Anda di halaman 1dari 6

1

NAMA: TRASHERLYA NUNYAH


SEKOLAH: SK TUNGKAH DAYAK, SEBANGAN
Singapura Dilanggar Todak
Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan
menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Singapura Dilanggar Todak
Rakan-rakan sekalian pernah tidak mendengar sebuah cerita yang bertajuk
Singapura Dilanggar Todak ?
Singapura dilanggar todak adalah sebuah cerita dongeng orang Melayu
yang paling terkenal khususnya di Singapura. Pada masa dahulu ada
seorang ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib datang ke
Singapura untuk mencari kehidupan baru disamping berdagang.
Di Singapura dia sangat disegani oleh rakyat kerana sikapnya yang lemah
lembut dan berbudi bahasa.Dia juga melakukan kerja-kerja sosial dengan
penduduk setempat.
Pada suatu hari Tun Jana Khatib berjalan di samping istana Raja.
Pemaisuri baginda saat itu melihat Tun Jana Khatib sedang berdiri
menatap sebatang pohon pinang. Tun Jana Khatib menerung mata lalu
2

menempelkan tangan ke batang pinang. Ajaib! seketika batang pinang
terbelah dua lalu roboh ke tanah! Pemaisuri terkejut melihat keajaiban itu.
Kemudian Tun Jana Khatib berjalan meninggalkan sisi istana. Baginda
Raja bertanya kepada Pemaisuri tentang apa yang terjadi dan ia terkejut
melihat pohon pinang yang sudah terbelah dua.
Raja lalu memerintahkan pengawal istana agar mencari tahu siapakah
orang sakti itu. Setelah mengetahui bahawa itu adalah seorang arif dari
Pasai. Raja menjadi khuatir dan murka , ia memerintahkan supaya Tun
Jana Khatib ditangkap dan dihukum mati di Hujung Pasar. Lalu
ditangkaplah sang arif itu, ketika dia ditangkap dan akan dihukum mati
maka, ia pun bersumpah:
"Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini!
Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia akan
membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini
akan huru hara dan akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!"
Lalu sebilah keris ditikam ke tubuh Tun Jana Khatib! Akhirnya dia
tersungkur jatuh ke tanah dan tewas.
3

Namun saat jenazah Tun Jana Khatib akan di bawa ke tanah perkuburan,
terjadi keanehan . Tubuhnya tiba-tiba ghaib, menghilang! Hanya
menyisakan darah di tanah. Ke mana jasadnya pergi?
Tidak lama kemudian ribut petir melanda Singapura dengan suara
menggelegar kuat dari langit. Orang yang menyaksikan berlarian
menyelamatkan diri , sebahagian pergi ke Hujung Pasar untuk mencari
jawapan apa yang telah terjadi. Mereka mulai gempar sebab darah Tun
Jana Khatib tadi telah berubah menjadi batu. Sementara itu di lain tempat,
penduduk di Langkawi heboh kehairanan kerana menemukan sesusuk
mayat terbaring di tepi pantai . Itu adalah jasad Tun Jana Khatib yang
kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang disebut Makam
Purba.
Dan dari peristiwa itu tertulislah sebuah pantun untuk mengenang
kesaktian Tun Jana Khatib :
Telur itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terhantar di Langkawi.
4

Setelah kejadian itu berlalu. Pada suatu pagi , ketika para nelayan mulai
pergi ke pantai untuk menangkap ikan, tapi nelayan yang ada di pantai
justeru berlarian menjauhi pantai. Apa yang terjadi? ternyata ratusan ikan
todak mulai menyerang nelayan Singapura. Mereka yang di pantai dan tak
sempat berlari mati tertusuk ikan Todak, di mana-mana banyak mayat
bergelimpangan tewas kerana serangan ini. Ikan todak yang jumlahnya
ratusan melesat bagai panah menusuk siapapun yang berada di tepian
pantai atau di laut.
Peristiwa itu mengejutkan Raja kerana banyak rakyatnya telah terkorban.
Raja Singapura segera memerintahkan pengawalnya untuk menyediakan
seekor gajah tunggangan dan bergerak menuju ke tempat kejadian.
Raja pun tiba di pantai. Baginda melihat begitu banyak mayat
bergelimpangan,Raja bingung. Dalam kebingungannya, Raja mengarahkan
rakyatnya agar membuat pagar betis, dalam erti sebenarnya yaitu dengan
menjajakan orang di tepi pantai untuk dijadikan tameng melawan todak!.
Namun usahanya gagal. Seorang demi seorang mati diterjang todak.
Semua orang takut, putus asa dan hanya bisa patuh kerana takut dimurkai
oleh Raja lalu dianggap sebagai pendurhaka kepada raja.
5

Lalu datanglah seorang anak kecil yang masih berusia 10 tahun nan
cerdik bernama Hang Nadim. Dia datang menghadap Raja yang berdiri
menatap pantai. Hang Nadim menyarankan agar memagari pantai dengan
batang pisang. Idea ini lalu diterima Raja dan memerintahkan rakyatnya
segera mengumpulkan batang pisang dan membuat pagar. Rakyat
bersorak gembira meyambut idea ini dan segera pergi ke kebun-kebun
mengambil batang pisang. Maka dibuatlah jejeran batang pisang
menyerupai benteng pagar penahan serangan.

Tidak lama kemudian benar terjadi serangan. Ikan todak dalam
jumlah besar menyerang kembali . Ikan-ikan itu melesat, menyerang dan
menancap pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian
itu menyambut dengan penuh kegembiraan. Ikan todak berhenti
menyerang, orang mulai membersihkan pantai dari ikan todak yang
terjebak di batang pisang. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan
todak. Baginda Raja memuji kejayaan Hang Nadim mengalahkan ikan
todak lalu baginda mengundang Hang Nadim ke istana untuk menerima
Anugerah Raja.
6

Demikian kisah Tun Jana Khatib dan Hang Nadim yang memecu
Legenda Singapura dilanda todak.
Pengajaran yang diperolehi melalui kisah ini ialah, janganlah kita
menghakimi seseorang tanpa usul periksa sepertimana baginda yang telah
membunuh Tun Jana Khatib dan Hang Nadim dengan hanya berdasarkan
kata-kata pujukkan pembesar-pembesar baginda yang jahat.

Anda mungkin juga menyukai