Anda di halaman 1dari 3

9/15/2018 Isteri curang: Nusyuz tidak jejas tuntutan - Nasional - Sinar Harian

NASIONAL
Isteri curang: Nusyuz tidak jejas tuntutan
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 DISEMBER 2012

SMS boleh digunakan sebagai dokumen bagi membuktikan kecurangan pasangan.

A- A+ (Ubah saiz teks)

MOHAMAD ISA berkata, seseorang isteri yang telah disabitkan sebagai nusyuz oleh mahkamah dan
dalam tempoh berkenaan tidak kembali taat kepada suaminya sebaliknya memfailkan penceraian
dan penceraian berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/isteri-curang-nusyuz-tidak-jejas-tuntutan-1.111359 1/3
9/15/2018 Isteri curang: Nusyuz tidak jejas tuntutan - Nasional - Sinar Harian

Dalam prosiding untuk menuntut harta sepencarian dan hak penjagaan anak, isu nusyuz sebelum itu
bukanlah suatu isu yang membolehkan hak penjagaan anak atau harta sepencarian digugurkan 
secara automatik.

Menurutnya, dalam tuntutan hak penjagaan anak, si suami atau ayah kepada anak tersebut boleh
mengemukakan alasan lain tetapi bukan alasan si ibu atau bekas isteri tersebut pernah nusyuz.

“Ada lima keadaan yang boleh digunakan oleh pihak bekas suami atau si ayah dalam menuntut hak
penjagaan anak iaitu, bekas isteri atau ibu kepada si anak telah berkahwin dengan lelaki yang tidak
mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-
kanak itu; si ibu tersebut telah murtad; si ibu mencuaikan atau menganiaya anak tersebut; si ibu
berkelakuan keji mengikut hukum syarak; atau si ibu menukar permastautinannya dengan tujuan
mencegah bapa anak tersebut menjalankan pengawasan yang perlu ke atas anak tersebut,” katanya.

Sementara dalam soal tuntutan harta sepencarian, beliau berkata, tuntutan terhadap perkara
tersebut tidak memberi kesan atau tidak berkaitan dengan karakter (nusyuz).

“Bekas isteri boleh membuat tuntutan. Misalnya sepanjang 15 tahun perkahwinan, pada tahun akhir
perkahwinan dia disabitkan sebagai nusyuz. Oleh demikian harta sepencarian dalam tempoh
perkahwinan tersebut sebelum itu boleh dituntut walaupun pada tahun akhir isteri itu nusyuz.

“Apa yang tidak boleh dituntut adalah nafkah yang tidak diberikan suami dalam tempoh nusyuz serta
nafkah idah. Selain tuntutan ini, masih boleh dikemukakan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/isteri-curang-nusyuz-tidak-jejas-tuntutan-1.111359 2/3
9/15/2018 Isteri curang: Nusyuz tidak jejas tuntutan - Nasional - Sinar Harian

Kongsi berita ini:

BACK TO TOP 
DAPATKAN BERITA
SINAR HARIAN
SETIAP HARI DI EMAIL ANDA.

Sign Up
TENTANG KAMI
KERJAYA
PELABUR
SYARAT & PENAFIAN
SITEMAP
HUBUNGI KAMI
APPS
RSS
KLASSIFIED

© 2012 All Rights Reserved • Karangkraf Media Group


© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/isteri-curang-nusyuz-tidak-jejas-tuntutan-1.111359 3/3

Anda mungkin juga menyukai