Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GAMBUT, JALAN TERUSAN BESAR, 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

No.Faks : 03-32690300 No. Tel : 03-32690300 __________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami SKSG/GB/KK/13(01) Kepada, Pengurus Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Darul Redzuan Tuan, Memohon Pengurangan Bayaran Tiket Pelajar dan Guru Untuk Program Lawatan Sambil Belajar SK Seri Gambut Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. 2. Unit kokurikulum Sek.Keb.Seri Gambut akan mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Gua Tempurung, Perak. Butiran mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut : Program : Lawatan Sambil Belajar Tempat : Gua Tempurung, Perak Tarikh : 26 Oktober 2013 Hari : Sabtu Penyertaan : 69 orang murid dan 9 orang guru 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat mengurangkan kadar bayaran tiket agar murid-murid dapat menjalani aktiviti lawatan mereka dengan jayanya. 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya terhadap perkara tersebut. Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menurut perintah, . ( Tn.Hj Bgatini bin Salimin ) Guru Besar, Sek. Keb. Seri Gambut, Tanjong Karang, Selangor.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GAMBUT, JALAN TERUSAN BESAR, 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
No.Faks : 03-32690300 No. Tel : 03-32690300 __________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami SKSG/GB/KK/13(02) Kepada, Pengurus Zoo Taiping, Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak Darul Redzuan Tuan, Memohon Pengurangan Bayaran Tiket Pelajar dan Guru Untuk Program Lawatan Sambil Belajar SK Seri Gambut Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. 2. Unit kokurikulum Sek.Keb.Seri Gambut akan mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Taiping, Perak. Butiran mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut : Program : Lawatan Sambil Belajar Tempat : Zoo Taiping, Perak Tarikh : 26 Oktober 2013 Hari : Sabtu Penyertaan : 69 orang murid dan 9 orang guru 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat mengurangkan kadar bayaran tiket agar murid-murid dapat menjalani aktiviti lawatan mereka dengan jayanya. 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya terhadap perkara tersebut. Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menurut perintah, . ( Tn.Hj Bgatini bin Salimin ) Guru Besar, Sek. Keb. Seri Gambut, Tanjong Karang, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai