Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAMANSARA

JALAN TROPICANA UTARA,


PETALING JAYA

KERTAS KERJA
PASUKAN BOLA SEPAK
SJK(C) DAMANSARA

TARIKH

SEPANJANG TAHUN 2020-2021

TEMPAT

PADANG BOLA SEPAK SJK (C) DAMANSARA

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM

DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


1.0 PENGENALAN
Bola sepak merupakan satu sukan yang amat popular di negara kita Malaysia pada masa
kini. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular dalam kalangan murid dan warga
sekolah. Melalui sukan bola sepak ini juga kita dapat mengeratkan hubungan dalam
kalangan warga sekolah.

Oleh yang demikian, SJK(C) Damansara telah mengambil satu inisiatif untuk
menganjurkan satu program pembangunan pasukan bola sepak sekolah bagi mencungkil
bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak di samping
memberikan latihan tambahan kepada para pemain.

Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam
kokorikulum.

2.0 RASIONAL

Pasukan bola sepak SJKC Damansara ditubuhkan untuk mencungkil bakat dan
memberi peluang kepada murid-murid untuk mewakili sekolah di kejohanan-kejohanan
luar seperti MSSD, KATMO, 1 Murid 1 Sukan dan sebagainya. Sejak kebelakangan ini,
pasukan ini telah menunjukkan peningkatan setelah menjuarai Pertandingan Bola Sepak
Karnival Sukan Sri UCSI dan mendapat tempat ketujuh dalam Kejohanan Bola Sepak 7
Sebelah 1Murid 1Sukan Peringkat Petaling Utama pada tahun 2019. Oleh itu, satu
inisiatif perlu dilakukan untuk mengekalkan kecemerlangan pasukan ini.
3.0 OBJEKTIF
Diharapkan pada akhir program ini, para pemain dapat :
3.1 Meningkatkan prestasi pemain pasukan sekolah.
3.2 Pendedahan latihan dan taktikal daripada jurulatih yang berpengalaman.
3.3 Menguasai kemahiran asas bola sepak.
3.4 Membentuk pemain yang mampu bekerjasama dan menyesuaikan diri dalam
permainan pasukan.
3.4 Menjadi antara empat pasukan bola sepak terbaik dalam daerah Petaling Utama.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

Tarikh : Sepanjang Tahun 2020-2021


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Padang SJK(C) Damansara

5.0 KUMPULAN SASARAN


 25 pemain terbaik Pasukan Bola Sepak SJKC Damansara

*Rujuk Lampiran 1 : Senarai nama murid


6.0 STRUKTUR ORGANISASI
Jawatankuasa Pelaksana
Pasukan Bola Sepak SJKC Damansara

Penasihat En. Lim Wah Lim (Guru Besar)


Pengerusi Pn. Low Saw Mee (GPK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi (YDP PIBG)
Setiausaha Sukan En. Ooi Chee Seng
Pengurus En. Muhammad Nazeem Bin Ismail
Jurulatih En. Md. Alif Muizzuddin Bin Ismail

7.0 Tentatif Program


Sabtu
Masa Aktiviti Catatan
8.00 pagi – - Aktiviti memanaskan badan - Memastikan pemain bersedia
8.40 pagi - Latihan kecergasan dan memiliki stamina yang tinggi
- Kemahiran Bola Sepak
8.40 pagi – Menyepak bola -Latihan berdasarkan
9.30 pagi Menghantar bola kesesuaian jurulatih
Menggelecek
Sepakan percuma/penjuru
Sepakan penalti
Lontaran ke dalam
Menjaring gol
Bertahan
Taktikal ketika menyerang dan
bertahan
9.30 pagi – - Perlawanan Bola Sepak
10.00 pagi  9 sebelah - Mengenal pasti kekuatan dan
- Ulasan dan rumusan : kelemahan pemain
 permainan
 murid

7.0 ANGGARAN KEWANGAN


Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan
Pasukan Bola Sepak SJK(C) Damansara :

BIL Perkara Bilangan JUMLAH


1. Jurulatih Jemputan RM 200 x 1 orang x 25 sesi RM 5000

2. Bola Sepak RM 50 x 10 bji bola RM 500

3. Jersi Jurulatih RM 60 x 3 orang RM 180


Jumlah Anggaran = RM 5680

Perbelanjaan

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan/puan, agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Segala
kerjasama dan jasa baik pihak puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh,

..................................................................
(MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL)
Pengurus
Pasukan Bola Sepak
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Damansara

Disemak oleh,

..........................................
(LOW SAW MEE )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Damansara

Disahkan oleh,

.............................................
(LIM WAH LIM)
Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Damansara

Anda mungkin juga menyukai