Anda di halaman 1dari 14

TEKS PERTANDINGAN BERCERITA

Si Tanggang
Si Tanggang dilahirkan di kalangan keluarga miskin yang tinggal di pinggir hutan, ada yang kata daripada keluarga
orang asli. Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga
nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai).

Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan
terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang
kepada cita-citanya.

Apabila masuk alam remaja, suatu hari Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang
berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan
meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Mulanya nakhoda kapal sangsi atas kebolehan Si Tanggang akan tetapi
Beliau bersetuju setelah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan tika menuju ke kapal Beliau tadi.Walaupun Si
Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka
terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.Tetapi ada pula cerita
yang menyebut dia telah ditangkap rombongan pendatang yang kemudian membawanya belayar ke negeri lain.

Apapun, anak muda ini sangat rajin, pintar serta pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Si Tanggang
melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin
bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang
dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil "Nakhoda Tanggang".

Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi sangat terkenal
hingga sampai ke telinga Sultan lalu dijemput ke istana. Tidak lama selepas itu Si Tanggang berkahwin dengan
beberapa orang isteri (menurut satu riwayat, tiga orang) dan isteri nombor tiga adalah seorang puteri raja.

Pada suatu hari Si Tanggang telah keluar belayar membawa ketiga-tiga isterinya berjalan. Kebetulan dan tanpa
disedari dia telah singgah di kampung halaman tempat asal-usulnya. Dipendekkan cerita, ibu-bapanya yang telah
lama tidak ditemui mendapat tahu tentang kedatangan seorang saudagar yang memiliki ciri-ciri anak mereka yang
hilang lalu pergi menyiasat. Setelah pasti itulah Si Tanggang, mereka cuba merapatinya dengan membawa
makanan hutan kegemarannya semasa kecil dahulu.Sebenarnya Si Tanggang sedar bahawa orang yang datang itu
adalah ibu-bapa kandung yang telah membesarkannya dahulu tetapi beliau terasa malu hendak mengaku di
hadapan orang-ramai terutama para isterinya yang cantik rupawan lagi bangsawan.

Apapun, menurut ceritanya, isteri ketiga yang merupakan seorang puteri raja telah menyuruhnya menerima kedua
orang tua yang datang itu. Katanya, apa salah mengaku ibu bapa kandung sendiri tak kiralah seburuk mana pun
rupa mereka.
Rupa-rupanya kata-kata ini telah membuat Si Tanggang terasa lebih malu dan tersinggung. Beliau mula
mengeluarkan kata-kata kesat dan sumpah-seranah menyuruh orang tua itu pergi. Dalam keadaan hati hancur
luluh dihina begitulah si ibu lalu menadah tangan kepada Ilahi seraya berdoa..

"""kalau betullah pemuda di hadapannya adalah Si Tanggang yang pernah dikandungnya selama 9 bulan lebih,
maka buktikanlah dengan menukarkan segalanya menjadi batu."

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang
bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan
menerima balasannya kerana telah menderhaka.

Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi.
Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat.
Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Moral :
Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran Islam yang menghormati kedudukan ibu bapa.Kanak-kanak yang tidak
mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si Tanggang" untuk
mengingatinya mengenai kisah tersebut. Janganlah kita menderhaka kepada kedua ibubapa kita.
Kisah Tiga Budak Hitam

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba
seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol
tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-
tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya.
Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah
membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa
terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku
dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut
menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang
pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih
supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi
putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih
putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu
budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku
menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan
kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..."
Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan
kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal
hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan
tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka
melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka
juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan
manusia sendiri.
Tajuk : Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan.
Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila
mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di
dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-
bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana
makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari
di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil
berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan.
Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih
airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air
sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di
bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam
hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah
kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun
kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang
Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah
enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut"
fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam
lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di
tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk
mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang
sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya
yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil
yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang
menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk
kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang
dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak
sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang
terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua".
Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi
Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini.
"Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan
aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-
buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing
sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman
supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang
istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada
tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera
beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang
Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama
di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku
ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai.
Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak
kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu
kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di
tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu
pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu
Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus
menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang
masak ranum itu.
Kisah Pak Pandir Membeli Lembu

Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung. Nama isteri nya,
Mak Andeh dan nama suami nya Pak Pandir....
Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suami nya untuk membeli lembu. Suami nya
bertanya pada isteri nya, " Bagaimana rupa lembu tu ye Andeh?" Isteri nya pu menjawap, "Rupa
lembu itu senang aje. Ia bertanduk dan makan rumput."

Pak Pandir pun berjalan di keliling kampung mencari lembu. Sedang dia ber jalan, dia terlihat
seorang hamba Allah sedang menyambit rumput dengan menggunakan sabit .

"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikir nya sendirian. Diapun menghampiri
orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan saudara itu." Sambil Pak Pandir menunjuk sabit di
tangan orang itu.
"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu. "Tidak, itulah lembu. Jualkan lah pada saya.
Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir bersungguh-sungguh.

Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itupun beri. "Nah ini
bayarannya," sambil Pak Pandir memberi semua DUIT yang di beri oleh Mak Andeh tadi.

"Tapi DUIT apa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebinggungan. Pak Pandir tidak
menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan di tarik pulang,
seperti menarik lembu.

Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isteri nya, "Mak Andeh, Ini lembu
yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma mendengar suara Pak Pandir
merasa sukacita. "Cepat dia dapat beli lembu. Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir
Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap hendak melihat lembu yang di bawa pulang.

"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini! Aku beli beli dengan
semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan kepada sabit yang diikat
dengan tali itu.

Mak Andeh menepuk-nepuk kepala .... "Habis duit simpanan Aku....," mengeluh Mak Andeh.
HARIMAU DENGAN BAYANGNYA

Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang kecil
takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan
bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau
tersebut.
Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok
memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya.
Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.

Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak
sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau,
kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh
binatang yang lebih besar," kata sang kancil.
"Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi aku
berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah harimau
yang paling kuat di hutan ini." kata kancil. Harimau menjadi sangat marah dan mengaum
dengan sekuat hati.
"Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau
dengan nada yang amat angkuh.
Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali sekala
harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa
pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau membaham kancil.
Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti.
"Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil.
Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam
dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenag
itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya yang
panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.
"Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil.
Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan
kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia telah di
tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi.
Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan
bayang-bayang sendiri.
SANG KANCIL YANG BIJAK

Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu
lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek aja, jenih dan sejuk. Kerbau itu
mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai
kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu
di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah uara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing
sungai.

"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan
buluh. Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-
balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus
bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya
ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?" tanya
kerbau. "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak.
Berat sungguh batang kayu ini," jawab buaya. Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba
mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat
melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera
menangkapnya.

"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak makan
kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku," jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah
binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau
balas jahat," kata kerbau.
"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat," sambung kerbau lagi. "Aku tidak
peduli," jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya.
Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke
bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah
bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain," kerbau merayu. Tetapi buaya
tetap tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah
syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik
dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama sebanyak
tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu
sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak
sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji.

"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat,"
jawab saji. Saji menceritakan kisah hidupnya. "Di rumah, aku digunakan untuk menutup
makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi," jelas saji. "Pendek kata, aku banyak
menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku
lindungi," cerita saji. "Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi
menutup makanan, aku dibuang ke sungai," ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik
dibalas jahat," saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut."Macam mana kerbau? Betul atau
tidak apa yang aku kata?" tanya buaya. Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih.
Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang
yang baik," kata kerbau dalam hatinya.

Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut
itu tenggelam kerana tapaknya tembus. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan
tali. Kedua-dua belah kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba
tanya," kata buaya. "Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. Kerbau
berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut bersetuju dengan kenyataan itu bererti ia
akan selamat. Kalau kasut berkata tidak betul, habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana berbuat
baik dibalas jahat," jawab kasut. Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar
kasut memberi jawapan itu. Kasut lalu bercerita.Pada suatu masa lalu, kasut amat disayangi oleh
tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, kasut itu disimpan di
tempat selamat. Kasut itu juga hanya dipakai oleh tuannya apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau
tuannya pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, kasut itu tidak dipakainya. Tetapi apabila
sudah buruk, kasut itu tidak disayangi lagi. Badannya tidak dikilatkan lagi. Kasut itu dibaling ke
tepi tangga selepas digunakan. Apabila malam, kasut itu ditinggalkan di halaman rumah. Kasut
itu dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, kasut itu menjadi tempat persembunyian
katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk dan koyak, kasut itu
dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah sebabnya aku hanyut ke sini," kasut menamatkan ceritanya
lalu pergi bersama-sama arus air. "Sudah dua jawapan.

Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi," kata buaya. "Kalau datang yang ketiga, sama
jawapannya, engkau akan menjadi habuanku," jelas buaya kepada kerbau.Ketika kerbau dan
buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air.
Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya
menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan
bengis. "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil. "Mujurlah engkau
datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami," kata buaya.
"Mengapa?" tanya kancil. "Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat," kata buaya.
"Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang
ditindih batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan
baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. "Tetapi sebelum aku
memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya," kata kancil. "Mula-mula aku kena
tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku," jawab buaya. "Boleh
aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana
aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya. "Baiklah! Sekarang
engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja
arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok. "Kerbau! Cuba
engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya?

Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" kancil
mengarah seperti hakim. Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. "Cuba engkau
bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" kancil mengarah buaya. Buaya cuba bergerak dan
mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena
tindih," kata kancil. "Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang pokok. "Kuat lagi! Kuat
lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba
mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal
air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu
arahan kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu aku datang menolong.
Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau.
"Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil. Kerbau segera mendekati batang
pokok itu.

Kerbau menundukkan kepala hendak engangkat batang kayu itu. "Sudah! Setakat itu dulu. Aku
sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya?
Tentu buaya akan mati," jawab kerbau. "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata
kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini
patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik
ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah
kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik.
Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu
aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak
mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil
ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang
setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.

"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau
buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak
tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik
apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya
dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari
naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan
kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau
mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah
menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan
jahatnya itu.
PINOCCHIO

Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama Geppetto.Dia
amat suka membuat patung.Patung kesayangannya ialah Pinocchio.”Alangkah baiknya kalau
aku mempunyai anak”kata Geppetto sambil melihat Pinocchio.
Pada malamnya, seorang pari-pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan
mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio sambil berkata”Esok Pinocchio akan dapat
bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.”

Pada keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan
bercakap.Dia sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti manusia
biasa.Geppetto terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk membeli buku untuk
Pinocchio belajar di sekolah.Dia memang ingin menyekolahkan Pinocchio. “Sekarang kamu
bolehlah belajar seperti budak-budak lain belajar,”kata Geppetto kepada Pinocchio.Semasa
berjalan ke sekolah, Pinochio berhenti untuk menyaksikan pertunjukan patung.”Mahukah kamu
menyertai pertunjukan ini?”tanya ketua pertunjukan yang jahat .Tanpa berfikir apa-apa,
Pinocchio bersetuju.

Ketua pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam


sangkar yang kecil.Pinocchio berasa takut dan ingin pulang ke pangkuan Geppetto.Tanpa
disangka, datanglah seorang pari pari yang baik hati membebaskan Pinocchio dari sangkar kecil
itu.Pinocchio berasa sangat gembira.”Saya akan terus pergi ke sekolah dan tidak akan singgah
ke mana-mana,”kata Pinocchio
.
Semasa dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang yang
jahat.Dia menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau Ria.Pinocchio terlupa akan
sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke Pulau Ria.”Kamu hendak pergi ke
mana?”tanya pari-pari kepada Pinocchio.”Saya hendah ke sekolah,”Pinocchio berbohong.Tiba-
tiba hidung Pinocchio menjadi panjang.Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan pari-
pari yang telah menyelamatkannya.

Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal .Pinocchio
segera meninggalkan pulau itu.Dia duduk di sisir pantai dan ingin bertemu dengan
Geppetto.Tiba-tiba dia melihat kelibat Geppetto sedang mengayuh sampan.Semasa Geppetto
sedang mengayuh sampan,seekor ikan paus muncul dari belakang dan terus menelan Geppetto
bersama sampannya.Pinocchio berenang dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamtkan
Geppetto.Apabila Pinocchio hampir dengan ikan paus itu,ikan paus membuka mulutnya dengan
luas.Pinocchio terus berenang dan masuk ke dalam mulut ikan paus itu.

Pinocchio berjumpa dengan Geppetto.Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu lagi."Mari
kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata Geppetto kepada Pinocchio.Asap api membuatkan
ikan paus itu membuka mulutnya lalu Pinocchio dan Geppetto pun keluar dari situ.Pinocchio
dan Geppetto berenang hingga ke persisiran pantai.Mereka amat letih lalu tertidur di
situ.Apabila bangun,Geppetto mendapati bahawa Pinocchio telah berubah menjadi
manusia.Dia sangat gembira kerana impiannya untuk memiliki anak sudah tercapai.
Kapak Emas dan Kapak Perak

Dahulu kala di sebuah hutan, tinggal seorang penebang pokok yang miskin. Selepas penat
bekerja dia pun berehat.

“Sudah sampai waktu makan,” katanya. Dia pun duduk dan memakan roti di atas
sebatang tunggul kayu. Kemudian dia pergi ke tebing sungai yang berhampiran untuk minum.
Ketika membongkok untuk minum, kapak yang terselit di pinggangnya terjatuh ke dalam air.

“Apa mesti kubuat? Aku tak boleh berenang. Lagi pun sungai ini amat dalam. Aku tak
boleh bekerja tanpa kapakku. Apa patut kulakukan?” keluhnya. Apabila mengenangkan ibunya
yang sakit di rumah, si penebang pokok merasa semakin sedih. Pilunya tidak tertahan, lalu dia
pun menangis.

Tiba- tiba air sungai berbuih dan bersinar indah. Penunggu air menjelma dari dalam
cahaya dan bertanya dengan lembut, “Hai penebang pokok, kenapa kamu menangis?”

Dengan perasaan gerun, si penebang pokok menceritakan kepada penunggu air itu apa
yang telah berlaku.

“Kasihan! Oleh kerana kamu ingat kepada ibumu, aku akan tolong carikan kapakmu. Jadi
janganlah risau,” kata penunggu itu . Kemudian dia pun menghilangkan diri ke dalam air.

Tidak lama kemudian, penunggu air muncul semula sambil memegang sebilah kapak
emas. Dia bertanya kepada si penebang pokok. “Inikah kapakmu?”

“Oh! Bukan, pasti bukan! Kapakku bukanlah kapak emas. Ia Cuma kapak biasa sahaja,”
jawab si penebang pokok.

Penunggu itu ghaib lagi.

Bila air berbuih semula, dia muncul dengan sebilah kapak perak di tangannya. “Inikah
kapakmu?” tanyanya.

Penebang pokok yang jujur itu menggelengkan kepalanya. “Bukan Tok! Kapakku biasa
saja, bukan seperti itu,” jawabnya. Penunggu itu ghaib sekali lagi. Kemudian dia timbul dengan
memegang sebilah kapak besi yang buruk. “Inikah kapakmu?” tanyanya.

“Ya, Tok. Itulah kapakku. Terima kasih banyak- banyak. Dengan kapak ini, dapatlah aku
bekerja kuat untuk menjaga ibuku,” jawab si penebang pokok.
“ Kau seorang yang amat lurus. Akan kuberi kamu kedua- dua kapak emas dan perak
sebagai balasan kejujuranmu,” kata penunggu itu sambil tersenyum.

Si penunggu mengeluarkan kedua- dua kapak dari balik jubahnya dan memberikan kepada si
penebang pokok. Si penebang pokok yang terpegun itu menerima dengan tangan yang terketar-
ketar. Kemudian penunggu itu pun ghaib.

Keesokkan harinya, si penebang pokok menunjukkan kapak emas dan kapak perak itu
kepada kawan- kawannya. Dia juga menceritakan pengalamannya yang menakjubkan kepada
mereka.

Selepas mendengar cerita itu, seorang penebang pokok yang tamak menanyakan tempat
kejadian itu dan segera berangkat ke sana.

“Di sinikah tempatnya aku boleh mendapatkan kapak emas? Nah! Inilah kapakku,”
katanya. Si penebang pokok yang tamak itu pun mencampakkan kapaknya ke dalam air lalu
menangis. Tidak lama kemudian, air sungai berbuih dan penunngu sir pun menjelma.

“Kenapa kamu menangis?” tanya si penunggu air itu. “Kapakku terjatuh ke dalam air. Tanpanya
aku tak boleh bekerja dan ibuku yang sedang sakit akan mati,” jawab si penebang pokok yang
tamak.

Penunggu itu ghaib ke dalam air. Tidak lama kemudian, dia pun muncul dengan
memegang sebilah kapak emas yang bersinar- sinar. “Inikah kapakmu?” Si penebang pokok yang
tamak itu menghulurkan tangan dan berkata dengan gembira. “Ya Tok! Itulah kapakku.”

Setelah mendengar jawapan si penebang pokok yang tamak itu, penunggu air berasa
amat marah. “Tamak! Penipu! Ini kapakmu yang buruk,” katanya. Si penunggu itu pun ghaib
bersama kapak itu dan tidak lagi memunculkan dirinya. Si penebang pokok yang tamak itu
meratapi nasibnya kerana tidak dapat menanggung hidup tanpa kapak itu.

Anda mungkin juga menyukai