Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN HARI PERTAMA (29/7/2018)

Saya telah berpaktikum di SK Raja Bahar bersama lima orang lagi guru pelatih. Seramai
enam orang guru pelatih kesemuanya. Pada hari pertama praktikum kami telah bertolak dari IPG
ke SK Raja Bahar seawal jam 6.45 pagi. Disebabkan kami bertolak pada awal pagi,jadi kurang
kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan kami. Kami tiba di sekolah seawal jam 7.10 pagi.

Setibanya kami di sekolah, kami bertanya kepada seorang murid sekolah tersebut di
mana letaknya pejabat sekolah. Setelah mengetahui di mana pejabat berada, kami terus naik ke
pejabat. Setelah memperkenalkan diri kepada guru besar, guru besar kami iaitu Cikgu Rosnan
menyuruh kami ke tapak perhimpunan untuk menyertai perhimpunan bersama warga sekolah
yang lain. Di tapak perhimpunan, kami mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan guru-
guru perempuan SK Raja Bahar. Kami juga rasa sangat gembira kerana kedatangan kami sangat
dialualukan oleh warga SK Raja Bahar. Kebanyakan guru yang melihat kami menegur kami dan
bertanya kepada kami. Hal tersebut membuatkan kami rasa sangat dialualukan di sekolah ini.

Sewaktu perhimpunan, guru besar telah memperkenalkan kami kepada warga sekolah
tentang keberadaan kami di sini selama tiga bulan. Selepas perhimpunan, guru besar telah
mempelawa kami untuk makan di kantin dan kami berenam sangat bertuah kerana guru besar
telah belanja kami makan di kantin. Selepas makan, kami segera ke bilik guru besar untuk
berjumpa dengan guru besar dan guru pembimbing. Sewaktu di bilik guru besar, saya bersama
dengan rakan yang lain telah diperkenalkan dengan guru-guru pembimbing kami. Saya bersama
Siti Atikah telah mendapat guru pembimbing perempuan iaitu Puan.

Setelah dibahagikan mengikut guru pembimbing masing-masing, saya bersama tiga orang
guru pelatih yang lain telah ke kelas PPKI. Di sana kami telah diperkenalkan dengan guru
pendidikan Khas serta PPM. Di sana, kami telah berbincang dengan guru pembimbing untuk
peruntukan jadual waktu mengajar. Kami telah berbincang jumlah jam yang kami kehendaki
sepanjang berada di sekolah ini. Saya juga berkempatan masuk ke kelas PPKI untuk mengenal
dan beramah mesra dengan murid-murid Pendidikan Khas. Murid-murid di sini kebanyakannya
tidak bermasalah.

Sebelum pulang, kami dijemput oleh guru-guru untuk makan jamuan pulut durian. Kami
berasa sangat gembira kerana dijemput makan pada hari pertama kami di sini.

Anda mungkin juga menyukai