Anda di halaman 1dari 3

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah

banyak menunjukkan kepentingan dalam kemajuan pendidikan rakyat Malaysia, antaranya


penglibatan anak-anak muda di universiti-universiti tempatan tidak kiralah universiti awam
mahupun universiti swasta. Namun, pernahkah anda terfikir mampukah mereka mencapai
tahap yang memberangsangkan untuk digelar anak-anak muda yang proaktif dalam
mengorak langkah dalam kemajuan negara atau pemodelan insan? Seringkali kita
mendengar graduan-graduan yang tidak bekerjaya meskipun mereka melanjutkan pelajaran
di universiti. Namun, pokok pembincangan ini tidak melibatkan anak muda yang malas dan
manja, tetapi anak muda yang tidak bernasib baik kerana tidak mampu bersaing untuk
peluang pekerjaan. Amat sedih memikirkan nasib anak-anak muda itu tidak mampu bekerja
selepas menghabiskan atau berhutang begitu banyak hanya untuk melanjutkan pelajaran di
universiti.

Hal yang demikian membuatkan saya terfikir akan satu penyelesaian untuk mas alah kualiti
pendidikan anak-anak muda kita. Cara yang terbaik ialah pengubahsuaian sistem
pendidikan di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa Malaysia sememangnya negara yang maju,
tetapi kemajuan yang dikecapi rakyat sebenarnya mampu ditingkatkan agar kita bo leh
setaraf dengan negara-negara membangun seperti Jepun, Korea, Australia, Kanada,
Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, dan Amerika Syarikat dalam aspek
pendidikan.

Pertama sekali, saya mencadangkan pembaharuan berkenaan aspek pengajaran, co ntohnya


waktu pengajaran subjek di sekolah tidak perlu dipanjangkan dan tertumpu pada subjek
akademik sahaja. Hal ini dilihat melalui penglibatan pelajar berkurang semasa proses
‘Pengajaran dan Pelajaran’ (PnP) ketika kelas tambahan pada waktu petang keran a
kebanyakan mereka letih dan penat selepas masa pelajaran yang panjang pada waktu pagi.
Oleh itu, alternatif untuk membolehkan pelajar aktif di dalam kelas adalah melalui proses
pemarkahan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ yang berdasarkan penitikberatan sist em tugasan
(assignment) berbanding peperiksaan. Dengan pelaksanaan ini, pelajar lebih banyak
meluangkan masa berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan tugasan yang
diberi oleh guru. Hal ini juga melatih pelajar untuk tidak menjadi robot yang t ugasnya
hanya tahu menghafal tetapi tidak tahu memikirkan penyelesaian kepada sesuatu isu.
Perkara ini seiringan dengan permasalahan sistem pendidikan kita sekarang yang turut
dinyatakan dalam hasil nukilan Zul Fikir Zamir ‘Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan
Kilang’.
Seterusnya, saya mencadangkan pembaharuan dalam aspek pelajaran. Kita sering didoktrin
akan pelbagai idea daripada masyarakat bahawa kita menjadi cemerlang sekiranya kita tahu
banyak perkara dalam hidup kita. Namun, persoalan yang sering di kupas adalah
keberkesanan pengambilan subjek-subjek oleh pelajar di Malaysia. Kita sering diajar
pelbagai subjek meskipun subjek tersebut sebenarnya tidak penting kepada kita. Pernahkah
kita melihat doktor-doktor pakar bedah menulis karangan Bahasa Melayu pada waktu pagi,
ataupun peguam-peguam menyelesaikan masalah Matematik Tambahan ketika bekerja?
Sudah tentu tidak! Pokoknya, perkara yang saya cuba sampaikan kepada anda ialah pelajar
harus menumpukan subjek yang berguna sahaja kepada kerjaya dan kehidupa n mereka
pada masa hadapan.

Bagaimanapun, subjek-subjek pelajaran perlu diajar secara sistematik agar kita dapat
melahirkan anak-anak muda yang bukan setakat cerdas dan cergas, malah pelajar yang
bersopan santun dan bertatasusila pada masa yang sama. Oleh itu, saya membahagikan dan
menerangkan sistem pelajaran kepada tiga kategori iaitu sistem sekolah rendah yang
menumpukan perkara-perkara asas dalam kehidupan, sistem sekolah menengah yang
menumpukan pelajar kepada aspek-aspek kerjaya yang mereka idami, dan sistem sekolah
tinggi yang menumpukan kepada pengkhususan secara kritikal kepada pembangunan
negara kita.

Saya akan menerangkan sistem pelajaran ini satu demi satu dengan memulakan penerangan
sistem sekolah rendah. Pada peringkat ini pelajar-pelajar akan diajar dan didedah dengan
perkara-perkara asas dalam hidup seperti isu-isu moraliti, Prinsip Perakaunan, dan
Matematik Asas. Persoalan yang mungkin ditanya ialah mengapakah kita perlu belajar
Prinsip Perakaunan? Dek kerana kita mendengar rintihan dan keluh an remaja tidak tahu
menilai buku cek mereka, Prinsip Perakaunan perlu menjadi satu subjek teras agar pelajar -
pelajar ini menjadi rakyat yang pintar kewangan. Moraliti pula merupakan satu subjek teras
perlu dipelajari pelajar pada peringkat tersebut untuk membentuk intipati insan yang
bertatasusila tidak kira kaum, agama, dan jantina bak kata pepatah, “melentur buluh
biarlah dari rebungnya”.

Jika ditinjau daripada aspek sekolah menengah pula, subjek -subjek yang ditawarkan kepada
pelajar semestinya subjek-subjek yang menjurus kepada pembinaan kerjaya pelajar pada
masa akan datang. Antara contoh pelaksanaan sistem ini ialah pelajar -pelajar jurusan
perubatan ialah Kimia, Biologi, dan Sains Tambahan, manakala pelajar -pelajar jurusan
kejuruteraan pula menumpukan pada subjek-subjek pengiraan seperti Matematik
Tambahan dan Fizik. Hal ini penting kerana kita memerlukan tenaga kerja yang mahir, dan
untuk mencapai visi itu, pekerja-pekerja perlu menumpukan pelajaran yang penting sahaja
untuk aspek kerjaya mereka. Pada hemat saya, perkara yang penting bukanlah kuantiti
subjek yang dipelajari, tetapi kualiti pengajaran dan pelajaran demi pembentukan modal
insan yang berintelektual.

Akan tetapi, apakah institusi pengajian pada peringkat ketiga tidak menunjukkan
kepentingan lagi? Rentetan persoalan tersebut, saya mencadangkan institusi tersebut
menjadi pusat pengkhususan kerjaya. Contohnya, pelajar undang -undang boleh memilih
subjek pengkhususan di institusi ini seperti subjek Undang-undang Perhubungan Industri,
Undang-undang Hak Cipta, dan Undang-undang Alam Sekitar. Mengapakah perkara
sedemikian berlaku? Di sekolah menengah, pelajar-pelajar ini akan ditumpukan pada
perkara-perkara asas perundangan seperti Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Tort,
Undang-Undang Kontrak, dan Undang-undang Ekuiti dan Amanah yang acapkali berlaku
dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pengkhususan subjek membolehkan pelajar -pelajar
memilih spesifikasi kerjaya atau menyumbang kepada pembentukan undang -undang baru
seperti Undang-undang Persaingan agar Malaysia dapat membangun dan menjadi sejajar
dengan negara-negara lain yang moden dan membangun.

Secara tuntasnya, pembaharuan pengajaran dan pelajaran perlu dilaksanakan untuk


kemajuan pendidikan negara kita. Namun, perlu juga kita ketahui bahawa sistem ini tidak
semestinya sempurna daripada aspek pelaksanaan dan pentadbiran kerana sistem ini
hanyalah satu cadangan daripada saya. Sebagai manusia biasa, saya terdedah dengan
kesilapan dan kesalahan. Oleh yang demikian, sekiranya ada cadangan untuk memantap kan
cadangan sistem ini, usahlah gentar meluahkan kritikan membina kerana “fikir itu pelita
hati”.

Anda mungkin juga menyukai