Anda di halaman 1dari 5

PRASEKOLAH CERIA SKSB

Kertas kerja

Program bulan ramadhan Prasekolah 2013


DISEDIAKAN OLEH:

TUAN ZAITON BT TUAN LAH GURU PRASEKOLAH CERIA

PROGRAM JOM ADIK PUASA


PENDAHULUAN
Bulan Ramadhan Al Mubarak merupakan bulan yang dinantikan oleh semua umat islam. Kedatangan bulan ini amat bermakna kepada murid-murid prasekolah ceria kerana sepanjang tahun tradisi berpuasa di kalangan murid-murid cilik akan diterapkan seawal usia 5 dan 6 tahun.

MATLAMAT Memberi pendedahan awal kepada murid-murid prasekolah untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Melatih diri murid untuk merasai kenikmatan berpuasa. Melatih murid untuk berdisiplin dengan menanda kalendar puasa. Memberi pengetahuan berbentuk ilmu mengenai bulan ramadhan. Melatih murid supaya saling menghormati kawan yang berpuasa. SASARAN 25 Orang murid-murid prasekolah dalam lingkungan umur 5 tahun dan 6 tahun.

PROGRAM YANG DILAKSANAKAN


1) JOM KITA PUASA
Murid berpuasa sepanjang hari di kelas Prasekolah Ceria.

5) SMART AGAMA RAMADHAN


Murid diajar membaca buku Iqra bersama ustazah.

2) KALENDAR PUASA
Menanda kalendar puasa mengikut hari puasa dengan ikhlas

6) PENGUKUHAN LATIHAN
RAMADHAN
Murid-murid diberi latihan pengukuhan setiap hari mengikut tunjang perkembangan.

3) BIJAK BACA RAMADHAN


Membaca buku adik bijak mengikut tahap masing-masing setiap pagi bersama guru prasekolah

7) HAMPER RAYA
Pemberian Hamper raya kepada semua murid pada hujung bulan puasa.

4) SAMBUTAN HARI RAYA DI KELAS PRASEKOLAH


Murid membawa makanan dan kuih raya ke kelas dan sambutan bersama kawan.

8) MEMBUAT BISKUT RAYA Murid diajar cara-cara membuat biskut raya secara kelas.
9) KRAFTANGAN RAYA Murid diajar cara membuat kad Raya, Sampul raya dan hiasan rumah untuk hari raya

PENUTUP
Diharapkan sepanjang bulan Ramadhan ini semua program dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Kepada murid Prasekolah Ceria Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfiri Semoga hari yang mulia ini memberi kenikmatan dan kerahmatan kepada kita semua . amin Disediakan oleh: Disahkan oleh :

Tuan Zaiton bt Tuan Lah Guru Prasekolah Ceria

En Mohd Amin bin Abu Guru Besar

lampiran
Aktiviti pada bulan ramadhan

Anda mungkin juga menyukai