Anda di halaman 1dari 2

NAMA PESERTA : SIM CHIANG HOE

NAMA SEKOLAH: SJK CHUNG HWA LIMBANG

Cerita dongeng : Semut Dan Belalang

Terima kasih dan salam 1 Malaysia kepada (Tuan Pengerusi Majlis), (para
hakim yang arif lagi bijaksana), (guru-guru yang dikasihi) serta (rakan-
rakan sekalian). Tajuk cerita saya pada pagi ini ialah Semut dan
Belalang.

Di dalam sebuah taman bunga, tinggallah seekor belalang yang suka


menyanyi dan menari dengan biolanya. Belalang mempunyai banyak lagi
teman seperti semut, rama-rama, lebah dan kumbang yang sering bermain
dan menyanyi bersama-sama.

Namun, musim dingin akan tiba. Semua rakan sibuk mencari makanan dan
tempat berlindung. Belalang ternampak semut rajin membawa banyak
makanan. Belalang pun bertanya sebab rakannya membawa sebegitu banyak
makanan.

Semua makanan ini adalah untuk bekalan musim dingin nanti. Kawan, ayuh
kumpul makanan, jangan bermain dan menyanyi lagi! jawab semut sambil
memberi nasihat.

Janganlah buang masa. Lebih baik kamu bermain dan menyanyi bersama-
sama aku, kata belalang. Namun, semut tidak mengendahkan kata-kata
itu.

Akhirnya musim dingin tiba. Belalang tidak dapat keluar mencari makanan.
Dia lapar dan sejuk. Belalang pun pergilah ke sarang semut untuk meminta
makanan. Tok! Tok! Tok!

Wahai semut, tolonglah berikan aku sedikit makanan! Aku sangat lapar,
rayu belalang sambil menggigil.

Ha, inilah akibat tidak beringat ketika ada. Kamu terlupa semasa makanan
banyak, kamu makan semuanya. Dan kamu tak dengar nasihat. Ha,
rasakan! balas semut lalu menutup pintu rumahnya.

Belalang yang kelaparan itu terpaksa pergi dengan perasaan malu dan
kesal.

Pengajaran daripada cerita ini ialah: Kita haruslah Beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis. Ada saatnya untuk kita bekerja, dan ada saatnya
pula untuk kita bermain. Kita juga haruslah mendengar nasihat orang lain.
Kawan-kawan, demikianlah tadi cerita daripada saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai