Anda di halaman 1dari 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong

Simunjan, Sarawak

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 15 Tahun
Kebawah
Dan
Lawatan Penanda Aras Asrama SMK
Gedong

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT NEGERI


SARAWAK 2016 DAN LAWATAN PENANDA ARAS
ASRAMA SMK GEDONG
1. Pendahuluan
Bola sepak merupakan sukan yang amat penting di SMK Gedong. Sukan ini telah menjadi
sukan kebitaraan SMK Gedong sejak dulu lagi. Perkembangan sukan ini sangat
memberansangkan. Setiap tahun, sekolah akan menghantar penyertaan untuk mengikuti
pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan SMK
Gedong sering merangkul kejayaan dalam sukan tersebut. Penyertaan SMK Gedong dalam
pertandingan MSSM Negeri pada kali ini amat penting bagi meningkatkan lagi pencapaian
dan prestasi sukan bola sepak pelajar SMK Gedong khasnya pelajar asrama SMK Gedong.
Selain itu, lawatan penanda aras asrama juga akan diadakan sebelum pertandingan ini. Tujuan
lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada warga asrama SMK Gedong untuk
bertukar-tukar maklumat berkenaan pengurusan asrama dengan sekolah yang dilawati.

2.Objektif
2.1 Meningkatkan markah kokurikulum sekolah.
2.2 Meningkatkan pencapaian dan mutu prestasi sukan bola sepak SMK Gedong.
2.3 Memberi pengalaman berharga kepada pelajar asrama dalam menyertai
pertandingan pada peringkat yang lebih tinggi.
2.4 Memberi peluang kepada warga asrama SMK gedong untuk bertukar maklumat
tentang pengurusan asrama di sekolah yang di lawati.
3. Sasaran
Pelajar-pelajar asrama yang berumur 15 tahun kebawah dan mempunyai potensi dalam sukan
bola sepak akan dipilih bagi menyertai pertandingan ini.

4. Butiran Program
Bola sepak MSSM Negeri Sarawak
Tarikh

: 09-15 Mei 2016

Tempat: Miri, Sarawak

5. Tentatif Program
Tarikh/Masa

Aktiviti

9 Mei 2016
5.00 pagi

Bertolak dari SMK Gedong ke Miri

11.00 tengah hari

Tiba di SMK Tong Hua, Maradong


Lawatan Penanda Aras SMK Gedong

2.00 petang

Bertolak ke Miri

9.00 malam

Tiba di Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri


(Tempat Penginapan)

10-14 Mei 2016

Menyertai pertandingan di Miri

15 Mei 2016
6.00 pagi

Bertolak balik ke SMK Gedong

6. Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Ketua Kontigen
Pengurus Pasukan
Kebajikan

: En. Nur Azri @ Let Bin Ali ( Pengetua SMK Gedong )


: En. Mazlan Bin Mohamed ( Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Gedong)
: Pn Superyati Muhi

Jurulatih
Pegawai Teknikal
Guru Pengiring

7. Anggaran Perbelanjaan

U15
En Toni Ak Jamit
En Abu Bin Bakar
En Mohd. Zulfazreen B Rosli

Bas
Pengangkutan ( Bas dari SMK Gedong - Miri )
Pengangkutan harian (Rm 950.00 x 7 Hari)
Penginapan (Rm 12.00 x 24 orang x 7 Hari)
Makan ( Rm 14/hari x 24 orang x 7 hari)
Jumlah

= RM 4800.00
= RM 6650.00
= RM 2016.00
= RM 2352.00
= RM 15,816.00

8. Penutup
Adalah diharapkan agar penyertaan pelajar asrama dalam pertandingan bola sepak MSSM
peringkat negeri dan lawatan penanda aras ini akan dipertimbangkan dan diluluskan. Semoga
aktiviti ini dapat memberi input yang positif kepada semua warga asarama SMK Gedong.
Disediakan oleh,
.........................
( Pn. Juraidah Bt. Salimun )
Setiausaha

Disemak oleh,

Diluluskan oleh,

.................................................................
(EN. MAZLAN BIN MOHAMED )
PK Kokurikulum
SMK Gedong

.........................................................
(EN. NUR AZRI @ LET BIN ALI)
Pengetua
SMK Gedong

Kelab Bola Sepak

SMK Gedong
__________________________________________________________________________________

Kepada,
PENGETUA,
SMK GEDONG
94700, SIMUNJAN

Tarikh: 21 April 2016

Tuan,
MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN BOLA SEPAK
MSSM PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2016
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Butiran pertandingan adalah seperti berikut :

Bola Sepak MSSM Negeri Sarawak


Tarikh

: 9-15 Mei 2016

Tempat: Miri, Sarawak


Penyertaan

: U15- 22 Orang

Guru Pengiring: 4 Orang


3.

Bersama ini disertakan kertas kerja bagi pertandingan ini untuk perhatian pihak tuan.

4.
Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan kelulusan daripada pihak tuan. Segala
kerjasama dan sokongan yang diberikan, kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,
....................................
(En Toni Ak Jamit)
Jurulatih Bola Sepak
SMK Gedong

Ruj.Kami:Jps(w)/SMKG(mur)/153/02/08/01/
Jld.2( )

Tarikh: 21 April 2016

Kepada,
Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan
Jalan Dato Mohd. Musa
94300 Kota Samarahan
( u.p MOHD SHARKAWI BIN ALI AKBAR)

Tuan,
MAKLUMAN MENGENAI PENYERTAAN BOLA SEPAK MSSM PERINGKAT
NEGERI 2016
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Dimaklumkan bahawa, SMK Gedong akan menyertai pertandingan Bola Sepak MSSM
peringkat negeri Sarawak 2016
3.

Butiran pertandingan adalah seperti berikut :

Bola jaring MSSM Negeri Sarawak


Tarikh
: 9-15 Mei 2016
Tempat: Miri, Sarawak
Penyertaan
: U15- 22 Orang
Guru Pengiring: 4 Orang
4.

Pertimbangan daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,
....................................
(EN. NUR AZRI @ LET BIN ALI )
Pengetua,
SMK Gedong
s.k 1. PPD Simunjan
2. Fail sekolah

Ruj.Kami:Jps(w)/SMKG(mur)/153/02/08/01/
Jld.2( )

Tarikh: 21 April 2016


Kepada,
Pengetua,
SMK Tong Hua,
Sungai Tulai Maradong,
96507, Bintangor,
Sarawak.

Tuan,
PERMOHONAN LAWATAN PENANDA ARAS ASRAMA SMK GEDONG KE SMK
TONG HUA, MARADONG
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa, jawatankuasa asrama SMK Gedong memohon untuk
mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Asrama SMK Tong Hua, Maradong seperti ketetapan yang
berikut:

Tarikh
: 9 April 2016
Masa
: 11.00 Pagi
Tempat: SMK Tong Hua Maradong, Sarawak
Penyertaan
: 22 Orang
Guru Pengiring: 4 Orang
3.
Tujuan lawatan penanda aras ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman
kepada guru dan pelajar asrama SMK Gedong tentang aspek pengurusan asrama SMK Tong Hua,
Maradong.
4.
Bersama surat ini dilampirkan tentatif perjalanan kami semasa lawatan tersebut untuk rujukan
pihak tuan. Pertimbangan daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
....................................
(EN. NUR AZRI @ LET BIN ALI )
Pengetua,
SMK Gedong
s.k 1. PPD Simunjan
2. Fail sekolah

Anda mungkin juga menyukai