Anda di halaman 1dari 5

Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Penjara, Melaka

SK St Francis, Melaka

SK ST FRANCIS
55, JALAN CHAN KOON CHENG
75000 MELAKA

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE MUZIUM PENJARA

(25 OGOS 2023)

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN MORAL


Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Penjara, Melaka
SK St Francis, Melaka

1.0 PENGENALAN
Program Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Penjara Malaysia, Melaka
merupakan satu aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Moral. Program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan dan pengalaman baru dengan suasana keadaan di dalam
penjara. Selain itu, melalui program lawatan ini dapat melatih murid-murid untuk lebih
berdisiplin dan menimba ilmu pengetahuan dengan melakukan penerokaan kendiri.
Program ini jug merupakan pembelajaran tidak langsung di luar bilik darjah. Dengan
program lawatan ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk meneliti
tentang kepentingan elemen nilai dan moral dalam hidup seseorang individu.
Pembentukan sahsiah yang unggul adalah merupakan satu disiplin dalam kehidupan
murid-murid. Program ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk
mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup yang baik. Pihak sekolah mengharapkan
program ini dapat dijalankan bagi memberi impak yang berkesan kepada anak didik
SK St Francis.

2.0 MATLAMAT PROGRAM


Matlamat program ini dilaksanakan adalah untuk:-
i. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menimba ilmu secara tidak formal.
ii. Membentuk disiplin dan jati diri dalam diri murid-murid.
iii. Membina keseimbangan intelek,jasmani, emosi dan rohani semasa lawatan.
iv. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid membentuk kepimpinan
melalui aktiviti yang dirancang.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:-
i. Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti yang dilalui oleh
banduan sepanjang dalam tahanan.
ii. Memberi kesedaran tentang pentingnya keperibadian mulia dalam diri setiap
murid-murid.
iii. Memberi peluang kepada murid-murid untuk muhasabah diri bagi menjadi insan
yang berguna dan dapat memberi sumbangan serta bakti kepada ibu bapa,
agama, bangsa dan negara.
Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Penjara, Melaka
SK St Francis, Melaka

4.0 KELOMPOK SASARAN


Murid tahun 6 - 99 orang murid
Jumlah murid - 99 orang murid
Guru pengiring - 10 orang

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


25 Ogos 2023 (Jumaat)

6.0 ANGGGARAN PERBELANJAAN

-Bayaran tiket masuk ke Muzium Penjara


-Pengangkutan pergi dan balik
-Set makan pagi dan tengah hari
-Cenderahati

PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

Bayaran tiket masuk ke RM 1.00 x 99 murid RM 99.00


Muzium Penjara RM 3.00 x 10 orang guru RM 30.00

Pengangkutan pergi dan


balik 2 buah bas RM500.00
3 buah kereta RM30.00

Set makan pagi dan Makan pagi: RM3.00 x109 RM327.00


tengah hari Makan tengah hari : RM545.00
RM5.00x 109

Cenderahati Hamper buah buahan x1 RM 30.00

JUMLAH KESELURUHAN RM1561.00

SUMBER KEWANGAN

- PCG KEGIATAN AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL/P.ISLAM


Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Penjara, Melaka
SK St Francis, Melaka

7.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI/TEMPAT DILAWATI


25 Ogos 2023 7.20 pagi Berkumpul di sekolah

Taklimat lawatan dan prosedur keselamatan


lawatan

-Makan pagi

7.45 pagi Bertolak ke Muzium Penjara Malaysia

8.00 pagi Lawatan di Muzium Penjara Malaysia

11.30 tengah hari Bertolak pulang ke SK St Francis, Melaka

12.00 tengah hari Makan tengah hari

Bersurai.

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan semua pihak terutama murid-murid yang menyertai


program ini dapat mencapai objektif yang diharapkan.
Kerjasama dari semua pihak amat penting bagi menjayakan program ini.
Semoga berkat doa ibu bapa dan rakan seperjuangan mengiringi program ini di
samping keberkatan dari Allah Ta’ala, Amin.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

…………………………………. ……………..
( NUR FARAH BINTI NASIR ) (EDIE GAN)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Guru Besar
SK St Francis SK St Francis
Melaka Melaka
Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Penjara, Melaka
SK St Francis, Melaka

Anda mungkin juga menyukai