ISKANDAR PERDANA
BANDAR BARU SERI ISKANADR
32610 SERI ISKANDAR
Tajuk :
“Adik Boleh Membaca”
Rasional.
Program ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan secara
terperinci tentang bunyi dan bentuk huruf seterusnya dapat membaca suku
kata, perkataan dan ayat mudah.
Matlamat.
1. Memberi bimbingan berterusan kepada pelajar lemah dan kurang
mengenal huruf.
2. Menaik dan meningkatkan minat pelajar untuk mengenal huruf dan
membaca.
3. Meninggalkan kesan yang mendalam. Supaya pelajar dapat mengingati
setiap apa yang diajar.
Objektif.
1. Program ini diharapkan dapat membolehkan pelajar dapat membaca
sebelum masuk ke Tahun 1.
2. Mendorong pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
membaca.
3. Menarik perhatian pelajar untuk membaca.
Kumpulan Sasaran.
Pelajar yang belum mengenal huruf dan pelajar yang tidak dapat
membaca suku kata.
Perlaksanaan.
Program dijalankan selama 15 minit selepas waktu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas setiap hari selepas waktu persekolahan. :-
Cara dijalankan :
1. Mengecam huruf dan bunyi.
Huruf di bentuk dengan plastisin
Huruf ditulis di atas pasir
Huruf dicat di atas kertas lukisan
Huruf dibentuk dengan tali dan lidi.
Huruf dibentuk dengan tubuh badan.
Rumusan.
Diharapkan program ini dapat membantu pelajar yang amat lemah dalam
perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang amat penting untuk meneruskan
pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu 2018 nanti.
……………………………………… …………………………………
(SARINAH BINTI MADJIT) (AZLI BIN HASHIM,PPT)
Guru Prasekolah Guru Besar