Anda di halaman 1dari 2

Si Belalang Terima kasih pengerusi majlis.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru, para hakim, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan sekalian. Pada pagi yang ceria ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Belalang. Si Belalang. Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Dia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu ada pelbagai jenis bunga seperti bunga raya, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga dahlia. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Setiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Dia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada ramarama, kumbang, lebah dan semut. Mereka tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari rakan-rakannya. Dia ingin mengajak mereka bermain tetapi mereka sangat sibuk. Mereka sedang mencari makanan. Mereka ingin berpindah. Mereka mahu berlindung sebelum musim hujan tiba.

Belalang tidak percaya dengan kata-kata rakanrakannya. Dia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang mula berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya. Akhirnya belalang jatuh sakit. Apabila hujan berhenti, lebah mula teringat akan belalang. Dia pergi ke rumah belalang. Dia amat terkejut melihat belalang yang terlantar sakit di dalam rumah. Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang yang lemah. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain. Mereka membantu belalang mencari makanan. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf. Kini dia sering mendengar nasihat daripada rakan-rakannya. Jadi rakan-rakan, pengajaran daripada cerita ini ialah kita janganlah bersikap sambil lewa dan tidak mempedulikan nasihat orang lain kerana ini akan merugikan diri sendiri. Sekian sahaja cerita saya dan akhiri dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai