Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM LATIHAN INTENSIF DAN PROGRESIF KELAB KRIKET SMKBSP


1. PASUKAN BAWAH 18 TAHUN UNTUK KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH (MSSD)
KUALA MUDA/YAN TAHUN 2011
2. PASUKAN BAWAH 17 TAHUN UNTUK KEJOHANAN LIGA KRIKET SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH DAERAH
KUALA MUDA & SEBERANG PERAI ANJURAN UNIT SUKAN SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN TAHUN 2011
3. PASUKAN BAWAH 16 TAHUN UNTUK KEJOHANAN ‘FUN CRICKET’ ANJURAN UNIT SUKAN SMS TUN SYED
SHEH SHAHABUDIN TAHUN 2011
4. PASUKAN BAWAH 14 TAHUN (LELAKI) DAN PASUKAN BAWAH 16 TAHUN (PEREMPUAN) UNTUK
KEJOHANAN LUAR MUSIM KRIKET BAWAH 14 TAHUN LELAKI DAN BAWAH 16 TAHUN PEREMPUAN MAJLIS
SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KEDAH (MSSK) ANJURAN JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN) KEDAH
DARUL AMAN DENGAN KERJASAMA PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD) KUALA MUDA / YAN DAN UNIT
SUKAN SMK DATO’ BIJAYA SETIA TAHUN 2011

1. PENDAHULUAN

Program ini dicadangkan adalah untuk memberi lebih persediaan kepada para pelajar yang terpilih untuk
ke pertandingan-pertandingan tersebut. Para pelajar dikehendaki memperbaiki beberapa kelemahan yang
masih ada sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan-pertandingan tersebut.

2. RASIONAL

Program ini difikirkan sesuai dan penting memandangkan pertandingan-pertandingan semakin hampir
untuk mendedahkan para pelajar dengan kecergasan yang berpanjangan untuk mengatasi masalah lesu
ketika pertandingan disamping penambahbaikan kemahiran-kemahiran yang masih boleh diperbaiki
sebelum pertandingan.

3. MATLAMAT

Program latihan in diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran para pemain dalam
pertandingan yang disertai di samping untuk memperbaiki pencapaian yang dicapai pada tahun
sebelumnya. Program ini mensasarkan
(a) Johan Bawah 18 Tahun Lelaki MSS Daerah Kuala Muda / Yan,
(b) Johan Bawah 17 Tahun Liga Kriket Kuala Muda-Seberang Perai,
(c) Johan Bawah 16 Tahun Lelaki ‘Fun Cricket’,
(d) Johan Bawah 14 Tahun Lelaki dan
(e) Johan Bawah 16 Tahun Perempuan
serta lain-lain kejohanan yang disertai.

4. OBJEKTIF
1
Antara objektif yang ingin dicapai ialah:-

i. Pasukan Kriket Bawah 18 Tahun menjuarai Kejohanan Kriket MSSD Kuala Muda/Yan 2011 .
ii. Sekurang-kurangnya 5 pemain Bawah 18 Tahun layak mewakili Daerah Kuala Muda / Yan untuk
Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah Darul Aman (MSSK) Tahun 2011.
iii. Sekurang-kurangnya 5 pemain bawah 18 Tahun layak mewakili Negeri Kedah untuk Kejohanan
Kriket Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2011
iv. Pasukan Kriket Bawah 16 Tahun mempertahankan kejuaraan ‘Fun Cricket’.
v. Pasukan Kriket Bawah 14 Tahun Lelaki dan Bawah 16 Tahun Perempuan menjuarai Kejohanan Kriket
Bawah 14 Tahun dan Bawah 16 Tahun buat pertama kalinya.
vi. Melahirkan pemain yang mempunyai kecergasan yang optimum sebelum pertandingan
vii. Memberi para pemain kemahiran dan teknik-teknik yang sesuai sebagai persiapan untuk ke
pertandingan
viii. Memberi kesedaran kepada para pemain pentingnya kerjasama dan kesungguhan di dalam latihan
untuk kemajuan pada diri dari segi aspek Jasmani, Emosi dan Rohani mahupun Intelek.

5. KANDUNGAN PROGRAM

Program ini mengandungi tiga perkara utama iaitu:-


i. Teori tentang kepentingan kecergasan para pemain untuk menghadapi sesuatu pertandingan.
ii. Jenis latihan untuk mempertingkatkan lagi kecergasan para pelajar untuk menjadi atlit secara
berterusan.
iii. Kemahiran-kemahiran dan teknik yang betul sama ada individu mahupun berpasukan.

6. KUMPULAN SASARAN

40 pemain yang telah terpilih semasa sesi pemilihan pada tahun 2010.
(30 pemain lelaki dan 10 pemain perempuan)

7. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM

BIL PASUKAN HARI MASA JURULATIH


1 BAWAH 18 TAHUN AHAD DAN RABU 4.00-6.00 EN MOHD RIZAL
PDG SMKBSP PTG
2 BAWAH 14 TAHUN ISNIN DAN KHAMIS 8.00-10.00 EN MOHD RIZAL
PDG SMKBSP PG EN MOHD SYAFIQ
3 BAWAH 16 TAHUN RABU 4.00-6.00 EN MOHD RIZAL
PDG SMKBSP PTG
4 BAWAH 17 TAHUN JUMAAT 9.00-11.30 EN MOHD SYAFIQ
PDG SMK IBRAHIM PG
5 BAWAH 16 TAHUN SELASA 3.30-5.30 EN MOHD RIZAL
PEREMPUAN PDG SMKBSP PTG EN MOHD AZLAN

i. Latihan dijalankan bermula bulan Januari 2011 hingga Disember 2011


ii. Latihan juga dijalankan semasa cuti Tahun Baru Cina, Cuti Pertengahan Penggal 1, Cuti
Pertengahan Tahun, Cuti Pertengahan Penggal 11 dan Cuti Akhir Tahun.
iii. Latihan akan ditangguhkan semasa :-
(a) Seminggu sebelum Minggu Ujian / Peperiksaan
(b) Minggu Peperiksaan
(c) Kejohanan
(d) Bulan Ramadhan

8. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM LATIHAN

2
PENAUNG
PN. HJH HAFSAH BT L. HUSIN
Pengetua SMKBSP

PENGERUSI
EN MOHD YUSOF BIN ZAINON
PK Kokurikulum SMKBSP.

SETIAUSAHA
EN YUSOF BIN ISMAIL
Setiausaha Ko-Kurikulum SMKBSP.

PEN.SETIAUSAHA
EN MOHD RIZAL BIN HASHIM
Ketua Guru Penasihat Kelab Kriket SMKBSP.

AJK / PENGURUS
EN MOHD RIZAL BIN HASHIM
EN MOHD HAMIZI BIN HARUN
PN SAMSIAH BINTI HASSAN

URUSETIA & JURULATIH


EN MOHD RIZAL BIN HASHIM
(Ketua Jurulatih / Jurulatih Strategi)
EN MUHAMMAD SHAFIQ BIN SHARIFF
(Jurulatih Kemahiran)
EN MOHD AZLAN BIN
(Jurulatih Kemahiran)

9. JADUAL PERTANDINGAN

Rujuk lampiran

10. SENARAI PEMAIN

Rujuk Lampiran

11. Bajet Pasukan Kriket

11.1 Perlawanan Persahabatan

Bawah 18 Tahun

6 kali x RM 125.00 = RM 750.00

( Makanan pelajar RM 3.00 X 25 orang pemain + bayaran pengadil RM 30.00 + dobi RM 20.00 )

Bawah 15 Tahun

1 kali X RM 125 = RM 125.00


3
JUMLAH BESAR RM 875.00

11.2 Pertandingan MSSD

21 Februari 2011

Pengangkutan RM 100.00

Bayaran penyertaan RM 15.00 X 2 pasukan = RM 30.00

Makanan dan minuman pemain 50 orang X RM 6.00 = RM 300.00

Bayaran pengadil RM 25.00 X 4 perlawanan = RM 100.00

Bayaran Dobi 4 set X RM 20.00 = RM 80.00

JUMLAH RM 610.00

23 Februari 2011

Pengangkutan RM 100.00

Makanan dan minuman pemain 50 orang X RM 3.00 = RM 150.00

Bayaran pengadil RM 25.00 X 2 perlawanan = RM 50.00

Bayaran Dobi 2 set X RM 20.00 = RM 40.00

JUMLAH RM 240.00

JUMLAH BESAR RM 610.00 + RM 240.00 = RM 850.00

JUMLAH KESELURUHAN A + B

RM 875.00 + RM 850.00 = RM 1725.00

12. Penutup

4
Kejayaan sesuatu program bukan sahaja bergantung kepada pesertanya sahaja tetapi adalah kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak, bermula daripada pemain, jurulatih, pentadbir, sekolah dan juga para ibu
bapa. Semoga Pasukan Kriket SMKBSP akan berjaya mencapai objektif pada tahun ini.

Disediakan oleh,

…………………………………………

( MOHD RIZAL BIN HASHIM )

Ketua Guru Penasihat

Kelab Kriket SMKBSP

Tahun 2011

Anda mungkin juga menyukai