Anda di halaman 1dari 14

Komponen darah dan fungsinya

Darah terdiri daripada ampaian sel darah merah ,sel darah putih dan platlet
dalam cecair berwarna kuning pucat ,iaitu plasma

Plasma

Plasma darah adalah komponen darah berbentuk cairan berwarna kuning


yang menjadi medium sel-sel darah, dimana sel darah ditutup, yang
berbentuk butiran-butiran darah. Di dalamnya terkandung benang-benang
fibrin/fibrinogen yang berguna untuk menutup luka yang terbuka.
Plasma darah merupakan komponen terbesar dalam darah, dimana besar
volume nya 55% dari volume darah yang terdiri dari 90% berupa air dan 10%
berupa larutan protein, glukosa, faktor koagulasi, ion mineral, hormon dan
karbon dioksida. Karena dinding kapiler permiabel bagi air dan elektrolit maka
plasma darah selalu ada dalam pertukaran zat dengan cairan interstisial.
Dalam waktu 1 menit sekitar 70% cairan plasma bertukaran dengan cairan
interstisial.
Fungsi plasma darah adalah mengangkut sari makanan ke sel-sel serta
membawa sisa pembakaran dari sel ke tempat pembuangan serta
menghasilkan zat kekebalan tubuh terhadap penyakit atau zat antibodi .

Sel darah merah


Sel darah merah, eritrosit adalah jenis sel darah yang paling banyak dan
berfungsi membawa oksigen ke jaringan-jaringan tubuh
lewat darah dalam hewan bertulang belakang. Bagian dalam eritrosit terdiri
dari hemoglobin, sebuah biomolekul yang dapat mengikat
oksigen. Hemoglobin akan mengambil oksigen dari paru-paru dan insang,
dan oksigen akan dilepaskan saat eritrosit melewati pembuluh kapiler. Warna
merah sel darah merah sendiri berasal dari warna hemoglobin yang unsur
pembuatnya adalah zat besi. Pada manusia, sel darah merah dibuat
di sumsum tulang belakang, lalu membentuk kepingan bikonkaf. Di dalam sel
darah merah tidak terdapat nukleus. Sel darah merah sendiri aktif selama 120
hari sebelum akhirnya dihancurkan.[2]

Sel darah putih


Sel darah putih, leukosit adalah sel yang membentuk komponen darah. Sel
darah putih ini berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit
infeksi sebagai bagian dari sistem kekebalan tubuh. Sel darah putih tidak
berwarna,memiliki inti,dapat bergerak secara amoebeid, dan dapat
menembus dinding kapilari. Dalam keadaan normalnya terkandung
4x109 hingga 11x109 sel darah putih di dalam seliter darah manusia dewasa
yang sehat - sekitar 7000-25000 sel per tetes.Dalam setiap milimeter
kubik darah terdapat 6000 sampai 10000(rata-rata 8000) sel darah putih.
Dalam kasus leukemia, jumlahnya dapat meningkat hingga 50000 sel per
tetes.
Di dalam tubuh, leukosit tidak berasosiasi secara ketat
dengan organ atau jaringan tertentu, mereka bekerja secara independen
seperti organisme sel tunggal. Leukosit mampu bergerak secara bebas dan
berinteraksi dan menangkap serpihan seluler, partikel asing,
atau mikroorganisme penyusup. Selain itu, leukosit tidak bisa membelah
diri atau bereproduksi dengan cara mereka sendiri, melainkan mereka adalah
produk dari sel punca hematopoietic pluripotent yang ada pada sumsum
tulang.

Platlet
Platlet,adalah serpihan sel kecil, tidak sekata jernih (contoh. sel yang tidak
mengandungi nukleus mengandungi DNA), 23 m diameter, yang
merupakan hasilan dari prekursor megakariosit. Jangka hayat purata bagi
Platelet biasanya hanya 5 hingga 9 hari. Platelet merupakan sumber
semulajadi faktor pertumbuhan. Ia mengalir dalam darah mamalia dan
terbabit dalam hemostasis, mendorong kepada pembentukan darah beku.
Platelet membebaskan fiber seperti bebenang bagi membentuk darah beku
ini.
Sekiranya bilangan platelet terlalu rendah, pendarahan melampau mungkin
berlaku. Bagaimanapun, sekiranya bilangan platelet terlampau tinggi, darah
beku mungkin membentuk (thrombosis), yang mungkin menghalang aliran
darah dan menyebabkan kejadian seperti angin ahmar, myocardial infarction,
pulmonary embolismatau menyekat saluran darah pada bahagian lain
badan, seperti kaki tangan atau kaki. Satu kelainan atau penyakit platelet
dipanggil thrombocytopathy, yang boleh sama ada bilangan platelet yang
rendah (thrombocytopenia), penurunan dalam fungsi platelet
(thrombasthenia), atau peningkatan dalam bilangan platelet (thrombocytosis).
Terdapat gangguan yang mengurangkan bilangan platelet, seperti heparin
disebabkan thrombocytopenia (HIT) atau trombotik Thrombocytopenic
Purpura (TTP) yang biasanya menyebabkan thromboses, atau pembekuan,
bukannya pendarahan.

Kumpulan darah
1. Darah manusia dapat dikelaskan kepada empat kumpulan.Keempat
empat kumpulan itu ialah A,B,AB dan O.
2.Manusia mungkin kehilangan banyak darah akibat daripada pndarahan
yang berlebihan disebabkan oleh kecederaan atau penyakit,
3.Darah mesti digantikan melalui pemindahan darah.
4.Apabila hal ini berlaku , kumpulan darah penderma dan penerima mestilah
sama atau serasi.
5.Jika tidak , darah akan menggumpul dan ini boleh membunuh penerima.

Kumpulan darah penderma kepada penerima

Berikut ialah jadual yang menunjukkan darah penderma adalah serasi atau
tidak serasi dengan darah penerima.

Bagaimanakah memahami jadual di atas?


Jika penderma adalah berdarah kumpulan A , maka penerima terdiri daripada
kumpulan darah A dan kumpulan darah AB.
Jika penderma adalah berdarah kumpulan B , maka penerima terdiri daripada
kumpulan darah B dan kumpulan darah AB.
Jika penderma adalah kumpulan berdarah AB , maka penerima terdiri
daripada kumpulan darah AB sahaja.
Jika penderma adalah kumpulan berdarah O , maka penerima terdiri daripada
kumpulan darah A , B , AB , dan O.

Penderma universal
Kumpulan darah O boleh menderma kepada semua kumpulan darah , tetapi
hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja .
kumpulan. Oleh itu , kumpulan darah O juga dikenali sebagai penderma
universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.

Penerima universal
Manakala kumpulan darah AB pun boleh menerima daripada semua
kumpulan darah , tetapi hanya noleh menderma kepada kumpulan AB
sahaja .
Oleh itu , kumpulan darah AB juga dikenali sebagai penerima universal
kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan

Kepentingan menderma darah


1.Antara syarat bagi penderma darah adalah :
-sihat
-berumur antara 17-60 umur
-berat melebihi 50 kg
-paras hemoglobin melebihi 1.25 mg/(lelaki ),1.20 mg /1 (perempuan)
2.Seseorang boleh menderma darah setiap 56 hari.
3.Jangka hayat untuk sel darah merah ialah 120 hari.
4.Jangka hayat untuk sel darah putih ialah 2-4 hari.
5.Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

Walaubagaimanapun ada beberapa faedah yang berkaitan dengan


kepentingan menderma darah:

1. boleh menyelamatkan nyawa seseorang


Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti akibat
kemalangan dan juga ibu yang melahirkan anak , darah yang didermakn
adalah sangat penting. Dalam keadaan kecemasan seperti itu , mereka
sangat memerlukan darah yang banyak dalam kadar yang segera . Sudah
tentu pada saat kecemasan itu , jika tiada bekalan darah yang didermakan ,
proses ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit.

2. boleh membantu seseorang dengan penyakit yang berkaitan


dengan darah
Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidapi
penyakiy yang berkaitan dengan darah .Antara penyakit yang berkaitan
dengan darah ialah hemofilia,anemia dan talasemia yang berkaitan dengan

sel darh merah.Manakala penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia


pula adalah penyakit yang berkaitan dengan platlet.Mereka ini sangat
memerlukan darah bagi menjalani kehidupan biasa seperti kita.Tanpa
bekalan darah yang berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut
kepada pesakit .Justeru itu, darah yang diderma adalah sangat penting.

3.melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif .


Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah
dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang
menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat
membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung
akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang
tidak merokok.

4.Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru


Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan
menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan
dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru
yang dihasilkan, lebih segar.

5.Membakar kalori
Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma
darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan
membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

6.Tingkat tahap kesihatan.


Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan
tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati
orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan
darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan
penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala
yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi,
tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan
dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis
2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.

7. Ujian asas darah


Selain semua faedah penderma, ujian darah dilakukan sebelum menderma
darah membantu orang ramai mengenal pasti mengalami penyakit seperti
Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, sifilis dan malaria. Penderma segera
dimaklumkan jika mana-mana ujian ini didapati positif.

Proses Derma darah


* Sebanyak 450 ml darah diambil, iaitu kurang dari 1 pain (586 ml). Orang
dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam
badan.
* Proses menderma darah ini akan mengambil masa 7-10 minit, tetapi anda
dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu
jam.

Langkah pengenalian dan penyimpanan darah

Bagaimanakah prosedur simpanan darah yang didermakan? Terdapat 6


langkah bagi mengendalikan darah yang diderma sehingga siap digunakan
oleh penerima.

Langkah 1
Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik. Penderma akan
diperiksa sama ada layak atau pun tidak untuk mendermakan darah. Rekod
derma darah juga akan disemak bagi memastikan kali terakhir penderma
mendermakan darah adalah sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu.

Langkah 2
Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih
kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah
kemudiannya disimpan dalam beg darah yang berisi natrium sitrat.
Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah. Masa yang diambil
bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.

Langkah 3
Darah yang diderma kemudiannya akan diuji bagi menentukan kumpulan
darah ABO. Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesesuaian darah
penderma dengan darah pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Jika
tidak memastikan kumpulan yang betul, proses pemindahan darah akan
bertambah sulit.

Langkah 4
Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit seperti Hepatitis B
dan C, AIDS dan penaykit pemindahan darah yang lain. Kehadiran virus
seperti virus imunodefesiensi manusia (HIV) dan bahan yang tidak
dikehendaki juga akan dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan
disingkirkan.

Langkah 5
Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat, maka darah
akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C selama 5 - 10 hari ataupun
lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Secara spesifiknya
komponen darah boleh disimpan seperti berikut:
Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hari

Platlet - pada suhu bilik selama 5 hari


Plasma - dibekukan selama 1 tahun

Langkah 6
Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang diderma. Tetapi
sebelum itu, bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan, maka darah
tersebut diuji lagi sekali. Kemudiannya proses pemindahan darah ini
diteruskan pada kadar dan suhu yang betul juga adalah melalui vena pada
lengan.

Anda mungkin juga menyukai