Anda di halaman 1dari 29

JOM

BELAJAQ
PUAN ROZIAH BINTI MAT SAWAI
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
SMK BUKIT JAMBUL

BAHASA MELAYU SPM


RUMUSAN
Pendahuluan ( 2 markah)
P
andai
Isi Tersurat ( 6, 5, 4 isi )
S
ungguh
Isi Tersirat ( 2, 3, 4 isi )
T
ok
Kesimpulan ( 2 markah)
K
etua

Isi = 20 m
Bahasa = 10 m
Jumlah = 30 m
BACA ARAHAN SOALAN

KATA KUNCI 1 KATA KUNCI 2

TERSURAT TERSIRAT
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat tarian kepada remaja dan cara-cara
menggalakkan penyertaan tarian di sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tarian merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama dan penuh penghayatan. Unsur utama dalam
tarian ialah gerakan yang melibatkan semua anggota badan penari. Elemen ini menjadikan tarian yang dipersembahkan lebih
harmoni dan memberikan kesan yang baik kepada penonton. Terdapat berbagai-bagai jenis tarian di Malaysia yang dapat
dibanggakan. Antaranya termasuklah tarian tradisional, tarian rakyat dan tarian kontemporari. Setiap tarian mengandungi
nilai seni dan kreativiti yang tinggi. Tarian akan menjadi lebih menarik apabila penari menggayakan busana, tatarias dan
aksesori yang memiliki keindahan tersendiri.
Rentetan itu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperlihatkan kepentingan pelibatan remaja dalam
bidang ini seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan di sekolah. Aktiviti tarian memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Pelibatan remaja dalam bidang seni tari dapat menonjolkan bakat mereka
yang lahir secara semulajadi. Secara tidak langsung kebolehan ini boleh digilap dan dibangunkan. Seterusnya, aktiviti tarian
dapat membina sikap berani seseorang individu untuk tampil di khalayak semasa membuat persembahan.
Proses penguasaan seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan individu menghafal gerakan, memahami dan
menghayati sesuatu tarian. Seterusnya, tarian dapat mencetuskan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan
kreatif. Kebiasaannya individu yang menceburi bidang tarian ini lebih cekap menghafal dan mengimbangi diri mereka dalam
sesuatu perkara. Melalui pelibatan ini, remaja juga dapat mengetahui susur galur sejarah tarian tradisional di Malaysia. Hal
ini memberikan nilai tambah terhadap pengetahuan am seseorang remaja. Tambahan pula, melalui pertandingan tarian yang
disertai dapat menyatukan remaja berbilang bangsa tanpa mengira kaum.
Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga mampu melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Hal ini
dikatakan demikian kerana persembahan tarian memerlukan penari yang berdisiplin, menepati masa dan memberikan
sepenuh komitmen semasa latihan, persediaan sebelum persembahan, semasa persembahan ataupun selepas persembahan.
Dengan adanya tarian, remaja akan lebih terdidik untuk mengimbangi diri dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang
disertai. Pastinya remaja yang masih belajar tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.
Bagi menyemarakkan pelibatan remaja dalam aktiviti ini, sokongan ibu bapa penting dengan memberikan peluang
kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam seni tari. Sekatan dan sikap yang terlalu mengongkong aktiviti anak
akan melemahkan perkembangan diri mereka. Ibu bapa juga perlu membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati
dan mempunyai hala tuju. Selain itu, ibu bapa perlu memberi motivasi secara berterusan demi melahirkan anak-anak yang
aktif dalam seni tari. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya mempertahankan warisan seni budaya bangsa agar terus
bertahan dalam mendepani zaman moden ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Tarian sebagai medium perkembangan remaja”,
oleh Shasha Shakierah
Dewan Siswa, Mac 2016)
Contoh Soalan Rumusan SPM
Baca petikan di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentang
manfaat tarian kepada remaja dan cara-
cara menggalakkan penyertaan tarian di
sekolah.

Panjangnya rumusan hendaklah tidak


melebihi 120 patah perkataan.
KATA KUNCI 1
• Isi tersurat ( kata kunci wajib
disinonimkan) Manfaat
• Isi dipetik daripada petikan
• Berikan 6, 5, 4 isi tersurat yang lengkap
• Jangan ubah suai perkataan
• Jangan ambil sebahagian saja isi atau
tertinggal maklumat penting
• Susunan isi tak perlu ikut turutan
Langkah usaha/cara-cara/ strategi /kaedah/
pendekatan

Punca sebab/faktor
Halangan masalah/cabaran/kesulitan/
penghalang/dugaan/rintangan/

Kesan natijah/ impak/ implikasi/akibat

Manfaat faedah/kepentingan/kelebihan/
kebaikan
Tanggungjawab tugas/peranan/fungsi
Ciri-ciri kriteria/sifat
Kata Kunci 2
•ISI TERSIRAT
•Idea yang dikemukakan
berdasarkan kata kunci soalan
yang kedua dalam arahan soalan
•Berikan 2, 3 atau 4 isi
•Isi mesti konkrit, jelas dan tidak
bersifat umum
3 UNSUR
KAEDAH 1 UTAMA

PM
PENDAHULUAN
SINONIM
Petikan membincangkan
KK1
kepentingan tarian kepada ISU
remaja di Malaysia.
UNSUR
KETERANGAN
(2 m) (SIAPA/DI
MANA)
KAEDAH 1

SINONIM UNSUR
PM KETERANGAN
KK 1

Ingat…unsur keterangan berubah ikut soalan semasa, tidak


tetap

2 MARKAH
3 UNSUR
KAEDAH 2 UTAMA
RM
PENDAHULUAN SINONIM
Rumusan membincangkan KK1
kepentingan tarian kepada
ISU
remaja (dan cara-cara
menggalakkan penyertaan SALIN
tarian di sekolah) KEMBALI
KATA KUNCI
(2 m) KE-2
KAEDAH 2

SINONIM SALIN KK 2
RM SEHINGGA
KK 1
AYAT
BERAKHIR

2 MARKAH
PETUA MENGESAN ISI
TERSURAT
Langkah-langkah hendaklah, perlulah, haruslah,
wajarlah
menggunakan imbuhan meN
Kepentingan dapat, boleh
menggunakan imbuhan meN
Kesan kesannya, akibatnya
menggunakan imbuhan meN
mengakibatkan, menyebabkan,
menjadikan, mendatangkan
P1 Tarian merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama
dan penuh penghayatan. Unsur utama dalam tarian ialah gerakan
yang melibatkan semua anggota badan penari. Elemen ini menjadikan
tarian yang dipersembahkan lebih harmoni dan memberikan kesan
yang baik kepada penonton. Terdapat berbagai-bagai jenis tarian di
Malaysia yang dapat dibanggakan. Antaranya termasuklah tarian
tradisional, tarian rakyat dan tarian kontemporari. Setiap tarian
mengandungi nilai seni dan kreativiti yang tinggi. Tarian akan menjadi
lebih menarik apabila penari menggayakan busana, tatarias dan
aksesori yang memiliki keindahan tersendiri.
P2 Rentetan itu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi
memperlihatkan kepentingan pelibatan remaja dalam bidang ini
seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan di sekolah.
Aktiviti tarian memainkan peranan penting dalam S1 membentuk
sahsiah dan jati diri remaja. Pelibatan remaja dalam bidang seni tari
dapat S2 menonjolkan bakat mereka yang lahir secara semulajadi.
Secara tidak langsung kebolehan ini boleh digilap dan dibangunkan.
Seterusnya, aktiviti tarian dapat S3 membina sikap berani seseorang
individu untuk tampil di khalayak semasa membuat persembahan.
P3 Proses penguasaan seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan
individu menghafal gerakan, memahami dan menghayati sesuatu tarian.
Seterusnya, tarian dapat S4 mencetuskan keupayaan remaja untuk
menguasai sesuatu gerakan kreatif. Kebiasaannya individu yang menceburi
bidang tarian ini lebih cekap menghafal dan mengimbangi diri mereka dalam
sesuatu perkara. Melalui pelibatan ini, remaja juga dapat S5 mengetahui
susur galur sejarah tarian tradisional di Malaysia. Hal ini memberikan nilai
tambah terhadap pengetahuan am seseorang remaja. Tambahan pula,
melalui pertandingan tarian yang disertai dapat S6 menyatukan remaja
berbilang bangsa tanpa mengira kaum.
P4 Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga mampu S7
melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Hal ini dikatakan demikian
kerana persembahan tarian memerlukan penari yang berdisiplin, menepati
masa dan memberikan sepenuh komitmen semasa latihan, persediaan
sebelum persembahan, semasa persembahan ataupun selepas
persembahan. Dengan adanya tarian, S8 remaja akan lebih terdidik untuk
mengimbangi diri dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang disertai.
Pastinya remaja yang masih belajar tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.
ISI TERSIRAT
cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di
sekolah.
T1 - Pihak sekolah menubuhkan Kelab Tarian dan Kesenian
T2 - Kelab mengadakan pertandingan tarian untuk
mencungkil bakat baharu
T3 - Guru muzik mempromosikan aktiviti yang menarik
dalam kelab tarian di laman sosial sekolah
T4 - Ahli kelab tarian diberikan keistimewaan untuk
membuat persembahan di peringkat
daerah/negeri/kebangsaan
T5- Pihak sekolah melantik jurulatih tarian yang pakar dan
terkenal untuk memberikan bimbingan
ISI TERSIRAT YANG UMUM
cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di
sekolah.

- Pihak sekolah mengadakan kempen


- Guru mengadakan promosi
- Pelajar memberikan kerjasama
- Pihak sekolah memberikan motivasi
- memberikan hadiah
( umum, tak spesifik, setara)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ____( siapa) perlulah _____________(cadangan)
/agar ______________( ayat kesan/harapan)
(2m)

CADANGAN Kesimpulannya, semua pihak haruslah


+ bekerjasama untuk memartabatkan
bidang tarian agar melahirkan remaja
KESAN yang berkebolehan.
( 2 m)

Kesimpulan yang dipetik daripada


petikan tidak diterima
Kata hubung Ayat cadangan

Siapa
Ayat
harapan/
Kesan
Kesimpulannya
1 3 4

2 5

SUPAYA KERANA DEMI

UNTUK AGAR
PEMAHAMAN PETIKAN
UMUM
i. Memberi maksud rangkai kata
( 2 markah)

ii. Soalan berdasarkan teks petikan


( 3 markah)

iii. Soalan KBAT/Pendapat


(4 markah)
JAWAPAN
i. Apakah maksud rangkai Teknik 2
kata kemampuan individu?
(2 markah) Kekalkan perkataan
pertama sinonim
perkataan kedua – 1m
Rangkai kata tersebut
bermaksud kebolehan
…..kemampuan seseorang
seseorang.
( keupayaan/kesanggupan) Sinonim perkataan
pertama kekal perkataan
Teknik 1 kedua - 1m
Sinonimkan
….keupayaan individu
perkataan
demi perkataan
• SOALAN (ii)
(Soalan Berdasarkan Petikan)

Lihat perkara berikut:


 Kata kunci
 Mengesan jawapan
 Jumlah markah

 Jawaban mesti berdasarkan teks


Jangan ubah ayat yang terdapat dalam
teks
Gunakan penanda wacana atau kata
hubung untuk membina ayat
SOALAN ii
ii. Pengarang mengatakan bahawa ibu bapa
memainkan peranan penting untuk menggalakkan
penyertaan anak-anak dalam bidang tarian.
Nyatakan peranan-peranan tersebut?
(3 markah)
JAWAPAN
- memberikan peluang kepada anak-anak untuk
mengambil bahagian dalam seni tari.
- membantu anak-anak memilih bidang tarian yang
diminati dan mempunyai hala tuju.
- memberi motivasi secara berterusan demi melahirkan
anak-anak yang aktif dalam seni tari.
( rujuk perenggan 5)
[ isi cukup: 2 isi]
• (SOALAN iii) ( KBAT)

Fahami kehendak /fokus soalan


Jawapan merupakan idea sendiri (bukan daripada teks).
Jumlah isi berdasarkan markah yang diberi.
Jawapan mesti lengkap, gramatis dan relevan
Gunakan penanda wacana dan kata hubung untuk
menulis ayat.
Jangan jawab dalam bentuk poin

4 markah= 3-4 isi atau lebih


JANGAN GUNA TEKNIK
2 isi + 2 huraian
SOALAN (iii)
iii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh
dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan kualiti
bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia
(4 markah)
CADANGAN JAWAPAN
- mengadakan program yang menarik untuk mempromosikan
bidang kesenian dan kebudayaan di peringkat antarabangsa
-menjalin kerjasama untuk menimba ilmu dengan negara serantau
dalam aktiviti seni dan budaya
-memilih penggiat seni yang berkebolehan lagi profesional untuk
menyumbang kepakaran dalam bidang seni
-mengiktiraf hasil seni rakyat tempatan yang berkebolehan dan
diberi peluang untuk memajukan diri di peringkat antarabangsa
-memberikan bantuan kewangan dan sokongan untuk program
kesenian dan budaya secara berterusan kepada sesuatu organisasi
[ isi cukup 3]
SEKIAN TERIMA
KASIH

SEMOGA
CEMERLANG
DALAM SPM

Anda mungkin juga menyukai