Anda di halaman 1dari 4

7 TINGKATAN NERAKA

Penghuni Neraka seperti yang diterangkan dalam surah Al Baqarah ayat


24 maksudnya: Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya
ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang
kafir. Tingkatan Neraka antara lain; neraka Jahannam, Luza, Hathamah,
Sair, Saqru, Jahim dan Hawiyah.
Asyhadu ala ila ha ilallah Astaghfirullah Nas alluka ridhoka wal jannah
ta wa naudzubika min sakhotika wannaar
7 Tingkatan neraka
Apakah orang yang mengikuti keredhaan Allah seperti orang yang
mendapatkan kemurkaan dari Allah. (QS. li Imran [3]:162).
1. Neraka jahanam, Jahannam
Adalah tingkat yang atas sekali. iaitu tempat mukminin, mukminat,
muslimin dan muslimat yang melakukan dosa kecil atau dosa besar
Firman Allah SWT:
Bahawasanya orang-orang kafir dan orang aniaya itu tidak akan diampuni
Allah, dan tidak pula ditunjuki jalan, melainkan jalan ke Neraka Jahannam.
Mereka kekal dalam neraka itu selama-lamanya. Yang demikian itu mudah
sekali bagi Allah.
(Q.S. An-Nisa : 169)
2. Neraka ladhoh, Luza
Tingkat kedua yaitu tempat orang yang mendustakan agama dan berpaling
daripada-Nya
3. Neraka Khutamah, Hathamah
Inilah neraka tingkat ketiga iaitu tempat orang yang hanya lalai memikirkan
dunianya tanpa mengerjakan kepentingan untuk ibadahnya. Harta yang
membuat orang durhaka.

4. Neraka sair , Sair


Tingkat keempat iaitu tempat orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
dalam neraka ini ditempatkan orang yang memakan harta anak yatim. Di
dalam neraka ini mereka buta, pekak, dan kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.
5. Neraka Sahkhor, Saqru
Iaitu tempat orang yang tidak melaksanakan solat, tempat orang yang
berbohong tentang keberadaan Allah, menyembah selain Allah atau
menyembah zat yang keluar dari sifat Allah dan Al quran, Orang yang tidak
melaksanakan solat dihukumi sebagai haiwan yang tidak ada harganya/ tidak
ada manfaatnya
6. Neraka jahim , Jahim
Tingkat keenam yaitu ditempatkan orang kafir, orang yang mendustakan
agama, iaitu orang-orang Islam yang berdosa. Mereka yang berbuat apa
yang dilarang Tuhan. Umpamanya berzina, meminum khamar, dan
membunuh tanpa hak.
7. Neraka Hawiyah, Hawiyah.
Inilah neraka yang berada di bawah sekali. Neraka yang paling keras dan
paling panas, iaitu tempat orang yang ketika matinya tidak membawa iman
dan Islam, apinya hitam dan sudah dibakar 1000 tahun lamanya, Alas atau
kerak-kerak neraka. Di sinilah tempat orang-orang yang berdosa berat.
Mereka yang menjadi musuh nabi-nabi, seperti Firaun.
Sahabat Abu Hurairoh terdengar suara yang mengelegar lalu bertanyalah kepada
Rasulullah dan Baginda menjawab itu adalah suara batu yang jatuh dari neraka jahanam
ke teleng sekitar dada jatuhnya 1000 tahun.
Bersabda Nabi SAW : Adapun Neraka itu gelap gelita, tidak mempunyai penerangan
kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan tiap-tiap pintu itu
mempunyai tujuh puluh ribu bukit, tiap-tiap bukit mempunyai tujuh puluh ribu
cabangnya, tiap-tiap cabang itu terdiri atas bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dan tiaptiap bahagian yang lebih kecil itu terdiri atas tujuh puluh ribu dusunnya. Dan tiap-tiap
dusun itu tujuh puluh ribu rumahnya dan api yang menyala-nyala. Tiap-tiap rumah itu
tujuh puluh ribu ular dan kalajengking

7 TINGKATAN SYURGA
Tingkatan syurga seperti yang disebutkan Rasulullah dalam hadis yang
diriwayatkan Tarmizi sebanyak seratus tingkatan. Namun di dalam AlQuran disebutkan sebanyak tujuh tingkatan iaitu Jannatul Firdaus, Jannatul
Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Adnan, Jannatul Khuldi, Darus Salam dan
Daruj Jalal.
Tingkatan Syurga
Tingkatan syurga tertinggi adalah syurga Nabi Muhammad shallallahu
alaihi wasallam yaitu Al Wasilah sebagaimana dalam hadis riwayat imam
Muslim dari Amr bin al-Ash radhiyallahu anhu bahwa dia mendengar Nabi
shallallahu alaihi wasallam bersabda,
Apabila kalian mendengar muadzin (sedang azan) maka ucapkanlah
seperti yang dia ucapkan kemudian bersalawatlah kepadaku, kerana
barang siapa yang bersalawat kepadaku satu kali maka Allah akan
bersalawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintalah untukku AlWasilah, Kerana ia merupakan kedudukan di syurga yang tidak layak
kecuali hanya untuk seorang hamba saja dari hamba-hamba Allah, dan aku
berharap orang itu adalah aku. Barang siapa yang meminta untukku alWasilah maka dia berhak mendapatkan syafaatku. (HR. Muslim).
7 Tingkatan Syurga
Surga biasanya disebut dengan Jannah, dan inilah nama yang umun
digunakan untuk menyebut tempat ini dan segala yang terdapat di dalamnya
berupa kenikmatan, kelazatan, kemewahan, dan kebahagiaan. Nama-nama
lain Syurga antaranya ialah:1. Darus Salam
Sebagaimana firman Allah subhanahu wataala, ertinya,
Bagi mereka (disediakan) Darussalam (surga) pada sisi Rabbnya dan
Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka
kerjakan. (QS. 6:127)
Syurga adalah Darussalam (negeri keselamatan) dari segala musibah,
kecelakaan, dan segala hal yang tidak disukai, dan dia merupakan negeri
Allah subhanahu wataala, diambil dari nama Allah as-Salam. Allah
subhanahu wataala pun mengucapkan salam atas mereka,

Di surga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang


mereka minta. (Kepada mereka dikatakan), Salam, sebagai ucapan
selamat dari Rabb Yang Maha Penyayang. (QS. 36:57-58)
2. Jannatu adn
Sebagaimana firman Allah subhanahu wataala, ertinya,
(Iaitu) syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan
orang-orang yang soleh dari suami-suami, isteri-isterinya, dan anak
cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari
semua pintu, (sambil mengucapkan), Salamun alaikum bima shabartum.
Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (QS. 13:23-24)
3. Jannatul Khuld
Kerana penduduknya kekal di dalamnya dan tidak akan berpindah ke alam
(tempat) lain. Allah subhanahu wataala berfirman, ertinya,
Katakanlah, Apakah (azab) yang demikian itu yang baik, atau syurga
yang kekal yang dijanjikan kepada orang- orang yang bertaqwa? Syurga
itu menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka. (QS. Al-Furqan:15)
4. Darul Muqamah
Sebagaimana firman Allah subhanahu wataala, ertinya,
Dan mereka berkata:Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan
duka cita dari kami.Sesungguhnya Rabb kami benar-benar Maha
Pengampun lagi Maha Mensyukuri. Yang menempatkan kami dalam
tempat yang kekal (syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada
merasa lelah dan tiada pula merasa lesu. (QS. 35:34-35)
5. Jannatul Mawa, al-Mawa ertinya adalah tempat menetap sebagaimana
firman Allah subhanahu wataala dalam surat an-Najm di atas. Disebut
demikian kerana syurga merupakan tempat menetapnya orang-orang
mukmin.
6. Jannatun Naim
7. Al Muqamul Amin
Asyhadu ala ila ha ilallah Astaghfirullah Nas alluka ridhoka wal jannah
ta wa naudzubika min sakhotika wannaar

Anda mungkin juga menyukai