Anda di halaman 1dari 1

Isu krisis kegawatan ekonomi dan kemelut inflasi sering dipolemikkan oleh media massa pada era

globalisasi ini. (I) Corak perbelanjaan dalam kalangan remaja semakin memboros dan menimbulkan
pelbagai polemik sehingga ke persidangan parlimen. (K) Tegal itu, NKRA ( Bidang Keberhasilan
Utama Negara) telah menyasarkan peningkatan taraf hidup agar menambah pendapatan boleh guna
dalam kalangan rakyat murba Malaysia. (U) Persoalannya, apakah cara perbelanjaan golongan mudamuda pada marcapada dan apakah pula cara berkesan untuk menambah baik cara perbelanjaan dalam
kalangan anak watan yang baru bekerja?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa individu yang baru bekerja mestilah mengamalkan cara
perbelanjaan yang berjimat cermat. (A) Hal ini dikatakan demikian kerana amalan berjimat cermat
merupakan tuntutan semua agama dan memboros ialah kawan syaitan. (M) Contohnya, saya optimis
bahawa bajet asas saya hanya diperuntukkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah pendapatan untuk
perbelanjaan peribadi seperti makanan, pakaian, hiburan, dan lain-lain. (C) Sekiranya hal ini dilakukan
pasti akan melatih diri saya supaya mempunyai tahap disiplin yang tinggi. (K) Tegasnya, saya mestilah
melakukan perancangan kewangan dan pengurusan bajet dengan prinsip mengukur baju di badan
sendiri. (P)
Sementara itu, bajet asas bagi golongan yang baru melangkah ke alam pekerjaan ialah
menjelaskan hutang pinjaman pelajaran dan membuat simpanan untuk masa depan. (A) Hal ini
memanglah penting kerana simpanan dapat menghindari sikap memboros dan mengamalkan
perbelanjaan yang berhemat. (M) Contohnya, sebanyak 20 peratus daripada jumlah pendapatan boleh
guna disimpan sebagai persediaan untuk masa depan, bak sediakan payung sebelum hujan.(C)
Sekiranya hal tersebut dilakukan pasti akan melahirkan modal insan yang pandai merancang dan tidak
hidup bagai melukut di tepi gantang. (K) Tegasnya, simpanan wang atau tabungan juga penting untuk
menghadapi waktu kecemasan, menyediakan kos perubatan, melanjutkan pelajaran, membuat
pelaburan dan melancong di negara asing, bak pepatah berjimat sebelum habis, cermat sebelum kena.
(P)
Akhirnya, bajet asas seseorang individu ialah memastikan masa depan yang cerah dengan
membuat pelaburan secara sistematik. Untuk mengelakkan diri daripada hutang sekeliling pinggang
atau membesarkan kerak nasi, sebangayk 50 peratus daripada pendapatan mestilah diperuntukkan
untuk pinjaman perumahan dan kenderaan. Sebelum mendirikan rumah tangga, remaja digalakkan
membuat pelaburan jangka masa pendek atau panjang. Dalam hal ini, remaja dapat memastikan hidup
berdikari dan selesa semasa menongkah arus perdana yang sarat dengan konkurensi. Pendek kata, di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Generasi muda mestilah dididik dengan nilai mahmudah dan
sikap kesederhanaan agar hidup terjamin sebelum bersara kerana asal ditugal adalah benih.
Tuntasnya, perancangan kewangan dan pengurusan bajet mestilah mengikut keupayaan diri dan
mobiliti kerjaya. Saya optimis bahawa kejayaan berkat kegigihan dan ketekunan. Hidup ini bagai
perlumbaan. Malang tidak berbau. Tanpa membuat bajet yang sistematik dlama kehidupan, mustahillah
saya hidup selesa selepas berkeluarga. Ijmalnya, dalam melayarkan bahtera di tengah samudera, wang
ditakrifkan sebagai senjata untuk melunaskan segala tugasan, namun kehidupan kita tetap dihambat
oleh keimanan dan kekuasaan Tuhan. Maka, bajet asas dirancang, namun ditentukan oleh kuasa Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai