Anda di halaman 1dari 6

Semut dan Merpati

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba
angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang
itu terkapai-kapai di dalam air.
Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok
berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik
sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut.
Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai
dengan selamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan
menolongmu suatu hari nanti."Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang
ke tempat itu untuk memburu burung.
Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan
anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung
merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu
pernah menolongnya.
Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan
anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu
itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata burung
merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."

Katak Yang Suka Berlagak


Basil ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama
dengan katak-katak yang lain. Namun katak-katak lain lebih kecil daripadanya. Ini
menyebabkan Basil suka berlagak.
Ia menganggap dirinya paling hebat. Lihat, akulah haiwan yang paling besar di dalam
kolam ini! kata Basil dengan sombongnya. Basil menganggap dirinya ketua. Katakkatak lain dikerah mencai makanan untuknya.
Pada suatu hari, katak-katak itu tidak membawa makanan untuk Basil. Tuan,
terdapat anjing yang besar di tepi kolam. Kami takut untuk keluar mencari
makanan, kata salah seekor katak. Apa, ada haiwan yang lebih besar daripada
aku? jerit Basil dengan marah. Betul, haiwan itu lebih besar daripada tuan! jawab
katak itu. Basil berasa sungguh marah. Ia melompat ke atas batu yang besar di tepi
kolam.
Kemudian dia menghirup udara dengan banyaknya. Perutnya mula kelihatan
menggelembung. Lihat! Adakah haiwan itu lebih besar daripada aku? Tanya Basil.
Ya, haiwan itu lagi besar! kata katak-katak itu. Basil semakin tidak puas hati.
Basil terus menghirup udara. Perutnya menjadi semakin besar, seperti sebiji belon.
Namun Basil masih tidak puas hati. Ia masih mahu kelihatan lebih besar daripada
anjing itu.
Ia terus menghirup udara. Tiba-tiba Bang!! Bunyi yang kuat itu mengejutkan
katak-katak yang lain. Mereka melihat perut Basil pecah. Akhirnya Basil mati.

ARNAB YANG PEMALAS


Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor
tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.
Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah
tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak.
Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan
lebatnya.
Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita
ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak,
jawab

arnab.

Pagi

esok

kita

akan

buat

sarang,

kata

arnab

lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih
baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang,
jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi.
Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng
melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab
basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang,
kata tupai. Esok kita mesti buat sarang.
Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak
menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

ANJING, AYAM JANTAN DAN RUBAH


Anjing dan ayam jantan adalah dua sahabat yang tinggal di ladang. Suatu hari,
mereka pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap dan
angin mula bertiup kencang.
Ayam jntan berkata, "Alamak, hari nak hujan!" "Elok kita jangan teruskan
perjalanan," kata anjing. "Kita boleh bermalam di sini." Mereka pun melihat
sekeliling. untuk mencari tempat tidur.
Ayam jantan menjumpai sepohon pokok besar. Pokok itu akan melindungi mereka
daripada hujan. Dia terbang ke atas dahan dan selesakan diri. Anjing
menjumpai sebuah lubang di pangkal pokok.
Dia gembira berlingkar di dalam tempat yang hangat dan kering itu. Dua
sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam. Tiba waktu subuh, ayam jantan
pun bangun dan mula berkokok. Seekor rubah terdengar ayam jantan berkokok.
Dia mahu makan ayam itu. Sebentar kemudian dia menjumpai ayam jantan di
atas pokok besar. Rubah berkata, "Kamu mempunyai suara yang sungguh merdu!
Aku mahu menjadi sahabatmu.
Turunlah ke bawah supaya kita boleh berbual." Ayam jantan tidak mempercayai
rubah. "Kamu patut bercakap dengan sahabatku yang ada di pangkal pokok,"
katanya. "Dia juga pandai menyanyi." Rubah menyangka sahabat itu ialah
seekor ayam lagi. Sahabat!" dia melaung ke dalam lubang.
Marilah keluar dan nyanyikan sebuah lagu!" Anjing berasa marah kerana
dikejutkan daripada tidur. Dia mula menyalak dengan kuat dan melompat keluar
dari lubang. Rubah sangat takut dan melarikan diri. Anjing mengejarnya di
dalam hutan. Selepas itu, anjing kembali ke pokok.
Ayam jantan memberitahu anjing tentang bagaimana rubah cuba bersahabat
dengannya.

Mereka

mentertawakan

rubah

yang

malang

itu.

Tidak

lama

kemudian, dua sahabat itu selamat sampai di ladang dan mereka tidak pernah
melihat rubah itu lagi.

Anak Helang Dengan Ibunya


Jack ialah seekor anak helang yang sedang belajar terbang. Setiap hari ia melihat
ibunya terbang dengan cekap sekali. Ibunya berlari sambil mengepak-gepakkan
sayapnya. Kemudian ibunya terbang tinggi sehingga kea wan.
Wah,hebatnya! jerit Jack. Semua yang dilakukan kelihatan mudah. Jack pun
bercita-cita untuk terbang seperti ibunya. Aku mesti banyak berlatih, kata Jack.
Jack masih terlalu muda. Kaki dan sayapnya masih lemah. Ia cuba berlari dan
mengepak-ngepakkan sayapnya. Namun ia selalu terjatuh.
Jack tidak berputus asa. Ia bangun kembali dan mencuba lagi. Ia terus berlatih
sehingga ibunya pulang. Jangan cepat mengalah! Cuba lagi. Lama-kelamaan kamu
akan pandai! kata ibu Jack.
Pada keesokan pagi, Jack bangun lebih awal. Ia ingin belajar terbang lagi. Ia juga
ingin melihat ibunya terbang. Ibu Jack terbang tinggi sehingga ke puncak pokok.
Matanya tajam mencari sesuatu. Tiba-tiba ia terpandang seekor arnab.
Ia segera terbang turun lalu menangkap arnab itu. Pada petang itu. Ibu Jack pulang
membawa arnab yang ditangkapnya. Ibu, saya pun ingin pergi mencari makanan,
kata Jack. Kamu mesti belajar terbang terlebih dahulu, kata ibu Jack. Baiklah,
ibu lihat saya terbang, kata Jack. Jack pun berlari sambil mengepak-ngepakkan
sayapnya. Ia pun terbang dengan gembira.

Anak Anjing Yang Tak Sabar

Alkisah tentang Alex ialah seekor anak anjing. Ia tinggal sendirian di sebuah taman.
Ia sering merasa kesunyian kerana tidak mempunyai kawan. Alex ingin mencari
kawan.
Pada suatu hari, Alex melihat seekor rama-rama terbang di taman itu. Rama-rama
itu hinggap pada sekuntum bunga. Aku akan tangkap rama-rama itu. Bolehlah aku
bermain bersama-samanya, kata Alex. Alex berjalan perlahan-lahan kearah ramarama itu. Ia cuba menangkap rama-rama itu.
Namun, rama-rama itu terbang lari. Alex mengejar rama-rama itu. Ia cuba
menangkapnya lagi tetapi gagal. Akhirnya Alex merasa sungguh penat. Ia berhenti
mengejar rama-rama itu. Huh, sia-sia sahaja usaha aku!
Alex berjalan-jalan pula di tepi sebuah kolam. Ia nampak ikan berenang-renang
dengan riang di dalam kolam itu. Mungkin ikan itu boleh menjadi kawan aku. Aku
akan tangkapnya! kata Alex.
Alex pun menghulurkan ekornya ke dalam air untuk memancing ikan. Ah, air kola
mini sungguh sejuk! Aku tidak boleh lama di sini1 Runggut Alex sambil menarik
keluar ekornya. Alex berasa marah apabila melihat ekornya basah.
Ia mengoyang-goyangkan ekornya supaya segera kering. Huh,hanya membuang masa
aku! Alex berehat di bawah pokok sehingga petang. Akhirnya ia pulang dengan
tangan kosong. Ia tidak dapat apa-apa pun pada hari itu.

Anda mungkin juga menyukai