Anda di halaman 1dari 3

NAMA PESERTA : NUR SYIFA LIYANA BINTI AZHAR KATEGORI : BERCERITA TAHAP 1

TAJUK: BURUNG PUCUNG DENGAN KETAM

Burung pucung tinggal di sisi kolam. kolam itu penuh dengan ikan. burung pucung menangkap ikan untuk dijadikan makanannya. burung pucung semakin hari semakin tua. Ia tidak secergas dahulu. Ia berfikir-fikir akan cara yang paling mudah untuk menangkap ikan.

Pada suatu hari, burung pucung berpura-pura tidak mahu menangkap ikan lagi. Ikan-ikan di situ sangat gembira. Ketam yang tinggal juga di dalam kolam itu sangat hairan. Lalu ia bertanya kepada burung pucung. Mengapakah pak cik tidak makan ikan seperti biasa? Beberapa hari yang lalu, tiga orang nelayan melintasi tempat ini, kata burung pucung. Mereka akan menangkap semua ikan di sini. Hal inilah yang menjadikan aku susah hati. Ikan-ikan sungguh takut mendengar cerita burung pucung. Apakah yang patut kami buat? Tanya ikan-ikan. Tolonglah kami.

Burung pucung berpura-pura berfikir. Kemudian ia berkata, Tidak jauh dari sini ada sebuah kolam yang sangat besar. Kalau pindah ke sana, tentu kamu akan selamat. Bagaimanakah kami hendak berpindah ke sana? Tanya ikan-ikan.

Aku boleh bawa kamu ke sana seekor demi seekor dengan paruhku, jawab burung pucung. Burung pucung pun menggonggong seekor ikan lalu terbang pergi. Seketika kemudian ia hinggap di atas batu yang rata. Ia makan ikan itu lalu pulang untuk membawa ikan yang seekor lagi. Beberapa hari kemudian, ketam ingin ke kolam yang baharu juga. Burung pucung berfikir, Sesekali aku tukar selera. Ketam tentu lazat juga! Biarlah saya bergantung pada leher pak cik, kata ketam kepada burung pucung. Kulit saya keras lagi licin.

Burung pucung pun bersetuju dengan cadangan ketam. Burung pucung terbang tinggi ke udara membawa ketam. Ketika burung pucung hendak hinggap di atas batu yang rata itu, ketam ternampak tulang-tulang ikan di situ.

Kini barulah ketam tahu yang burung pucung ialah seekor burung yang penipu. Dengan pantasnya ia menguatkan cengkaman sepitnya yang tajam itu pada leher burung pucung. Setelah itu, burung pucung pun rebah lalu mati. Apabila pulang ke kolam yang lama, ketam memberitahu ikan-ikan tentang penipuan burung pucung yang jahat itu. Sekarang kita semua boleh hidup aman dan bahagia, kata mereka kegembiraan.

MORALNYA. Kawan-kawan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.Oleh itu, Kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak mudah tertipu..

Anda mungkin juga menyukai