Anda di halaman 1dari 11

PUNCA

1
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini,
masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang makin
meruncing. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan
cuaca negara kerana telah seringkali melanda negara kita. Pada tahun 2005,
kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di
Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diisytiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada
tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak
mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata
orang tua-tua, jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah


pembakaran hutan secara besar-besaran. Realitinya, keadaan cuaca di kawasan
hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuhtumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat. Hal ini berlaku demikian
kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara
jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin
membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini
mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari
Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara
kita. Natijahnya, udara kita semakin tercemar sementelahan pula Indeks Pencemaran
Udara di negara kita melebihi paras berbahaya ibarat di hujung tanduk. Oleh itu,
pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh
bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan


jerebu menjadi semakin serius. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin
menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Mereka terlalu malas untuk membawa
sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah
semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan singkat dengan membakar sampah sarap
mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi
sedikit membawa kepada masalah jerebu
.

Saban tahun, jumlah kenderaan di jalan raya semakin meningkat seumpama


cendawan tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menyebabkan kuantiti gas pencemar
seperti karbon monoksida dan sodium dioksida meningkat. Gas-gas yang dibebaskan
pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan
bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang
dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan
terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini
menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Kegiatan industri yang tidak terkawal juga turut menjadi punca kepada
masalah jerebu. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung
pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan
negara. Malah, kebanyakan pengusaha lebih bersikap seperti enau melepaskan
pucuk masing-masing kerana tidak menitik beratkan aspek alam sekitar dengan
melepaskan asap-asap kilang ke udara. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang
yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang
dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini
mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi
berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang
memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke
udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu
akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Kesimpulannya, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang


buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula
jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang
disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang
songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut
tersebut berada di luar kawalan. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian
ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar.
Oleh itu, semua orang haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup
dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika
langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana
pepatah Melayu ada berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

2 Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak


kerajaan dan rakyat. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca
negara kerana acap kali melanda negara. Realitinya, keadaan negara yang berjerebu
ini amat membahayakan kesihatan rakyat. Keadaan berjerebu ini seolah-olah tiada
noktah akhirnya. Bagaimana jerebu berlaku? Apakah punca-puncanya ? Persoalan
inilah yang akan dirungkaikan di bawah ini.
Punca utama fenomena jerebu melanda negara ialah pembebasan asap
daripada kenderaan. Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan yang semakin
meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Masyarakat tidak suka berkongsi
kenderaan hingga menyebabkan kenderaan terlalu banyak di atas jalan raya.
Kenderaan seperti lori, trelar, bas dan banyak lagi mengeluarkan asap karbon
monoksida sehingga mencemarkan udara.Keadaan menjadi lebih parah jika kenderaan
tidak di servis mengikut jadual hingga mengeluarkan asap yang terlalu tebal dan
melebihi had yang sepatutnya.
Selain itu, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka juga
menyebabkan keadaan jerebu terjadi-jadi. Pembakaran secara terbuka di lakuakan
untuk membersihkan kawasan pertanian atau membersihkan kawasan persekitaran
rumah. Sampah sarap dibakar sesuka hati dan sisa hasil pertanian dibakar
menyebabkan asap memenuhi ruang udara. Sikap masyarakat yang dikatakan bagai
enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sangat membahayakan
persekitaran kita. Natijahnya, jika perkara ini berterusan, maka rakyat akan diserang
sesak nafas dan penyakit asma.
Sebagai sebuah negara perindustrian, pengeluaran asap kotor dari kilang juga
dikenal pasti sebagai punca fenomena jerebu berlaku. Situasi ini bertambah buruk
terutamanya di kawasan perindustrian kerana pihak pengilang memasang corong asap
yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Kesan langsung
apabila situasi ini berlaku, makan akan turun hujan asid dan penyakit kulit pasti
menyerang kita.
Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu
panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu
meningkat sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena
pemanasan global. Oleh itu, sudah sampai masanya kita menyelamatkan bumi.
Selain faktor cuaca, kegiatan penebangan hutan yang berlaku dengan leluasa
juga menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Pembalak di kawasan hutan membuka
hutan dengan jalan mudah ini. Mereka bersikap tidak bertangungjawab sehingga
menyebabkan negara-negara jika terpaksa menerima padahnya.

Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga


menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara
Indonesia tamsilnya mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan
meletus. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing
dalam soal penjagaan alam sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk
menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap
perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu.

KESAN
1.
Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh
menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan
tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ahla terhadap
sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia
dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan
terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh
zarah-zarah beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan
tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan
ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya
menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan
membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan
mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan
darat.
Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau
kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri
Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800.
Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian
besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup.
Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian
kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan
tumbuhan menjalankan proses fotosntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan
pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.
Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan
yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang
berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan
tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu

keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan


ekosistem muara.
2.
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah, rakyat Malaysia telah
digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuala
Lumpur yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu. Keadaan jerebu di
Malaysia yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di
bandar raya besar tersebut. Masalah jerebu yang seperti bangkai gajah yang tidak
dapat ditutup dengan daun nyiru telah mendapat liputan meluas daripada pihak
media massa dan dalam kalangan rakyat Malaysia. Keadaan jerebu bertambah serius
akibat berlakunya fenomena El-Nino. Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya
jerebu? Adakah pihak kerajaan sahaja yang memainkan peranan penting dalam
mengatasi masalah jerebu ini? Tepuk dada tanyalah selera. Oleh sebab setiap yang
berlaku pasti ada akibatnya, masalah jerebu telah mendatangkan pelbagai impak
yang negatif kepada negara kita dan juga rakyat kita.
Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara
kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu
dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang
dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos
2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah
lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua
kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan
sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi
bersuluhbahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.
Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang
lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku
kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.
Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit
asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku
kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang
bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang
panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata
dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada
kesihatan orang ramai.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara
turut terjejasakibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang
rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa

dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat


Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari
alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah
jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul.
Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negerinegeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan
merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan
sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia
sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan
kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi
negara kita akan terjejas akibat jerebu.
Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan
fauna di negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda
daripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada
yang biasa. Hal ini akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama
untuk membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh
proses fotosintesis yang terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan.
Proses pernafasan yang melibatkan penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas
karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya,
pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang. Secara
tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani
akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut
terjejas. Bagi fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang
terlarut dalam air pula akan berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan
mendapat oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan
menjejaskan flora dan fauna negara.
Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan
berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia bagi mendukung
kebenaran yang kita sepakati, persis kata cendekiawan, bagai aur dengan tebing.
Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi
seperti telur di hujung tanduk. Kebobrokan sikap anak-anak juga mestilah dikekang
daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan
tenaga mereka untuk mengatasi masalah jerebu dan seterusnya menggapai impian
Wawasan 2020. Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera,
lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar
untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

LANGKAH
1.
Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan
pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan
secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh
membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat
perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan
untuk tujuan pertanian.
Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan
masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan arbn dioksida,
karbn monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang
demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasankawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi
menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak
Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah
melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan
negeri Selangor.
Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah
dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan
indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilangkilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara
negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah
alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara
kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

2.
Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah
banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita.
Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi
negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin
menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik
orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di
fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak
jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang
semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan.

Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak


kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang
termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undangundang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang
membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman
yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu
jerebu yang semakin kronik ini, kerana sudah terhantuk baru tengadah. Pemajupemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman
yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah
jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya
memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan
penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan
Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan
untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen
kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka
yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu
membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil
oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya,
kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani
dengan cara yang efektif.
Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu
ialah pembenihan awan perlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada
menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda
Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja
pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak
dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur
untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin
membesar lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi
titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan
peranan penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa
bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan
pembenihan awan.
Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena
jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkahlangkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka
masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan
bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai
memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk

memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anakanak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah,
alah bias tegal biasa. Berpegang pada prinsip bagaimana acuan begitulah
kuihnya, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang
mengutamakan kebersihan udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya
menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan
dengan tugas menyuburkan nilai-nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai
peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan anakanak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan udara. Ibu bapa
turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka terhadap isu
jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran kerajaan. Melalui langkah
tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak umur yang kecil
lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara supaya
mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka,
peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak
positif kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda.
Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan
pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan
oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama.
Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang
pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif
yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan
dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan
tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka
masalah jerebu dapat diringankan.
Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak
membakar sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan
melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan
sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai
penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan
sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan
alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah.
Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat
ditangani sebelum nasi menjadi bubur.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini , semua pihak harus
bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi
mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas

daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang
maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya
berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah
jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada


orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua,
mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive
habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar
atau rumah

semua
wanita
kepada
pejabat

2.
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT
AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam
bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagianbahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah
menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua
tingkap.
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang
melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit
mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa
segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut
nasihat daripada pihak berkuasa.

Anda mungkin juga menyukai