Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami:Jps(w)/SMKG(Perh)/153/09/08/03( )
Tarikh: 27 Februari 2014
Kepada,
Pengarah ,
Jabatan Pertanian Negeri Sarawak,
Menara Pelita, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93030, Petra jaya, Kuching,
SARAWAK.
Tuan,
MEMOHON BANTUAN ANAK IKAN UNTUK AKTIVITI PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
ASRAMA SMK GEDONG, SERIAN.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2.
Buat pengetahuan pihak tuan, berdasarkan PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 2013-2015, Asrama SMK Gedong dipilih untuk menjalankan Program Transformasi
Asrama Harian 2013-2020. Oleh yang demikian, Asrama SMK Gedong telah memutuskan untuk
memilih aktiviti Penternakan Ikan Air Tawar sebagai salah satu aktiviti kebitaraan yang akan
dijalankan dalam Program Transformasi Asrama tersebut.
3.
Aktiviti ini dikenalpasti dapat memberi impak yang positif kepada pelajar asrama kerana ia
dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai penternakan ikan air tawar.
Asrama SMK Gedong mempunyai sebuah kolam ikan yang berukuran 30m x 10m. Oleh itu, kami
ingin memohon bantuan anak ikan seperti yang berikut:
1. Ikan Talapia Merah
2. Ikan Lampam jawa
3. Ikan Sultan
4.
Selain daripada itu, kami juga amat mengalu-alukan sumbangan khidmat nasihat mengenai
penternakan ikan air tawar ini daripada pihak tuan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu kami
menjalankan aktiviti ini dengan lancar.
5.
Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan kelulusan daripada pihak tuan. Segala
kerjasama dan sokongan yang diberikan, kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Pihak tuan boleh menghubungi Encik Mohammad Denny B. Daail (0108149346) untuk sebarang
pertanyaan ataupun maklumat mengenai program ini.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
....................................
(En. Rosli B. Sahmat )
Pengetua SMK Gedong, Serian

Anda mungkin juga menyukai