Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN BERCERITA STEM 2021

PERINGKAT NEGERI MELAKA


TAJUK :Rama-rama dan Beluncas.
NAMA SEKOLAH : SJKT LADANG BUKIT KAJANG

Salam sejahtera kepada semua. Tajuk cerita yang akan saya

sampaikan pada hari ini ialah Rama-rama dan Beluncas.

Di dalam sebuah taman tinggal pelbagai jenis serangga. Di taman

ini juga ada pelbagai jenis flora yang cantik. Semua fauna yang hidup di

taman ini hidup dengan aman dan gembira. Ada kupu-kupu, kumbang,

lebah, semut, belalang dan juga rama-rama. Di dalam taman itu juga

tinggal seekor (Lepidoptera) iaitu ulat beluncas dan seekor

(rhopalocera) iaitu rama-rama. Rama-rama merupakan serangga yang

paling cantik di dalam taman itu. Namun, ia baik hati dan tidak sombong.

Semua serangga suka berkawan dengannya. Biar pun rama-rama ada

banyak kawan, namun ia paling suka berkawan dengan ulat beluncas,

tetapi sayangnya ulat beluncas tidak boleh terbang sepertinya. Ulat

beluncas pula sering memuji-muji kecantikan dan kebaikan rama-rama.

Ulat beluncas dan rama-rama bersama-sama mencari makanan di

dalam taman itu. Rama-rama selalu membawa ulat beluncas terbang

bersamanya. Rama-rama suka menghisap madu bunga yang segar


manakala ulat beluncas pula suka menikmati pucuk-pucuk daun yang enak

ditaman itu. Mereka berdua menjadi sahabat yang sangat rapat.

Pada suatu pagi, seperti biasa rama-rama menunggu ulat beluncas

di sepohon pokok bunga. Setelah beberapa lama menunggu, ulat beluncas

tidak juga muncul. Rama-rama berasa gelisah dan sangat susah hati. Ia

bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada ulat beluncas.

Rama-rama terbang ke sana- ke sini mencari ulat beluncas, namun

tidak berjumpa. Sejak dari hari itu, ulat beluncas tidak kelihatan lagi.

Rama-rama tidak tahu ke mana rakannya itu pergi. Rama-rama berasa

sangat sedih kerana kehilangan sahabat baiknya.

Ke mana perginya ulat beluncas?

Sebenarnya ulat beluncas telah bertukar menjadi Pupa, ia kini

berada di dalam kelongsong yang dipanggil kepompong. Kepompong Ulat

Beluncas dipanggil Pupa. Setelah beberapa lama akhirnya kepompong itu

pun pecah. Kemudian muncullah seekor rama-rama kecil yang sangat

cantik. Kitaran hidup ini dikenali sebagai proses metamorphosis.

Pada suatu petang, seperti biasa rama-rama terbang dan hinggap

di pohon bunga untuk menghisap madu.Tiba-tiba, rama-rama melihat ada

seekor rama-rama kecil di dalam taman itu. Rama-rama segera terbang

ke tempat rama-rama kecil.


Ia menyapa rama-rama kecil dengan riang .

“Hai rama-rama kecil, kelihatannya kamu masih baru di taman ini?”

“Hi rama-rama, tidak kenal saya ke? Rama–rama kelihatan

kebingungan. Sebenarnya saya adalah ulat beluncas yang pernah menjadi

sahabat mu dahulu, saya sangat gembira dapat berjumpa dengan kamu

lagi”.

Oh, barulah si rama-rama sedar bahawa ulat beluncas sahabat

baiknya itu kini telah bertukar menjadi rama-rama . Ia berasa sangat

gembira dan bersyukur. Kini kedua-dua rama-rama itu menjadi sahabat

semula. Mereka terbang mencari madu bunga bersama-sama.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai