Anda di halaman 1dari 9

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

TEKS PENGACARAAN HARI GRADUASI & KECEMERLANGAN KANAK-KANAK TABIKA & TASKA KEMAS 2012 BIL. 1. ATURCARA Kehadiran ibu bapa Ketibaan tetamu jemputan CATATAN

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera


Yang berbahgia, Encik Roni bin Zakaria, Pengurus Besar Wilayah FELCRA Seberang Perak, Yang dihormati, Encik Nasurunnasir bin Haji Alias, Penyelia KEMAS Parlimen Pasir Salak, Encik Hamid bin Harun, Pengurus Felcra Seberang Perak 1,2 dan 16, Encik Razali bin Yahya, Pengerusi Induk Tabika KEMAS Zon C, Puan Rosni binti Harun, Penyelia Pra Sekolah, KEMAS Parlimen Pasir Salak, anak didik Tabika dan Taska KEMAS Zon C, seterusnya

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012
hadirin yang dikasihi, dekat di hati. Pihak majlis ingin mengucapkan selamat datang ke Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS bagi tahun 2012. Nyanyian lagu Negaraku, lagu KEMAS, lagu Tabika Kita Hadirin dijemput duduk. 2. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Pihak majlis dengan segala hormatnya, menjemput Ustaz Muhammad b. Awang untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. -Bacaan DoaPihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Muhammad b. Awang atas bacaan doa itu tadi. 3. Hadirin sekalian, Sebagai pembuka tirai Majlis Graduasi pada petang ini, mari kita saksikan Persembahan Pakaian Beragam yang akan dipersembahkan oleh anak didik TASKA. Dipersilakan. -Persembahan Pakaian BeragamPihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak didik TASKA atas persembahan itu tadi. 4. Hadirin sekalian,

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012
Kita teruskan majlis kita pada petang ini dengan Penyampaian Sijil. Kita mulakan dengan Penyampaian Sijil bagi anak didik berumur 6 tahun. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Encik Roni bin Zakaria untuk menyampaikan sijil kepada anak didik. Dipersilakan. -Penyampaian Sijil(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan) Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Roni bin Zakaria atas kesudian beliau menyampaikan sijil itu tadi. 5. Hadirin sekalian, Sebelum kita teruskan majlis penyampaian sijil yang berikutnya, mari kita saksikan Persembahan Nyanyian dan Gerakan yang akan dipersembahkan oleh anak didik TASKA. Dipersilakan. -Persembahan Nyanyian dan GerakanPihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak didik TASKA atas persembahan itu tadi. 6. Hadirin sekalian, Kita teruskan lagi Majlis Penyampaian Sijil pada petang ini bagi anak didik berumur 5 tahun. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Encik Nasrunnasir bin Haji Alias untuk

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012
menyampaikan sijil kepada anak didik. Dipersilakan. -Penyampaian Sijil(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan) Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nasrunnasir bin Haji Alias atas kesudian beliau menyampaikan sijil itu tadi.

Bagi meneruskan lagi Majlis Penyampaian Sijil pada petang ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Encik Hamid bin Harun untuk menyampaikan sijil kepada anak didik. Dipersilakan. -Penyampaian Sijil(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan) Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Hamid bin Harun atas kesudian beliau menyampaikan sijil itu tadi.

Bagi meneruskan lagi Majlis Penyampaian Sijil pada petang ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Ustaz Hassan bin Osman untuk menyampaikan sijil kepada anak didik. Dipersilakan. -Penyampaian Sijil(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan) Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012
Ustaz Hassan bin Osman atas kesudian beliau menyampaikan sijil itu tadi.

Bagi meneruskan lagi Majlis Penyampaian Sijil pada petang ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Encik Razali bin Yahya untuk menyampaikan sijil kepada anak didik. Dipersilakan. -Penyampaian Sijil(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan) Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Razali bin Yahya atas kesudian beliau menyampaikan sijil itu tadi. 7. Hadirin sekalin, Majlis pada petang ini diserikan lagi dengan Persembahan Genderang Gemilang. Mari kita saksikan. -Persembahan Genderang GemilangPihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak didik TASKA atas persembahan itu tadi. 8. Hadirin sekalian, Kita teruskan majlis kita pada petang ini dengan Penyampaian Sijil dan Hadiah TASKA. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Puan Rosni binti Harun untuk menyampaikan sijil kepada anak didik.

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012
Dipersilakan. -Penyampaian Sijil(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan) Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rosni binti Harun atas kesudian beliau menyampaikan sijil itu tadi. 9. Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Pengerusi FELCRA Malaysia Berhad merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia serta merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak 10. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato atas kesudian YB Dato hadir ke Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS 2012. Hadirin sekalian, Ketibaan YB Dato pada petang ini diserikan lagi dengan Persembahan Kompang Formasi. Mari kita saksikan. -Persembahan Kompang FormasiPihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi. 11. Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Razali bin

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012
Mohd Yahya, Pengerusi Induk Tabika KEMAS Zon c untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. -Ucapan Pengerusi Induk Tabika KEMAS Zon CPihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Razali bin Mohd Yahya, atas ucapan itu tadi. 12. Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Nasurunnasir bin Haji Alias, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pasir Salak untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. -Ucapan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pasir SalakPihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nasurunnasir bin Haji Alias, atas ucapan itu tadi. 13. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Majlis dengan segala hormatnya menjemput, YB Dato Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak, Pengerusi FELCRA Malaysia Berhad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia serta Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak untuk memberikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Kanakkanak Tabika dan Taska KEMAS bagi tahun 2012.

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012
Dipersilakan. -Ucapan YB Dato Haji Tajuddin bin Abdul RahmanPihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato atas ucapan perasmian penutup itu tadi. 14. Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil dan Anugerah Kecemerlangan. Bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan anugerah kecemerlangan ini, pihak majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput YB Dato Haji Tajuddin bin Abdul Rahman untuk menyampaikan sijil dan anugerah kepada anak didik KEMAS. Dipersilakan. -Penyampaian Sijil dan Anugerah KecemerlanganPihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato atas kesudian beliau menyem purnakan majlis penyampaian sijil dan anugerah kecemerlangan itu tadi. 15 Hadirin sekalian, Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pakaian Beragam. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput ................................................................................................ ................................................................................................ untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. -Penyampaian Hadiah Pertandingan Pakaian Beragam-

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada (nama penyampai) atas penyampaian hadiah itu tadi. 16. Hadirin sekalian, Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan daripada pihak kami kepada YB Dato, dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput ................................................................................................ ................................................................................................ untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Dato. Dipersilakan. -Penyampaian CenderahatiPihak majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat YB Dato atas kesudian YB Dato hadir ke majlis kami pada petang ini. 17. Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS bagi tahu 2012. Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato serta seluruh warga kerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Tabika dan Taska KEMAS Zon C bagi tahun 2012. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai