Anda di halaman 1dari 1

“Anak Ikan Yang Suka Menipu”

Selamat petang kepada Guru Besar yang dihormati, para hakim yang bijiksana, guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada petang ini, saya ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “Anak Ikan Yang Suka Menipu”.

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Anak ikan itu bernama
Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakannya kerana ia suka menipu dan mempermain-
mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan berasa takut dan lari lalu bersembunyi di celah-
celah batu.

Tony akan ketawa ikan-ikan lain. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan akan makan mereka. Tony berasa seronok mempermain-
mainkan rakan-rakannya. Ikan-ikan itu mempercayai Tony walaupun mereka selalu tertipu
dengan helah Tony.

Pada suatu hari, Tony ingin mempermainkan rakannya seperti biasa. Tiba-tiba,
muncul seekor jerung menghampiri mereka. “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” jerit
ikan-ikan itu. Semua ikan-ikan itu lari dan bersembunyi di celah-celah batu.

Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakannya. Tony jerit, “Sini mana ada
jerung! Tak usahlah kamu semua tipu saya!” Jerung itu sudah berhampiri Tony. Tony
tidak sampat melarikan diri dan dimakan oleh jerung.

Cerita ini mengingatkan kita semua haruslah sentiasa bercakap benar dan jangan
menipu kepada sesiapapun. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai