Anda di halaman 1dari 1

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang
bijaksana, guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Cerita saya pada hari ini bertajuk
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan bernama Leo. Leo tidak disukai
rakan-rakanya kerana suka menipu mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Leo akan menjerit, Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat!
Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Leo
hanyak ketawa melihat rakannya itu.
Walaupun Leo selalu menipu mereka namun, ikan-ikan kecil itu tetap
mempercayai Leo.
Pada suatu hari, Leo menghampiri rakan-rakannya untuk mempermainkan
mereka seperti biasa. Tiba-tiba seekor jerung menghampiri mereka dan Leo tidak
menyedari kehadiran jerung itu.
Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu
bersembunyi di celah-celah batu.
Leo tidak mempedulikan jeritan rakan-rakannya. Leo ingat mereka ingin
membalas dendam. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak
usahlah kamu semua menakutkan aku! jerit Leo.
Jerung itu berenang menghampiri Leo. Leo tidak sempat melarikan diri dan
akhirnya dimakan oleh jerung itu.
Pengajaran cerita:
1) kita mestilah jujur dalam percakapan
2) kita tidak akan dipercayai jika kita suka menipu.
Sekian dahulu cerita saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai