Anda di halaman 1dari 3

Pada suatu hari terdapat seorang pedagang dan Ulama dari negeri Pasai

bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk membuka lembaran
kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura beliau sangat
disegani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi
bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal dan membantu penduduk-
penduduk tempatan.
Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah Istana Raja
Singapura. Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang
berdiri di sebatang Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja melihat keadaan Tun
Jana Khatib yang sedang merenung mata kearah pokok pinang, lalu dilihatnya
Tun Jana Khatib menghampiri dan menyentuh batang pokok pinang tersebut.
Tiba-tiba, pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah. Permaisuri raja
berasa amat terkejut melihat keajaiban yang berlaku pada pokok pinang itu.
Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar. Tidak lama kemudian, Raja Singapura
telah terkejut melihat keadaan batang pokok pinang yang terbelah dua, lalu
baginda bertanya kepada permaisurinya bagaimana kejadian ini boleh berlaku.
Setelah mendapat khabar bahawa kejadian itu adalah perbuatan seorang dari
Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib
ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam).
Apabila pihak istana dapat menangkap Tun Jana Khatib maka beliau telah
bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian
ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya
membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru
hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus
menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib, akhirnya beliau tersungkur lalu
rebah ke bumi.
Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan,
ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Mengikut lagenda, jenazah
beliau tiba-tiba ghaib tetapi darahnya masih ada, ramai orang bingung dan
hairan akan kejadian tersebut.
Beberapa minit kemudian ribut petir telah menggemparkan Singapura dan
disusuli dengan dentuman kuat. Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi
ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib
tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi pula
mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai. Penduduk disana
telah mendakwa jenazah itu adalah Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian
dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.


Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian
Tun Jana Khatib, bunyinya:
Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Beberapa hari kemudian , pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi
ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula bergegas lari ke
tengah daratan. Beberapa ekor ikan todak telah mula menyerang Singapura.
Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada juga orang yang tersungkur
kerana ditikam ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak
yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan
Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Lantas,
Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan
seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.
Di kawasan pantai yang penuh dengan mayat bergelimpangan terdampar,
baginda telah mula berasa amat tertekan. Maka Raja Singapura mengarahkan
orang yang ada disitu untuk terus ke tepi pantai berbaris, lalu dijadikan betis
masing-masing sebagai pedinding dari serangan ikan todak. Namun usahanya
gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak.
Semua orang berada dalam ketakutan dan mereka menyangka tiada harapan lagi
untuk bertahan. Keadaan ini membuatkan Raja Singapura bertambah murka dan
seraya mendakwa sesiapa yang lari akan dikira sebagai penderhaka kepada raja
yang akan ditimpa tulah.
Maka ada seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun yang bijaksana
bernama Hang Nadim. Beliau terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di
situ. Maka ada cadangan yang baik dari Hang Nadim bahawa elok jika
dibariskan batang pisang untuk dijadikan kubu pertahanan. Akhirnya baginda
bersetuju dengan cadangan Hang Nadim itu, lalu mengarahkan orang yang ada
di situ untuk terus meninggalkan pantai untuk mencari batangpisang bagi
dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda
disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke
kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam
kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu
akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan
akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang
melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh.
Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke
pantai lalu membersihkan ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari
serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim
menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk
menerima anugerah daripadanya.
Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar berasa iri hati dan mula
berasa benci dengan kebijaksanaan dan populariti Hang Nadim kerana pada
pengamatan mereka, apabila Hang Nadim sudah dewasa nanti, beliau mungkin
akan diangkat tinggi dan kebarangkalian Hang Nadim akan merampas kuasa
baginda raja dan memerintah Singapura pada suatu hari nanti.
Para pembesar yang iri hati telah berjaya menghasut Raja Singapura
dengan berita fitnah tersebut. Raja Singapura yang mudah percaya akan
dakwaan tersebut telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat
penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan
mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk
menghadiri istiadat penganugerahan, tetapi sejurus sampainya ke istana, beliau
mula merasakan ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap
Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila beliau bukannya ke balai
penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi
baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas
budak itu. Hang Nadim mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah
keris lalu mati. Namun terdapat dakwaan bahawa Hang nadim tidak dibunuh
secara tikaman, tetapi dicampakkan ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim
mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat
khianat pada umur semuda tujuh tahun.

Anda mungkin juga menyukai