Anda di halaman 1dari 3

1.

PENDAHULUAN 5 Ayat
[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun
semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di
dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan
kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. [AR-A.Tanya] Murah
sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika
hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh
itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini
menjadi lebih parah lagi. [80 pp]

Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri 5 Ayat


[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah
sikap pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap
mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi
peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta
dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak
langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa
pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar
Lambat Asal Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada
berlaku. [78 pp]
Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya 5 Ayat
[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan
struktur jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang,
sempit dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC]
Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam akan
memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam
kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil
inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa
pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan
raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna
jalan raya terjamin. [86 pp]
Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan 5 Ayat
[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca
berlakunya kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak
diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka
kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi
dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saatsaat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan
berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara
kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum
memulakan perjalanan yang jauh kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]
Perenggan Isi 4 : Undang-undang 5 Ayat
[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca
berlaku kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak
RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu

isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops
Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan.
[AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya
kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi
hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah
diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan maut. [93 pp]
Kesimpulan.
[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
menangani isu kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang
dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat
tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. [Pendapat] Jangan
sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka untuk
mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah
mata sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian
sumber tenaga yang produktif. [Harapan] Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat
hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan raya agar nyawa mereka
terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang perlumbaan
mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu
dihargai. [80 pp]
2.
Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim
perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat
banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan
raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak
mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen
memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka
pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu
kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus
mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen
memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah
apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu
kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu
dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada
kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam
keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari
dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar
kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan
kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang
bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak
mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk
mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Para hadirin sekalian,

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.


Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi
berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam
keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke
kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian
pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada
semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan
sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum
memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk
dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada
dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini.
Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak
mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya
cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika
hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin
berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya.
KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK
Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha
untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah
begitu bagus untuk diamalkan?
VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang
selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru
menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang
menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga
mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang
dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di
Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap
berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan
untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang
menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai
tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan
Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi
nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia
didakwa kurang berbahaya.
"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh
mendatangkan bahaya.
"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada
kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya.

Anda mungkin juga menyukai