tahun. Perubahan ini perlu dibuat memandangkan kepada kekuatan persekitaran yang boleh menyumbang
sesuatu yang positif jika sekolah berubah dari biasa. Bak kata pepatah ‘ jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya’. Untuk itu, satu inisiatif telah disusun atur bagi mencapai matlamat organisasi dalam sukan dan permainan
di samping itu kemenangan yang diharapkan itu nanti dapat meningkatkan self ekstream murid terhadap sekolah .
Selain itu juga , dengan kemasukan permainan baru , prestasi sekolah dapat diwujudkan secara tidak langsung.
Program Pembangunan Sukan Sofbol dirangka khusus sebagai persediaan kepada murid-murid yang akan dipilih
mewakili sekolah pada tahun 2022 bagi permainan softball dan pada tahun akan datang. Dalam hal ini, Unit
Kokurikulum mengambil inisiatif awal sebagai langkah menghadapi sesi kejohanan pada masa hadapan. Persediaan
awal ini membolehkan pengurus dan jurulatih meletakkan sasaran sebenar bagi kejohanan yang bakal disertai.

Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan Dalam Pendidikan (LDP)
Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua akan cuba menghantar 3 orang guru untuk menyertai Kursus Kejurulatihan anjuran
bersama PPD Kinta Utara pada tahun 2022 untuk memberi pendedahan kepada semua guru mengenai teknik
kejurulatihan serta taktikal permainan sofbol. Langkah ini diharap menjadi suatu pemangkin semangat bagi pihak
sekolah dalam menjadikan pasukan sofbol sebagai pasukan elit sekolah pada masa hadapan bagi meningkatkan
mutu sukan Sekolah Tranformasi Pendidikan SK Manjoi Dua .

2
Kertas Kerja
Pembangunan Sukan Softball

2.0 MATLAMAT

Program Pembangunan Sukan Softbol ini bermatlamat untuk membentuk dan melahirkan generasi murid
Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua yang mempunyai semangat kesukanan dan kegigihan dan mempelajari strategi
dalam sukan serta menyertai dan mengaplikasikan setiap ilmu yang diperoleh dengan sebaiknya. Di samping itu,
program ini juga bermatlamat menjadikan murid Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua sebagai generasi pelapis sukan
sofbol yang berdisiplin dan berdaya saing pada masa akan datang dan menaikan mutu sukan sekolah selaras dengan
kemenjadian murid setiap tahun.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menguasai kemahiran asas dalam Sofbol.


3.2 Menjadikan sukan Sofbol sebahagian daripada sukan yang diminati di sekolah.
3.3 Membentuk pasukan sofbol sekolah yang mantap dan berdisiplin.
3.4 Menjadi antara lima pasukan sofbol terbaik dalam sukan sofbol MSSD menjelang 2024.
3.5 Menjadi satu loncatan bagi pihak sekolah mencapai kemenangan sukan dan permainan kerana
kurangnya penyertaaan bilangan sekolah yang menyertai.
3.6 Membantu meningkatkan mutu sukan sekolah dan pencapaian PAJSK dalam program kesukanan
terhadap kemenjadian murid.
3.7 Membina dan memupuk semangat kekitaan, bertoleransi dan mengamalkan gaya hidup sihat.
3.8 Membantu meningkatkan skill jurulatih utama pasukan.

4.0 CADANGAN SASARAN DAN JANGKA MASA PROGRAM

Bagi mencapai objektif , pihak pengurusan mensasarkan tiga aktiviti utama bagi mencapai matlamat dan objektif
yang ditetapkan. Aktiviti yang dirancang merangkumi :
- Peningkatan skill di kalangan guru sebagai jurulatih utama pasukan
- Pendedahan kemahiran permainan sofbal di kalangan murid dan pemilihan pemain bagi murid yang
mencapai kriteria yang ditetapkan
- Aktiviti pembangunan sukan sofbal yang bermula seawal tahun 2020 serta sepanjang tahun bagi
memberi pengalaman dan peluang bermain sebelum terlibat dalam pertandingan sebenar

3
Kertas Kerja
Pembangunan Sukan Softball

Bil Aktiviti Sasaran KPI


1. Pendedahan kepada kemahiran bermain dan 4 orang guru dan 15 orang murid 3 hari hadir
peraturan dalam permainan sofbol
2. Aktiviti pemilihan pasukan sofbol untuk Kejohanan 15 orang murid yang sertai 3 orang murid
Sofbol Peringkat Daerah Kinta Utara 2024. terpilih
3. Latihan sofbol untuk Kejohanan Sofbol Peringkat 15 orang murid dan 4 orang guru Latihan Seminggu x 4
Daerah Kinta Utara 2024. terlibat kali

5.0 KUMPULAN SASARAN


Pendedahan kepada murid dari Tahap Dua (Tahun 4 , 5 dan Tahun 6 ) yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Manjoi Dua yang berpotensi, berdisiplin serta mempunyai fizikal yang sihat dan mempunyai minat yang
mendalam terhadap sukan softball.

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Pn Fadzilah bt Abd Aziz
Pengerusi : En Meor Zulkernaen b Zabidin
Pengurus : Pn Nurul Syahiza bt Mohd Saleh
Jurulatih : En Mohd Jamzury b Abd Rasid
En Mohd Fazrul b Mustapha
En Hasni b Hassan

7.0 TEMPAT LATIHAN : Padang SK Manjoi Dua


MASA LATIHAN : 3.30 PETANG – 6.30 PETANG
SETIAP HARI ISNIN /SELASA/ RABU / KHAMIS

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN ALATAN


Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk pertandingan ini :
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
( RM )
1 Penyertaan
( Semua murid perempuan tahun 4,5 dan 6 ) 70

2 Pengangkutan
i) Perlawanan Persahabatan RM 60 x 5 hari RM 300

4
Kertas Kerja
Pembangunan Sukan Softball

3 Makan dan minum pemain

i) Masa pertandingan RM 5 x 15 orang pemain RM 375


x 1 hari x 5 hari

Ii) Masa latihan ( minuman ) RM 5 x 2 hari latihan dan RM 10


pemilihan
4 Perubatan RM100 RM 100
5 Alatan Permainan
DL Pro Softball Glove 12.5” Full Leather RM 160 x 15 Unit RM 2400
Official Leather Softball RM 40 x 15 Unit RM 600
Kayu Pemukul RM 300 x 5 Unit RM 1500
Penghadang Muka RM 150 x 2 Unit RM 300
Topi Pemukul RM 100 x 4 Unit RM 400
Pelindung Dada RM 200 x 4 Unit RM 800
Tapak Pelari RM 500 ( 1Set ) RM 500
Pelindung Kaki RM 100 x 4 Unit RM 400
6 Lain –lain perbelanjaan
a- Minuman 100 plus 5 rack RM 200
b- Buah-buahan RM 50
JUMLAH BESAR PERBELANJAAN RM 8000

9.0 TENTATIF PROGRAM

1. Pengenalan pendededahan kepada program pembangunan sukan softball kepada semua murid
SK Manjoi Dua.
2. Pendedahan kepada kemahiran asas permainan sukan softball kepada sebilangan murid yang
berminat.
3. Pendedahan kemahiran bermain secara teknikal dan taktikal permainan sukan sotball kepada
pelajar yang terpilih.
4. Aktiviti latihan sepanjang tahun mengikut program dan keperluan latihan yang diperlukan oleh
murid.
5. Latihan kemahiran sukan softball untuk pembangunan sukan.
6. Mengadakan program perlawanan persahabatan dan latihan intensif kepada murid yang terpilih.

5
Kertas Kerja
Pembangunan Sukan Softball

10.0 PENUTUP
Pembangunan sukan untuk semua murid dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan dengan ini
adalah diharapkan pendedahan kemahiran softball ini dapat disokong oleh pihak sekolah dan unit
sukan sekolah untuk mencapai objektif bagi mengilap bakat murid dalam bidang sofbol sebagai sukan
utama bagi membantu meningkatkan prestasi sekolah pada masa hadapan.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

............................................................ ...............................................................
( EN HASNI B HASSAN ) ( EN MEOR ZULKERNAEN B ZABIDIN)
SU Kokurikulum PK Kokurikulum
SK Manjoi Dua SK Manjoi Dua.

Anda mungkin juga menyukai