Anda di halaman 1dari 2

Selamat petang saya ucapkan kepada guru besar,

para hakim yang bijaksana, guru-guru serta rakan-


rakan sekalian. Tajuk cerita saya ialah Rusa dan
Tanduknya.
Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang
bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk
melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat
tanduknya yang cantik.
”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu
kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak
suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa
kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku
mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung
kaki,” rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat
bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor
anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing
pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu
berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-
tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan
sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-
ronta untuk melepaskan tanduknya daripada
dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas
apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.
Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu
menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya
patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu
dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.
Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang
telah membantu menyelamatkan dirinya daripada
bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang
kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak
berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti
dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan
begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa
kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai