Anda di halaman 1dari 2

TAJUK: PENGEMBARAAN ANAK PENYU

Salam sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim yang arif lagi

bijaksana, penjaga masa serta para hadirin sekalian. saya ingin mempersembahkan

cerita bertajuk Pengembaraan Sang Penyu.

Pada suatu hari, sang kambing merasa lapar. Dia mencari makanan sehingga ke tepi

pantai. Tiba-tiba, sang kambing terjumpa seekor penyu yang besar. ‘Wahai penyu,

apakah yang sedang kamu lakukan?’ ‘Aku sedang bertelur’ jawab sang penyu. Tiba-

tiba, sang kambing ternampak titisan air mata mengalir di pipi sang penyu. “ Mengapa

kamu menangis wahai sang penyu?’ Jawab sang penyu ‘ aku bukan menangis. Air

mataku sentiasa mengalir. Ini disebabkan, aku meminum banyak air laut, maka tubuhku

mengandungi banyak garam. Jadi, aku perlu membuangnya melalui air mataku’. “

selamat tinggal sang kambing. Aku kembali ke habitatku di dasar laut’.

Pada suatu malam yang sunyi, seekor anak penyu keluar dari dalam pasir. Anak penyu

itu baru menetas dari telur yang ditimbus oleh ibunya di tepi pantai. Anak penyu

menyapu pasir yang terlekat pada badan dan mukanya.

“Oh, inilah dunia baru aku!” kata anak penyu yang pertama yang keluar dari pasir.

Anak penyu yang sulung dikenali dengan nama Si Pertama. Si Pertama memandang ke

kiri dan ke kanan. Tidak ada seekor binatang pun di situ. Apa yang kedengaran

hanyalah bunyi ombak yang melanda pantai. Si Pertama memandang ke arah laut. Di

sanalah tempat tinggalku nanti. Aku akan berusaha untuk kembali ke sana.
Semasa Si Pertama membersihkan pasir di kepalanya, Si Pertama mendapati pasir

berdekatan dengannya bergerak-gerak. Lapan ekor anak penyu mula keluar dari pasir

seekor demi seekor. Sayup-sayup kedengaran bunyi salakan anjing. Anak-anak penyu

itu terdiam seketika kerana menyedari bahaya yang bakal menjelang. Si Pertama

menjelaskan kepada adik-adiknya tentang musuh di darat dan di air. Tiba-tiba, seekor

anjing menerkam dan menangkap dua ekor anak penyu. Walaupun sedih akan

kehilangan dua adik mereka, anak-anak penyu yang lain bersyukur kerana terselamat

dari anjing. Jarak di antara laut hanyalah 10 meter.

“Usah berehat, jom kita ke laut sebelum terlambat,” ujar Si Pertama.

“Aaaahrghh, abang tolong selamatkan aku!” teriak anak penyu Si Tujuh yang disambar

oleh seekor burung hantu. Malangnya, cengkerang lembut Si Tujuh telah pecah terkena

kuku burung hantu yang tajam. Enam ekor anak penyu yang masih tinggal terus berlari

ke arah laut dan dapat selamatkan diri.

Wahai kawan-kawan, penyu adalah haiwan mamalia. Penyu bernafas melalui peparu.

Kita tidak boleh memburu penyu untuk telur dan daging mereka kerana adalah

tanggungjawab kita untuk menjaga warisan alam semulajadi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai