Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara mengatasi Kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita,


malahan sejak sekain lama kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini
merupakan antara yang tertinggi di dunia. Kemalangan tersebut telah banyak
menyebabkan kehilangan nyawa, terutamanya kemalangan yang melibatkan
bas.
Oleh itu, kerajaan telah melakukan langkah-langkah yang sewajarnya
bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini. Antara langkah yang
patut dilakukan ialah undang-undang keselamatan jalan di jalan raya perlu
diperketat supaya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
Selain itu, para pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap
dua tahun untuk memahirkan mereka dengan kemahiran yang diajarkan di
kelas memandu dahulu. Keadaan kenderaan seperti tidak berlampu dan
sistem brek yang rosak merupakan salah satu penyumbang utama
kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu sentiasa memastikan
kenderaan mereka dalam keadaan selamat sebelum digunakan, khususnya
untuk perjalanan yang jauh.
Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini
adalah berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu melebihi had
laju yang ditetapkan. Denda juga harus dikenakan terhadap pengguna yang
memandu melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati
melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen
memandu mereka perlu digantung.
Pengguna juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika
berada di jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya oleh
pihak tertentu Secara tidak langsung masyarakat akan tahu pihak kerajaan
mahupun penganjur kempen ini bersungguh-sungguh dalam usaha
mengurangkan kecelakaan jalan raya.
Kemalangan jalan raya juga dapat dielakkan melalui pendidikan di
sekolah. Secara tidak langsung, anak-anak yang belajar di sekolah boleh
mendapat pendidikan secara langsung tentang peraturan dan isu-isu
keselamatan ketika berada di jalan raya. Langkah lain yang boleh diambil
pula ialah dengan membaiki keadaan jalan raya di negara kita.