Anda di halaman 1dari 1

KECUAIAN PENGGUNA MERUPAKAN FAKTOR

KEMALANGAN JALAN RAYA


Marcapada ini, surat khabar sering melaporkan berita-berita tentang
kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita. Kemalangan jalan raya
ini bukan sahaja melibatkan penunggang motosikal, pengguna kenderaan,
pejalan kaki dan sebagainya. Hal ini berpunca daripada berbagai-bagai
faktor. Antaranya ialah faktor jalan raya, masalah kenderaan dan kecuaian
pengguna. Bak kata peribahasa, seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Punca utama berlakunya kemalangan jalan raya sememangnya sikap
pengguna itu sendiri. Pemandu atau pengguna sering melanggar peraturan
jalan raya sesuka hati. Sebagai contohnya, ramai pelajar tidak memakai topi
keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah. Apabila berlaku
kemalangan sudah tentu mereka akan cedera. Tegasnya, sikap kecuaian
pengguna ini tidak seharusnya diamalkan oleh masyarakat kerana malang
tidak berbau.
Selain itu, pengguna jalan raya sering cuai dan tidak mematuhi peraturan
jalan raya. Ini kerana mereka sengaja melanggar lampu trafik di jalan raya.
Mereka juga melintas jalan dengan sesuka hati. Akibatnya, kemalangan
boleh berlaku. Oleh itu, kita perlulah cegah sebelum parah.
Di samping itu, terdapat pemandu yang mengantuk semasa memandu. Ini
kerana mereka tidak cukup tidur atau mabuk. Akibatnya mereka tidak dapat
mengawal kenderaan dengan baik. Jika ini berlaku, sudah tentu akan terjadi
kemalangan. Oleh itu, apabila kita mengantuk, kita hendaklah berehat
dahulu supaya dapat memandu dengan baik.
Kecuaian lain ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak memeriksa
kenderaan. Sebagai contoh, pemandu tidak memeriksa tayar yang telah
haus dan brek yang rosak. Akibatnya, apabila jalan licin, kenderaan tidak
dapat dikawal dengan baik. Oleh itu, kita hendaklah memastikan kenderaan
dalam keadaan baik semasa di jalan raya. Bak kata peribahasa, sediakan
payung sebelum hujan.
Kesimpulannya, pengguna yang cuai boleh menyebabkan kemalangan jalan
raya di negara kita. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk
mengatasi kemalangan jalan raya. Jika kita memandu secara berhati-hati,
kita akan selamat sampai ke destinasi. Tegasnya, Pandu Cermat Jiwa
Selamat.

Anda mungkin juga menyukai