Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN 1.

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar
demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?

Sejak akhir-akhir ini isu kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) telah menjadi satu topik perbincangan
yang hangat dalam kalangan rakyat di negara ini. Golongan OKU juga perlu dibela oleh seluruh anggota
masyarakat kerana mereka tidak mampu melakukan aktiviti fizikal kerana kecacatan yang dialami itu.
Sehubungan itu, institusi kerajaan, sawasta dan orang awam mestilah menyusun strategi atau usaha
untuk membantu golongan OKU memajukan diri mereka supaya tidak tersisih dalam arus globalisasi kini.
Pada masa yang sama mereka juga dapat memberi sumbangan untuk membangunkan ekonomi Negara
ini.

Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam
bidang tertentu. Program kemahiran tersebut sangat penting untuk melatih OKU menguasai bidang
kraftangan, membaiki kenderaan dan perniagaan. Dengan cara ini mereka akan mudah untuk bekerja
dan dapat menjana pendapatan keluarga walaupun cacat. Oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan
amat diperlukan untuk membangunkan pusat-pusat latihan kemahiran OKU ini seperti Program Semai
Bakti Pusat (PDK) di bawah pengawasan Felda di seluruh Negara berjaya melatih kira-kira 7,700 orang
OKU dalam pelbagai bidang. Jelaslah kemahiran yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU
berdekari dan menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara kita.

Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih
tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar
supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka.
Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar
yang standing dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat
atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh
itu, peluang ini akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka kea
rah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja
untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah
ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini
kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar
Carrefour telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang tahun 2010 nanti
iaitu berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU untuk
membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini
demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan itu,
pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera melalui Kementeriannya agar minat OKU dalam
bidang ini dapat dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke-9
kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU
dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua OKU yang berminat boleh membuat
permohonan dan perlu mendapat sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan
kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi
mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.

Kesimpulanya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan
memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak
terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut.
Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih
dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti. Bak kata pepatah muafakat membawa
berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Anda mungkin juga menyukai