Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Hari Masa Tema Tajuk Standard Kandungan : : : : :

Bahasa Melayu Satu Amanah

32 orang 24 Januari 2011 (Isnin) 8:40-9:10 (30 minit) Mengenal bentuk huruf Huruf A-Z (huruf besar dan huruf kecil)

1.2

Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi

bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas Standard Pembelajaran : 1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat. 3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas Objektif 1. 2. BBM : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :

Menyebut nama abjad A-Z dengan betul. Menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil ABC dengan cara yang betul. : Lembaran kerja, Carta-carta huruf abjad rumi A - Z,

Kad-kad huruf ABC, marker pen, papan putih, pemadam papan tulis, kad-kad huruf abjad rumi A Z. Pengetahuan Sedia Ada Nilai Murni : : Murid pernah mendengar lagu ABC. Berani, bertanggungjawab dan bekerjasama.

LANGKAH/ MASA Set Induksi (5 minit)

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru meminta murid menyanyikan lagu ABC. 2. Guru menerangkan tajuk pelajaran hari ini.

CATATAN

Menarik minat murid melalui nyanyian

Pengelolaan : Secara kelas.

Huruf A Z ada 26 huruf

NILAI : Bekerjasama.

Terdiri daripada huruf besar dan huruf kecil Langkah 1 (12 minit) Huruf besar dan huruf kecil. 1. Guru mengedarkan carta-carta huruf abjad rumi A Z kepada murid. 2. Guru meminta murid menyebut huruf-huruf pada carta tersebut satu persatu. 3. Murid menyebut huruf-huruf tersebut dan guru menyemaknya. 4. Guru menunjukkan huruf besar dan huruf kecil kepada murid. 5. Guru menyebut huruf-huruf tersebut dan diikuti oleh murid. Langkah 2 (6 minit) Teknik menulis 3 huruf abjad rumi A-Z yang pertama dengan cara yang betul. 1. Guru meminta murid tampil ke hadapan untuk menulis huruf besar dan huruf kecil A, B dan C dengan cara yang betul. 2. Guru menyemak dan membetulkan jawapan murid. BBM : Kad-kad huruf ABC, marker pen, papan putih, pemadam papan tulis. BBM : Carta-carta huruf abjad rumi A Z, kad-kad huruf abjad rumi A Z.

Pengelolaan : Secara kelas.

Huruf besar dan huruf kecil A, B, dan C.

Pengelolaan : Secara individu. Secara kelas.

NILAI : Berani.

Langkah 3 (5 minit)

Membubuh tanda pada huruf kecil.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menyiapkannya. 2. Murid menyiapkan lembaran kerja tersebut dan guru menyemaknya.

BBM : Lembaran kerja. Pengelolaan : Secara individu. Secara kelas.

Membubuh tanda pada huruf besar. Penutup (2 minit) Huruf A hingga Z.

1. Guru meminta murid menyebut huruf-huruf abjad rumi A Z . 2. Murid menyebut huruf-huruf tersebut dengan betul.

BBM : Carta-carta huruf abjad rumi A Z.

Pengelolaan ; Secara kelas.

NILAI : Bertanggungjawab.

http://norjiyahappan.blogspot.com/2012/01/ceria-bersama-abc-hingga-z.html

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : Matapelajaran : Bahasa Malaysia (LITERASI) Tahun : 1 Ceria Masa : (60 minit) Tajuk : Mengenal dan menulis huruf, suku kata dan perkataan Kemahiran :1.0 Mengenal dan menulis huruf :1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a-z Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat : 1. Murid berupaya menamakan huruf kecil dengan betul 2. Murid berupaya menyebut huruf kecil dengan betul Nilai Murni : Rajin, Berkerjasama, Berusaha bersungguh-sungguh Bahan bantu mengajar : Kotak, kad huruf, lirik lagu, gelung rotan, kad gambar, kad perkataan Set Induksi (5 minit) 1.Guru menunjukkan sebuah kotak kepada murid-murid. 2.Murid diminta meneka benda yang ada dalam kotak tersebut. 3.Seorang murid dipilih secara rawak untuk membuka kotak tersebutseterusnya menunjukkan huruf yang ada dalam kotak kepada rakan sekelas. 4.Guru meminta murid meneka huruf seterusnya mengaitkan isi pelajaran. Bahan Bantu Mengajar: Kotak dan huruf (a,b,c,d) Langkah 1(15 minit) 1.Guru menunjukkan beberapa huruf kecil di hadapan kelas. 2.Guru menunjukkan beberapa keping gambar yang disertai dengan kad perkataan. 3.Guru membunyikan huruf vokal a, i, u, yang terdapat pada awal perkataan dan melatih murid membunyikan huruf tersebut. 4.Guru melatih murid membunyikan huruf tadi secara latih tubi Bahan Bantu Mengajar: Kad gambar, Kad perkataan dan lampiran 1. Langkah 2(15 minit) 1.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mendapat satu kad rahsia . 2.Guru meletakkan gelung rotan di setiap sudut kelas dan meletakkan kadbord yang telah ditulis huruf. 3.Setiap kumpulan membuka kad rahsia seterusnya mencari gelung rotan yang mempunyai huruf yang sama. 4.Murid berdiri mengelilingi gelung rotan dan guru menyanyikan lagu huruf kecil. 5.Murid menyanyi bersama-sama sambil menunjukkan kad-kad huruf kecil yang diperolehi sambil menggoyangkannya. Bahan Bantu Mengajar: Kad huruf, Gelung rotan dan lirik lagu "enjit-enjit semut" Penutup(5 minit)

1.Murid dipilih secara rawak menyebut huruf yang ditunjukkan 2.Murid-murid lain akan menyebut perkataan tersebut 3.Guru merumus isi pelajaran. Bahan Bantu Mengajar: Kad huruf a, b, c, d.

http://bmt1.blogspot.com/2011/12/contoh-rancangan-pengajaran-harian.html

AKTIVITI MENGENAL ABJAB

AKTIVITI MENGENAL ABJAB

Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi idea untuk anda sama untuk membantu kanak-kanak cepat mengenal abjad. Mudah-mudahan di waktu cuti begini anda guru prasekolah dapat menyediakan bahan-bahan ini sebelum sekolah bermula. Manakala ibu bapa pula boleh menjalankan aktiviti ini sepanjang cuti persekolahan ini untuk menarik minat anak anda belajar dengan cara yang menyeronokkan. Selamat mencuba.

Sudut Abjad. Setiap kelas prasekolah perlu ada satu sudut abjad di kelas. Anda boleh menyediakan ruang bilik di mana kanak-kanak boleh meneroka abjad dalam banyak cara yang berbeza. Anda boleh guna hurufhuruf magnetic, stencils, blok, kad-kad gambar, kad-kad imbasan, stamps, cookie cutters, span, puzzles atau set permainan yang banyak menggunakan abjad untuk diletakkan di sudut berkenaan.

Padanan Abjad. Buat set kad-kad huruf kecil dan huruf besar. Minta kanak-kanak padankan huruf besar dan kecil. Kumpulan yang berjaya memadankan kad-kad huruf yang sama dengan banyak dikira pemenang. Permainan ini boleh menggunakan kad bersaiz daun terup dan dimainkan seperti permainan Happy Family.

Beg Abjad Isikan beg plastik dengan gel rambut, krim bercukur, gam yang telah diwarnakan dengan pewarna makanan, atau sebarang bahan lain yang anda mudah temui. Biarkan kanak-kanak gunakan jari mereka untuk membuat huruf-huruf di atas bahagian luar beg. Mereka boleh kemudian goncang beg itu untuk menulis semula. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan tidak membuatkan kelas berselerak.

Name Scramble. Tuliskan nama kanak-kanak di atas kad-kad berasingan.Kemudian campur-campurkan kad itu. Suruh mereka menyusun nama mereka ke dalam susunan yang betul. Mereka boleh juga menukar kad-kad

dengan kanak-kanak lain-lain dan cuba untuk mengeja nama-nama lain. Secara tidak langsung kanak-kanak akan tahu mengeja nama mereka dengan ejaan yang betul.

Memburu Abjad. Beri setiap kanak-kanak sekeping kad abjad. Minta mereka memburu abjad yang sepadan dengan kad yang mereka dapat di sekeliling bilik darjah, mencarinya di dalam majalah, atau buku-buku.

Kejar abjad. Sorok kad-kad abjad di sekeliling kelas. Minta kanak-kanak mencari kad-kad tersebut. Siapa yang mendapat kad terbanyak dikira sebagai pemenang.

Kad hilang. Letak kad abjad di atas lantai. Minta kanak-kanak menutup mata mereka. Guru sorok sekeping kad dan minta kanak-kanak meneka kad mana yang hilang. Permainan ini boleh dibuat secara kumpulan kecil. Minta pasangan lawan untuk menutup mata kumpulan yang akan meneka. Jika berjaya, markah akan diberikan.Kumpulan yang terbanyak menjawab soalan dengan betul akan dikira sebagai pemenang.

Memancing abjad. Lekatkan kad abjad di botol mineral kosong. Pasangkan tangkai di bahagian penutup botol supaya mudah untuk dipancing. Guru sebut nama abjad dan kanak-kanak akan memancing abjad yang telah disebut. Kumpulan yang berjaya memancing huruf abjad yang betul dikira pemenang.

Alphabet Walk. Bawa kanak-kanak keluar untuk melihat huruf-huruf yang terdapat di persekitaran mereka Mereka boleh melihatnya di papan tanda, bangunan dan di mana sahaja yang mempunyai perkataan tertentu.

Pasangan Perkataan. Tulis dua perkataan yang sama bunyinya tetapi berbeza makna di atas papan hitam misalnya perang dan perang (warna) dan kemudian minta mereka beritahu anda perbezaan makna perkataan tersebut.

Main sorok-sorok Abjad. Sorok kad-kad huruf-huruf di sekeliling bilik darjah. Minta kanak-kanak mencari kad tersebut. Bila mereka telah menemui kad, minta mereka duduk semula dan beritahu keseluruh kelas huruf yang mereka jumpa.

Lagu Abjad. Lagu ini mudah untuk dipelajari dan menyeronokkan untuk dinanyikan. Beri kanak-kanak huruf abjad dan biarkan mereka menyanyi huruf mereka apabila tiba giliran mereka.

Menyisih perkataan. Biar kanak-kanak memilih kad perkataan yang telah anda sediakan. Suruh mereka susun kad perkataan itu mengikut susunan abjad. Misalnya ayam, basikal, cempedak, durian, emak dan seterusnya.

Membuat Huruf-huruf. Ajak kanak-kanak membuat huruf-huruf dari krim bercukur, play dough, span, pudding atau bahanbahan lain yang menyeronokkan.

Abjad Lembaran kerja. Gunting lembaran kerja. Tampal semula lembaran kerja dan lakukan latihan menulis untuk mengajar kanak-kanak mengenal abjad.

Telaga abjad. Dengan menggunakan gelung rotan, Tulis di atas kertas dan tampalkan abjad tertentu pada skittel di tepi gelung rotan. Bahagikan kepada beberapa kumpulan murid. Guru sebut huruf dan kanak-kanak akan melompat ke dalam gelung rotan sambil menyebut nama huruf tersebut. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul akan dikira sebagai pemenang.

Bunyi Abjad. Sebut huruf abjad dan bunyinya dan minta kanak-kanak mengulang semula apa yang anda sebutkan.

Sepit Abjad Gunakan kad-kad abjad untuk menjalankan aktiviti ini. Minta kanak-kanak sepit kad pada penyepit baju dan gantung di ruang yang disediakan. Dalam kumpulan kecil minta mereka cipta perkataan menggunakan kad abjad tersebut. Kumpulan yang berjaya mencipta perkataan yang paling panjang dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai