Anda di halaman 1dari 13

TAJUK: AWANG KENIT

Tersebutlah kisah seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang amat
istimewa baginya. Anak lelakinya itu, Awang, hanya setinggi ibu jarinya.
Memandangkan bentuknya yang kecil, sudah tentu anak itu menghadapi
pelbagai rintangan. Ibu itu membekalkan anaknya sebatang jarum tajam
sebagai senjata untuk membela dirinya jika berlaku sebarang bahaya.
Dengan berlatih bersungguh-sungguh, Awang dapat menggunakan peniti
tajam itu dengan cekap sebagai senjatanya. Awang berlatih dengan
membunuh banyak nyamuk dan labah-labah yang datang mengganggunya.
Pada suatu hari, Awang dipanggil ibunya. Ibunya telah memberi dia
sebuah pesanan. Dengarlah Awang, anak kesayangan emak baik-baik,.
Awang memasang telinga sewaktu ibunya berucap. Jangalah anak emak
keluar rumah. Emak hendak pergi ke pasar dan menjaja sayur-sayur dari
kebun kita itu. Semoga dengan hasil jualan sayur-mayur itu, dapatlah emak
sedikit wang dan boleh dibuat membeli sebilah pisau. Dengan pisau itu,
mudahlah bagi emak melakukan kerja-kerja memotong daging dan menyiang
sayur-mayur buat makanan hidangan kita bersama-sama. Ingatlah pesan
emak. Jika Awang mendengar tapak kaki gergasi di luar rumah, cepatcepatlah Awang bersembunyi di tempat yang dia tidak boleh menjumpai
kamu.
Setelah bersalaman dan mengucup tangan emaknya, Awang melihat
emaknya bergegas keluar rumah sambil membimbit sebuah raga yang sarat
berisi hasil tanaman di kebun mereka. Awang mengisi masanya dengan
bermain-main di dalam dapur dan bilik tidur. Sedang dia leka berkhayal
sewaktu bermain-main itu, bumi seakan-akan bergegar. Raksasa sedang
berlalu di luar rumahnya. Awang dengan segera menyorokkan dirinya di
bawah sebiji batok kelapa, alat sukatan beras emaknya.
Tiba-tiba, Awang terdengar pintu rumahnya dibuka dengan kuat.
Raksasa itu telah masuk ke dalam rumahnya. Awang mengintai melalui
rekahan batok kelapa itu dan dia dapat melihat gergasi itu sedang
membongkar para dan membuka periuk-periuk di dapur. Di bawah tudung
sajai, ada sisa hidangan sarapan Awang dan emaknya. Raksasa itu
mengambil sebiji pinggan lalu diisi dengan nasi yang disenduknya dari salah
sebiji periuk di situ. Dia duduk bersila di atas lantai dan mula makan. Sedang
raksasa itu makan, tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat dan diikuti dengan bau
yang sungguh busuk. Raksasa itu terkentut dengan kuat berkali-kali. Awang
1

yang tidak dapat menahan dirinya menyaksikan gelagat raksasa yang lucu
itu, ketawa terbahak-bahak. Bunyi suara ketawa Awang seperti seekor anak
burung pipit. Tiba-tiba, keadaan gelap di bawah batok kelapa itu menjadi
terang. Awang bingkas apabila terpandang wajah raksasa yang hodoh itu di
hadapan matanya.
Apakah ini? kata raksasa itu sambil mengutip tubuh Awang yang kecil itu
dan diamat-amatinya.
Ada seorang budak! Bagus, aku dapat makan daging manusia! gelak
raksasa itu membingitkan telinga Awang yang berada di hujung-hujung jari
raksasa itu.
Tiba-tiba keadaan sekelilingnya bertukar menjadi gelap kembali.
Apabila Awang membuka matanya, dia berada di dalam sebuah terowong
gelap dan berbau busuk. Rupa-rupanya, Awang sudah ditelan raksasa itu.
Awang tidak berasa gentar sedikit pun. Dia menghunus jarum tajam yang
tersisip di pinggangnya lalu menikam-nikam dinding usus gergasi itu. Darah
mencurat-curat mengalir keluar di kelilingnya. Namun, Awang masih terus
juga menikam dinding usus raksasa itu dengan kuat.
Raksasa yang tidak dapat menahan kesakitan akibat ditikam itu lalu rebah ke
lantai sambil mengerang-ngerang. Raksasa itu sedar bahawa dia telah
membuat kesilapan dengan menelan Awang tadi. Tidak lama kemudian,
Awang mendapati dia tidak mengalami sebarang pergerakan di dalam badan
gergasi itu.
Tinggallah Awang di dalam perut gergasi yang tidak bernyawa lagi.
Awang berdoa semoga emaknya segera pulang ke rumah untuk
menyelamatkannya. Awang terlelap di dalam perut raksasa itu kerana berasa
terlalu letih. Petang itu, emaknya pulang dari pasar. Emak Awang terpegun
mendapat mayat gergasi terbujur di atas lantai rumahnya. Di kulit bahagian
perut raksasa itu, emak Awang mendapati ada sebatang jarum tertusuk
keluar. Sedarlah emak Awang bahawa anaknya tidak hilang. Dia dengan
segera mengambil pisau yang baru dibelinya. Dengan berhati-hati, dia
menebuk lubang di bahagian perut raksasa yang terbujur kaku itu. Di situlah,
emaknya mengeluarkan Awang yang kelihatan berlumuran darah.
Selepas memandi dan memberikan Awang pakaian yang bersih, mereka
berdua masuk ke kampung untuk mendapatkan pertolongan orang-orang
kampung untuk menanam bangkai raksasa yang jahat itu yang sudah mati itu.

Kisah Seorang Nelayan


Tersebutlah pada zaman dahulu, ada seorang nelayan yang miskin lagi
jujur pergi keluar mejala di tengah lautan. Gelombang besar tidak
menakutkannya kerana dia sedar betapa dia mencari rezeki yang halal untuk
keluarganya. Dia sedar Allah akan memberkati rezekinya yang dicari dengan
titik peluhnya sendiri. Setelah beberapa lama dia menebarkan jala, dia tidak
mendapat apa-apa tangkapan pun. Dia berhenti seketika sambil menadah
tangan ke langit seraya berdoa.
Tuhanku, Engkau yang memberikan rezeki kepada sesiapa yang engkau
kehendaki dan Engkau merahmati sesiapa yang Engkau rahmati.
Sesungguhnya aku mohon rezeki daripada-Mu untuk kuhidupi keluargaku,
doanya dengan bersungguh-sungguh.
Setelah itu, dia menebarkan jalanya sekali lagi. Sewaktu nelayan itu
menarik jalanya kali ini, dia mendapat seekor ikan yang sangat luar biasa.
Sisik ikan itu berkilau-kilauan seperti emas. Dua biji matanya pula keliahtan
seperti intan yang bergemerlapan. Nelayan itu mengucapkan kesyukurannya
lalu bersujud di dalam sampannya itu dan menadah ke langit sekali lagi. Dia
belum pernah melihat ikan yang secantik dan seganjil itu.
Setelah dia mengalihkan ikan itu ke dalam sebuah bekas yang mengandungi
air laut, dia duduk berfikir seketika.
Pasti tidak ada sesiapa yang akan mahu membeli ikan ini dengan harga
yang tinggi, katanya dalam hati. Mereka akan menganggap ikan ini seperti
ikan-ikan biasa yang lainnya.
Setelah puas berfikir, dia meNgambil keputusan untuk membawa ikan
itu sewaktu dia menghadap rajanya. Raja di negeri tempat tinggalnya itu
termasyhur sebagai seorang raja yang amat adil lagi bijaksana. Akan tetapi,
permaisuri baginda terkenal pula dengan sikap kikir sedta tamak. Namun, dia
bertekad untuk mempersembahkan ikan yang dia dapat itu kepada rajanya.
Sewaktu menghadap rajanya dengan mempersembahkan ikan tangkapannya
itu, raja tersebut berasa takjub lagi kagum ketika melihat ikan itu.
Wahai nelayan, Di manakah engaku dapat ikan yang ganjil lagi ajaib ini?
titah raja.
3

Nelayan itu berdatang sembah sambil berkata, Ampun tuanku! Patik dapat
menangkap ikan yang ajaib ini dengan menjalanya di sebuah teluk di lautan
selatan negri ini.
Wah, sungguh engkau berani menjala ikan di sana pada masa keadaan laut
bergelombang besar lagi berbahaya pada musim ini! puji raja.
Ampun tuanku, dengan izin Allah juga, sesuatu yang susah dapat
dilaksanakan, sembah nelayan itu dengan penuh takzim.
Baginda raja berasa gembira mendengar sembah nelayan itu lalu
mengahdiahinya seribu wang emas. Nelayan itu bersyukur sesudah
mengucapkan terima kasih atas kurnia rajanya itu. Dia menerima pemberian
raja itu dengan penuh rasa hormat. Pada waktu itu, permaisur raja lalu
bertitah, Ayuhai Kakanda, bukankah pemberian itu terlalu mahal bagi harga
seekor ikan sahaja.
Tidak mengapa, wahai adinda! Ikan yang beta dapat daripada nelayan ini
bukan ikan sebarangan. Cuba adinda lihat ., titah baginda lalu
menunjukkan ikan yang sudah dialihkan ke dalam sebiji mangkuk yang berisi
air. Sisik ikan itu keemas-emasan sementara biji-biji matanya berkilau-kilauan
seperti intan.
Bagi adindalah, ikan tetap ikan, celah permaisuri dengan megahnya.
Kalau demikian menurut adinda, apakah yang mesti kakanda lakukan
sekarang? titah baginda sambil tersenyum.
Itu mudah sahaja, jawab permaisuri dengan manja. Kakanda panggil
semula nelayan itu dan titahkan kepadanya untuk diberitahu sama ada ikan
itu jantan atau betina. Jikalah dia menjawab jantan, kakadan katakan betina
dan begitu sebalinya, supaya jawapan nelayan itu boleh dikatakn salah.
Denga yang demikian, wang yang diambil itu kanda paksa dia kembalikan.
Setelah mendengar sembah permaisuri itu, raja itu lalu menitahkan
pengawalnya memanggil nelayan itu datang kembali menghadap baginda.
Apabila dia mendengar bahawa dia diperintahkan supaya menghadap
baginda semula, nelayan itu tersentak. Namun, dia segera masuk
menghadap raja.
Ampun tuanku, pati datang mengadap, sembah nelayan itu.
Raja itu lalu bertitah,Beta mahu tahu. Jika jawapan kamu betul, tidak
mengapa. Namun, jika jawapanmu salah, beta mahu kamu kembalikan
semula hadiah yang telah beta kurniakan kepada kamu sebentar tadi.
Titah dijunjung, ampun tuanku! balas nelayan itu.
4

Apakah ikan yang kami bawa sebentar tadi iakn jantan atau ikan betina?
Nelayan itu berfikir sejenak. Dia pun lalu bersuara sesudah beberapa katika,
Ampun tuanku, sebenarnya ikan itu bukan ikan jantan atau ikan betina. Ikan
itu .. jawanya sambil tersenyum simpul.
Raja itu kemudian ketawa terbahak-bahak! Sesusah reda ketawanya, baginda
lalu bertitah, Bagus, kamu tidak perlu menjawabnya! Baginda masih
tersenyum simpul cuba menahan dirinya daripada terus ketawa. Baginda lalu
menghadiahi nelayan itu seribu wang emas lagi.
Melihatkan tindakan baginda raja, permaisur mengerut-ngerutkan
keningnya sambil menarik wajah masam kerana rancangannya tidak menjadi.
Nelayan itu semakin gembira mendapat wang tamahan itu. Dia pun lalu
memasukkan wang yang baru didapatinya ke dalam uncang yang dia bawa
itu. Tiba-tiba sejumlah wang meas itu jatuh ke lantai. Nelayan itu
memnugutnya dengan segera dan memasukkannya semula.
Melihat akan hal itu, permaisuri lalu berbisik kepada baginda raja, Lihat
kakanda, betapa kedekutnya nelayan ini. Satu keping wang mas pun dia
kutip, sedangkan dia sudah memiliki hampir dua ribu keping wang mas!
Raja bersetuju dengan kata-kata permaisuri itu lalu baginda bertitah lagi, Hai,
nelayan. Kamu ini sangat kedekut! Kamu mendapat banyak wang emas tetapi
sekeping yang jatuh pun kamu pungut!
Nelayan itu tersentak mendengar akan titah rajanya. Dia lalu
mengangkat sembah seraya berkata, Ampun tuanku! Sebenarnya, patik
memungut semula wang emas yang jatuh itu bukanlah patik kedekut dan
tamak. Patik amat menjunjung duli tuanku. Patik tidak rela wang emas yang
ditempa dengan gambar wajah tuanku jatuh di lantai dan dipijak-pijak orang,
ampun tuanku!
Mendengar akan jawapan nelayan itu, baginda berasa sungguh terharu.
Tanpa berfikir-fikir lagi, baginda menambah jumlah wang emas kepada
nelayan itu. Wahai nelayan yang bijaksana, titah baginda, Kamu rakyat beta
yang taat lagi setia. Beta tambah lagi jumlah wang emas kamu itu.
Ampun tuanku, kurnia tuanku patik junjung tinggi, sembah nelayan itu lagi
sambil mengukirkan senyuman sekali lagi.
Permaisuri raja menjadi bertambah-tambah murka namun baginda hanya
menahan dirinya. Nelayan itu pulang ke rumah dengan perasaan yang
sungguh gembira.

Empat Orang Raja


Pada suatu masa dahulu, seorang nakhoda kapal terdampar di sebuah pantai
setelah kapal yang dia miliki tenggelam dihempas ribut. Setelah dia sedar
daripada pengsannya, dia berjalan ke pedalaman pulau dan bertemu dengan
seorang nenek kebayan. Nenek kebayan yang baik hati itu mempelawa
nakhoda kapal itu tinggal di rumahnya sehingga dia kembali sihat. Setelah dia
pulih, nakhoda itu membantu perempuan tua itu mencari kayu dan
menangkap ikan di laut sewaktu dia tinggal di nenek kebayan tua itu. Apabila
dia mendapat jenis pokok yang sesuai, dia membuat sebuah sampan untuk
dia gunakan pergi menjala dan menangkap ikan di tengah laut.
Pada suatu hari, sewaktu nakhoda itu duduk di tepi pantai, dia terpandang
kelibat sekawan burung terbang di angkasa. Semakin burung-burung itu
terbang dekat, nakhoda itu mendapati bahawa yang terbang itu bukanlah
burung tetapi sekawan bidadari jelita yang bersayap. Mereka mendarat di tepi
sebuah kolam dekat dengan air terjun yang terletak tidak jauh dari tempat
nakhoda itu berada. Setelah menanggalkan sayap-sayap mereka, bidadari itu
lalu bermandi-manda serta bersuka ria sesama sendiri di kolam itu.
Nakhoda itu telah jatuh hati kepada salah seorang bidadari itu dan dengan
senyap-senyap, dia mendekati tempat bidadari itu menanggalkan sayapsayap mereka. Dia mengambil salah satu pasang sayap lalu
menyembunyikannya dengan menanamnya di dalam sebuah lubang yang dia
korek tidak jauh dari kolam itu. Setelah puas mandi, bidadari itu kembali
mendapatkan sayap-sayap mereka lalu memasangnya di badan mereka
semula. Puteri bongsu mendapati sayapnya sudah hilang lalu mengadukan
hal itu kepada bidadari-bidadari yang lain. Mereka cuba mencari sayap puteri
bongsu tetapi tidak berjumpa. Mereka lalu menasihati puteri bongsu agar
tinggal di bumi buat sementara sedang mereka pulang ke kayangan dan
berjanji akan pulang untuk membawa puteri bongsu pulang. Lalu bidadaribidadari yang lain terbang kembali ke kayangan dan tinggallah puteri bongsu
seorang diri duduk menangisi nasibnya yang malang.
Setelah bidadari-bidadari yang lain itu lenyap di udara, nakhoda itu timbul lalu
6

memujuk puteri bongsu. Dia berjaya memujuk puteri bongsu supaya


mengikutnya pulang bersama-sama dan akhirnya mereka berdua berkahwin.
Nakhoda membina sebuah rumah yang lebih besar untuk dia dan isterinya.
Nakhoda itu juga menjemput nenek kebayan tinggal bersama-sama mereka.
Tidak lama kemudian, puteri bongsu melahirkan seorang anak lelaki. Setahun
kemudiannya, dia melahirkan seorang putera lagi.
Pada suatu hari, nakhoda itu mendayung sampannya ke tengah laut untuk
menjala ikan. Setelah memberitahu nenek kebayan, puteri bongsu membawa
anak-anaknya bersiar-siar di tepi pantai. Semasa bersiar-siar itu, puteri
bongsu dan anak-anaknya sampai di tempat suminya menyembunyikan
sayap puteri bongsu. Oleh kerana hujan turun lebat pada malam sebelumnya,
maka lubang itu terkambus dan puteri bongsu terpandang akan sayapnya.
Puteri bongsu dengan segera memasang sayapnya di badan dan terbang
pulang ke rumah. Puteri bongsu menyerahkan anak-anaknya kepada nenek
kebayan lalu dia terbang pulang ke kayangan.
Nenek kebayan tidak dapat menahan puteri bongsu. Dia menjadi belas
melihatkan kedua-dua orang anak kecil itu yang tidak berhenti-henti menangis
hendakkan ibunya. Pada petang hari, nakhoda itu tersentak melihat anakanaknya dijaga oleh nenek kebayan. Setelah mendapat tahu yang isterinya
telah terbang pulang ke kayangan, nakhoda lalu keluar rumah untuk
menjejaki isterinya. Setelah penant berjalan, dia duduk di atas sebongkah
bantu besar di tepi pantai. Seekor burung gagak terbang lalu hinggap di
sisinya.
Apakah yang tuan hamba risaukan? Bolehkan hamba tolong? tanya burung
gagak yang pandai berkata-kata.
Dapatkah tuan hamba menerbangkan hamba ke kayangan? kata nakhoda
itu. Burung gagak tiba-tiba mengibas-ngibaskan sayapnya. Tidak lama
kemudian, badannya menjadi besar seperti seekor kuda.
Naiklah di atas belakang hamba, Pelawa burung gagak yang besar itu.
Burung gagak itu menyuruh nakhoda itu memaut pada tengkoknya sewaktu
mereka berada di udara supaya nakhoda tidak terlepas dan jatuh ke bumi.
Terbanglah burung gagak itu ke kayangan dengan nakhoda itu di atas
belakangnya. Sampai di kayangan, burung gagak itu lalu mendarat. Dia
berpesan kepada nakhoda itu agar berjalan hingga sampai di sebuah rumah
yang didiami oleh seorang lelaki tua yang bernama Pak Sabar. Sebelum
berangkat pergi, nakhoda itu mengucapkan terima kasih kepada burung
7

gagak itu lalu terus berjalan. Nakhoda mendapati kawasan tempat dia lalui itu
luas seperti sawah padi. Setibanya di hujung sawah padi itu, dia sampai di
sebuah rumah lalu memberi salam. Salamnya disambut oleh seorang lelaki
tua yang bertubuh tegap. Setelah berbual-bual beberapa ketika, nakhoda lalu
bertanya sama ada lelaki tua itu ada melihat isterinya terbang lalu di situ.
Ada, tuan hamba dapat berjumpa dengannya di dalam kota, jawab Pak
Sabar.
Tetapi, tuan hamba hendaklah mendapat isteri tuan hamba yang
sebenarnya. Hamba akan menghantar kelip-kelip ke sana sewaktu tuan
hamba mencari isteri tuan hamba itu. Kelip-kelip itu akan hinggap di bahu
kanan dan kiri isteri tuan hamba. Semua perempuan yang tuan hamba jumpa
kelak kelihatan serupa. Ingatlah pesanan hamba. Usah bercakap-cakap
dengan sesiapa pun hinggalah tuan hamba menghadap raja, terang Pak
Sabar. Jika tuan hamba tersilap, raja itu akan menjatuhkan hukuman yang
berat ke atas diri tuan hamba.
Nakhoda lalu mengucapkan terima kasih kepada Pak Sabar lalu meneruskan
perjalanannya menuju ke kota. Pada setiap selekoh jalan yang dia lalui,
nakhoda disapa oleh ramai orang. Di sebuah selekoh, dia disapa oleh
sebatang pokok yang bermata dan bermulut. Nakhoda itu tidak menghiraukan
apa-apa yang dia saksikan.
Di sebuah selekoh jalan, dia disapa oleh batu yang bermulut. Nakhoda masih
tetap tidak menjawab walaupun dia berasa takjub. Serumpun pokok buluh di
tepi sebatang jalan menyapa-nyapa nakhoda. Nakhoda tidak menoleh ke kiri
atau ke kanan dan dia terus berjalan hingga dia sampai di pintu kota. Dia
masuk menghadap raja yang sedang bersemayam dan dihadap oleh para
pembesarnya.
Apakah gerangan hajat kamu datang menghadap beta, wahai manusia?
titah baginda.
Nakhoda lalu menjawab, Patik datang untuk membawa isteri patik pulang.
Pasti percaya puteri bongsu berada di dalam istana ini.
Raja lalu menitahkan semua orang perempuan berkumpul dan berbaris di
hadapan balai rong. Semua orang perempuan itu menurut titah baginda itu.
Nakhoda lalu berjalan memeriksa perempuan itu untuk menemukan isterinya.
Tepat seperti kata-kata Pak Sabar, perempuan-perempuan itu serupa dengan
wajah isterinya, Puteri Bongsu. Nakhoda masih tidak mendapati sebarang
kelip-kelip pada semua perempuan itu hinggalah dia sampai kepada wanita
8

yang berdiri di hujuung barisan perempuan itu. Pada perempuan itu ada kelipkelip hingga di bahau puteri bongsu, isteri nakhoda itu.
Ini dia isteri patik, tuanku! teriak nakhoda sambil menudingkan jarinya ke
arah Puteri Bongsu.
Raja itu bertitah, Benar dan tepat sekali! Itulah isteri kamu, Puteri Bongsu
anakanda beta. Kamu boleh membawanya pulang. Akan tetapi, beta ada satu
lagi tugas untuk kamu laksanakan.
Dalam bakul itu ada padi yang sudah bercampur dengan pasir. Pisahkan
padi itu daripada pasir dan isikan padi-padi itu ke dalam sebuah lesung yang
ada di situ, titah Raja lagi.
Lelaki itu memandang ke arah sekawan kelip-kelip yang berada di bahu
siterinya. Dengan sekelip mata, kelip-kelip itu bertukar menjadi sekawan
burung pipit. Burung-burung pipit itu mengutip butir-butir padi itu dan
mengalihkannya ke dalam lesung yang ada di situ. Dalam masa yang singkat,
tugas itu dapat diselesaikan.
Setelah menyaksikan itu, baginda lalu menitahkan agar nakhoda diberikan
sebuah istana kecil untuk di tinggal bersama-sama Puteri Bongsu. Tidak lama
kemudian, Puteri Bongsu melahirkan putera yang ketiga. Pada waktu itu,
nakhoda berasa rindu akan anak-anaknya yang berada di dunia yang dia
tinggalkan dalam jagaan nenek kebayan. Nakhoda lalu memohon izin Raja
untuk turun ke dunia agar dia dapat berkumpul semula dengan anakanaknya.
Baginda memperkenankan permintaan nakhoda. Baginda lalu menitahkan
pesuruhnya mengiringi nakhoda dan Puteri Bongsu ke sebuah tempat yang
dapat membawa nakhoda pulang ke bumi.
Pesuruh raja itu menunjukkan seutas tali perak yang terikat dan tergantung di
sebatang pokok beringin yang besar. Setelah membendung bayinya, nakhoda
itu menyuruh Puteri Bongsu mengikat bendungan yang mengandungi bayinya
di badannya. Mereka dapat turun ke bumi dengan mudah; hanya dengan
memegang pada tali perak itu. Setelah selamat sampai di halaman rumah
mereka, nenek kebayan keluar menyambut kepulangan nakhoda dan Puteri
Bongsu. Nenek Bongsu lalu memanggil kedua-dua anak nakhoda datang
bersalam dengan ibu bapa mereka. Di bumi, Puteri Bongsu melahirkan anak
yang keempat.
Keempat-empat orang anak nakhoda dan Puteri Bongsu membesar dan

berjaya menjadi empat orang raja yang gagah dan memerintah kerajaan
mereka dengan adil dan saksama.

Tuah Seorang Pemuda Yang Jujur


Seorang pemuda berjumpa sebentuk cincin di kebunnya. Oleh kerana terlalu
jujur, dia menunjukkan cincin yang ditemuinya itu kepada jirannnya. Jirannya
itu seorang peniaga yang licik. Apabila terpandang akan cincin itu, jirannya itu
pasti itu adalah cincin emas. Namun, jirannya itu berkata, Ini hanya sebentuk
cincin tembaga yang murah. Bagi saya cincin ini dan saya akan gantikan
dengan seekor ikan.
Jirannya pergi menangkap seekor ikan yang berenang-renang dalam sebuah
kolam yang terletak di belakang rumahnya. Pemuda yang jujur itu menerima
ikan itu dengan penuh syukur dan mengucapkan terima kasih kepada
jirannya. Pemuda itu pulang ke rumah lalu membelah perut ikan itu sebelum
dia memasaknya. Pada kali ini, dia mendapati dalam perut ikan itu terdapat
pula sepasang cincin emas.
Pemuda itu lalu menunjukkannya kepada jirannya sekali lagi. Jirannya, yang
penuh muslihat itu, berkata, Nampaknya, engkau selalu menemukan cincin
tembaga. Biar aku beri engkau seekor ayam sebagai gantinya. Aku kira
cukuplah dengan nilai dua bentuk cincin ini.
Jirannya mengambil seekor ayam tua dan menyerahkannya kepada pemuda
itu. Pemuda itu sekali mengucapkan terima kasih dan membawa ayam itu
pulang ke rumahnya. Ayam itu dikurung dalam sebuah raga dan
diletakkannya pada sebuah sudut di dapurnya.
Pada keesokan harinya, sewaktu pemuda itu hendak menyembelih ayamnya
itu buat lauk hidangannya pada hari itu, ayam yang diberikan jirannya yang
licik itu terlepas lalu berlari masuk ke dalam kebunnya. Sewaktu menemukan
ayamnya itu, pemuda itu melihat bahawa ayamnya sedang mematuk-matuk
tanah. Pemuda itu lalu mengambil sebatang ranting mati lalu mengais-ngais
10

tanah yang dipatuk-patuk ayamnya itu. Tidak berapa lama kemudian, dia
menjumpai tiga bentuk cincin emas dalam lubang yang digalinya dengan
ranting mati itu. Dia segera menunjukkan ketiga-tiga bentuk cincin yang
dijumpainya kepada jirannya sekali lagi. Jirannya yang begitu gembira dapat
menipu pemuda itu lagi, berkata, Hai, cincin-cincin ini tidak berharga
langsung. Tak mengapa, aku akan menggantikannya dengan seekor kambing
bagi cincin-cincin tembaga ini.
Jirannya itu pergi ke kandang tempat dia mengurung kambing-kambingya.
Dia lalu mengheret seekor kambing tua lalu diserahkan kepada pemuda yang
begitu gembira dengan pertukaran itu. Setelah pulang ke rumahnya, pemuda
itu lalu menambat kambing itu di sebuah kandang miliknya. Dia memberikan
kambing itu makan selonggok rumput kering dan air minuman dalam sebuah
bekas.
Keesokan harinya pula, pemuda itu sduah bersiap-siap hendak membawa
ayam dan kambing tuanya ke pekan. Dia hendak menjual binatang-binatang
itu di pekan pada hari itu. Diikat kepak dan kaki ayamnya agar tidak boleh
bergerak dan terbang lepas nanti. Kambingnya diikat taki pada lehernya lalu
dihela.
Sewaktu dalam perjalanan ke pekan, kambing tuanya asyik terbatuk-batuk
dan bersin. Dan dia berhenti berjalan sambil melihat-lihat kambingnya. Kalau
sakit, pastilah tida sesiapa yang akan membeli kambingnya itu. Pada waktu
dia berhenti sejenak sambil mememrhatikan kambingnya, dia terpegun
apabila ada empat bentuk cincin keluar dari mulut kambing itu, Setelah
kambing itu berhenti batuk dan bersin, pemuda itu mengutip keempat-empat
bentuk cincin itu lalu disarungkan ke jari kanan dan kiri; dua bentuk pada jari
manis dan jari hantu kedua-dua belah tapak tangannya.
Tersebutlah kisah seorang saudagar kaya yang tinggal di pekan itu. Saudagar
kaya ini sedang bersedih memikirkan anak gadisnya yang sedang sakit.
Menurut tabib dan dukun yang merawat anak gadisnya itu, penyakit anak
gadisnya itu akan sembuh jika memakan daging ayam yang digoreng dan
gulai kambing yang tua. Tetapi kedua-dua binatang itu hanya boleh
didapatkan daripada seorang pemuda yang memakai empat bentuk cincin
pada satu-satu masa. Pemuda itu akan melewati rumah saudagar pada suatu
pagi kerana hendak menjual binatang-binatang itu di pekan.
Sejak mendapatkan pesan tabib dan dukun itu, maka saudagar itu asyik
ternanti-nantikan kedatangan pemuda tersebut. Setiap hari, dia asyik
11

menunggu di pintu pagar rumahnya memerhatikan orang ramai yang berlalulalang di hadapan rumahnya yang tidak jauh dari pekan itu.
Pada pagi itu, sewaktu membuka pintu pagar, saudagar itu ternampak kelibat
pemuda yang jujur itu menghela kambing tuanya sambil mengepit ayam di
tangan kanannya berjalan menghampiri rumahnya. Dia memerhatikan benarbenar sama ada pemuda itu adalah orang yang dia nanti-nantikan itu.
Apabila pemuda itu benar-benar tiba di depan pintu pagar rumahnya,
saudagar itu lalu menegurnya.
Assalamualaikum, orang muda, sapa saudagar itu sambil tersenyum
dengan wajah yang berseri-seri.
Waalaikumsalam, sahut pemuda itu.
Apakah tuan hendak menjual ayam dan kambing itu? saudagar itu berkata
sambil menunjuk ke arah ayam dan kambing yang ada pada pemuda itu.
Benar, saya hendak menjualnya, balas pemuda itu.
Kebetulan, saya hendak membeli ayam dan kambing untuk dibuat ubat bagi
menyembuhkan penyakit anak saya, sambung saudagar itu.
Saudagar itu lalu menyuruh orang gajinya menjemput pemuda itu masuk ke
dalam halaman rumahnya.
Saudagar itu lalu duduk di anjung rumah sambil menantikan pemuda itu tiba.
Pemuda itu lalu menyerahkan ayam dan kambingnya kepada orang gaji
saudagar itu.
Sewaktu duduk bersila menghadap saudagar di anjung rumah, pemuda itu
tersenyum kerana dia berasa beruntung pada hari itu. Kambing dan ayam
yang dibawanya itu pasti akan dibeli saudagar itu. Pada masa yang sama,
saudagar itu gembira apabila mendapati pemuda yang duduk bersila di
hadapannya memakai empat bentuk cincin di tangan-tangannya.
Setelah membayar harga kambing dan ayam yang dibelinya itu, saudagar itu
menjemput pemuda itu untuk bersarapan dan makan tengah hari di rumahnya
pada hari itu. Saudagar itu mahu mengenali dengan lebih dekat pemuda itu.
Daripada perbualannya, saudagar itu mendapati pemuda itu sungguh lurus
dan amat baik budi pekertinya. Di dalam hatinya, terbit hasratnya menjadikan
pemuda itu anak menantunya. Anak gadisnya itu sudah pun dewasa dan
umurnya sudah layak untuk dijodohkan.
Ayam dan kambing yang dibeli saudagar itu segera disembelih dan dimasak
seperti yang telah ditetapkan oleh tabib dan dukun yang merawat anak gadis
saudagar itu. Lebihan daging binatang yang disembelih dibuat lauk-pauk lain
12

dan ditambah dengan hidangan-hidangan lain. Anak gadis saudagar yang


sakit itu diberi makan sesudah hidangan siap dimasak.
Selesai makan tengah hari, sauadagar itu meminta agar pemuda itu datang
kembali ke rumahnya pada keesokan hari. Pemuda itu berjalan pulang ke
rumahnya dengan sukacita. Dia mendapat laba daripada penjualan kambing
dan ayamnya selain dijamu makan oleh saudagar pada hari itu.
Keesokan hari, anak gadis saudagar yang sakit-sakit itu kembali sembuh
dengan segera. Saudagar itu lalu mendakap anaknya yang sudah sembuh itu
sambil mengucap syukur kepada Allah s.w.t.
Pemuda itu tiba sebaik-baik sahaja saudagar itu hendak menghadapi
sarapan. Pemuda itu dijemputnya berjamu sarapan dengannya. Anak gadis
saudagar dan isteri saudagar itu turut bersarapan sama tidak lama
kemudiannya. Setelah selesai makan, saudagar itu itu menyatakan hasratnya
hendak menikahkan pemuda itu dengan anak gadisnya. Pemuda itu tidak
menolak dan anak gadis saudagar itu turut bersetuju dengan hasrat saudagar
tersebut. Maka saudagar itu lalu menyuruh orang kepercayaannya
menjemput kadi dan jiran tetangganya sebelum dijalankan majli akad nikah
dan persandingan pengantin baru itu.
Hiduplah pasangan muda itu kerana mereka saling kasih-mengasihi antara
satu sama lain. Pemuda itu telah mempelajari ilmu perniagaan daripada
mentuanya dan setelah dia menjadi mahir, dia mengusahakan perniagaannya
sendiri pada akhirnya.

13

Anda mungkin juga menyukai