Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Kisah Seekor Lebah Pelakon & Watak : 1. Akmal (Lebah) 2. Hasiff (Kumbang) 3. Ikhwan (Lalat) 4.

Aizat (Rama-rama) Babak Satu Pada suatu hari dengan cuaca yang begitu baik dan cerah. Rama-rama berterbangan di antara bunga-bunga di dalam hutan tersebut. Sesekali, kelihatan seekor tupai berlari dan memanjat pokok-pokok yang berdekatan. Burung berterbangan dan berkicauan dengan gembira sekali di pagi yang indah itu. Hutan dan cuaca kelihatan amat aman dan damai untuk semua haiwan. Jauh di dalam hutan tinggallah sendirian seekor lebah yang kesunyian. Sarang lebah tersebut telah pun musnah kerana pokok yang menjadi rumah kepada lebah tersebut telah pun ditebang oleh pembalak untuk mendapatkan kayu. Lebah itu sangat kesunyian. Kesemua kawannya mati ketika sarangnya dimusnahkan. Sang Lebah berasa sangat sedih bila teringat kembali peristiwa tersebut. Lebah : Bosannya aku duduk keseorangan tidak berteman Tempat tinggalku abis musnah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab manusia. Manusia itu telah menebang pokok yang menjadi tempat tinggalku. Aku berasa sedih bila teringatkan kejadian yang telah berlaku. Kejadian itu menyebabkan kesemua rakan-rakanku mati, dan aku seekor sahaja yang tinggal.

Sedang lebah itu bercakap mengenainya, tiba-tiba perutnya berasa lapar pula. Lebah : Ahh, perutku berasa lapar pula. Dah sehari suntuk aku tidak selera untuk makan. Dimanakah aku mahu mencari bunga-bungaan di dalam hutan ini bagi mendapatkan madu untuk dimakan. Baik aku pergi mencari bunga-bungaan sekarang sebelum matahari terbenam.

Babak Dua Lalu lebah itu pun beredar dari situ merayau-rayau mencari bunga di dalam hutan tersebut. Ketika merayau-rayau lebah telah terserempak dgn seekor kumbang di atas daun. Dan mereka berbual. Kumbang Lebah : : Hai sang lebah, mengapa kau kelihatan gundah gulana? Apa yang kau runsingkan? Aku sedang mencari bunga untuk menghisap madunya. Sudah sehari suntuk aku tidak jumpa sekumtum bunga pun. Adakah sang.kumbang tahu dimanakan saya boleh mencari pokok bunga? Ohh, ..saya rasa kamu patut pergi ke belakang semak itu. Mungkin terdapat pokok bunga disitu.

Kumbang

Lalu sang kumbang pun berlalu pergi meninggalkan sang.lebah. Sang.lebah pun kemudiannya pergi ke semak yang diberitahu oleh sang.kumbang sebentar tadi. Lebah : Di manakah pokok bunga yang dikatakan oleh sang.kumbang Itu. Tiada pun! Yang ada hanyalah cendawan dan kayu reput sahaja.

Babak Tiga Lalu lebah itu pun kembali terbang meneruskan pencariannya mencari bunga. Tidak lama selepas sang lebah bertemu sang kumbang. Sang.lebah telah terserempak dengan sang lalat yang sedang berehat di atas batu. Sang.lebah pun bertanya. Lebah Lalat Lebah : : : Hai sang lalat. Boleh saya tumpang bertanya? Boleh, silalah, apa yang sang.lebah nak tahu? Adakah sang lalat tahu dimanakah saya boleh mencari bunga untuk menghisap madunya. Saya berasa sangat lapar sekali. Maaf sang.lebah, saya hanya pergi ke tempat yang kotor dan berbau busuk sahaja. Jadi saya tidak tahu tempat yang sang lebah tanyakan itu.

Lalat

Babak Empat Selepas berbual dgn sang lebah, sang lalat pun berlalu pergi. Sang lebah pun meneruskan perjalanannya merayau-rayau mencari bunga untuk mendapatkan sedikit madu. Akhirnya sang lebah bertemu dengan sang rama-rama ketika sedang merayau. Lebah pun bertanya kepada sang rama-rama.

Lebah

Rama-rama :

Hai sang rama-rama, di manakah saya boleh mencari bunga di dalam hutan ini? (Sambil tersenyum) Aku tahu tempat yang dimaksudkan oleh kamu, sang lebah. Marilah ikut aku ke tempat tersebut.

Lalu sang lebah mengikut sang rama-rama ke suatu tempat yang tidak jauh dari situ. Akhirnya, sang lebah menjumpai taman bunga yang indah dan cantik yang ditunjukkan oleh sang rama-rama.

Lebah

Rama-rama :

Terima kasih sang rama-rama kerana membawa aku ke taman bunga ini. Kamu sungguh baik hati sang rama-rama. Marilah kita menyedut madu ini bersama-sama wahai sang rama-rama. Sama-sama wahai sang lebah. Kamu boleh menyedut sebanyak mana madu yang kamu mahu. Kamu tidak akan berlapar lagi.

PENGAJARAN Kita hendaklah bertanya kepada orang yang lebih berilmu dan mengetahui sesuatu perkara yang kita ingin tahu. NILAI MURNI Tolong-menolong Bekerjasama Berkata jujur Tidak mudah berputus asa Sabar dan tabah menghadapi dugaan

Anda mungkin juga menyukai