Anda di halaman 1dari 1

Kata Aluan

Pengarah Kolej Vokasional


Nibong Tebal

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya serta para
sahabatnya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, dapat saya berucap
dalam Majlis Hari Anugerah Pengarah bagi tahun 2016.

Para ibu bapa dan waris serta warga KVNT yang dikasihi sekalian, sedar tidak sedar sudah hampir genap empat tahun kita melangkah bersama
menjunjung transformasi pendidikan negara,sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah diwar-
warkan sejak pelancaran awalnya pada 11 September 2012. Bagi sesebuah negara maju, pendidikan teknik dan vokasional menjadi penanda aras
bagi memastikan pembangunan yang mampan dan berdaya maju berjalan lancar. Negara maju seperti Jepun, Kanada dan Finland peratus pelajar
lepasan menengahnya menjurus kepada pendidikan teknik dan vokasional mencecah 50% hingga 60%. Bertitik tolak daripada itu, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mensasarkan transformasi kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional telah
bertukar menjadi Kolej Vokasional. Kita patut berbangga dengan perubahan ini walau agak sukar pada mulanya, tapi percayalah yang susah
itulah yang akhirnya mudah jika dilakukan mengikut aturannya “umpama sirih,menjalar dulu kemudian melilit,barulah memanjat ke pucuk
junjung. Saya yakin dengan kerja keras para pensyarah dan pelajar sekalian, InsyaAllah KVNT akan mengukir nama sebagai kolej vokasional
yang cemerlang.

Kepada anak-anak pelajar yang saya kasihi, rebutlah peluang untuk melengkapkan diri sesempurna mungkin dari segi ilmu, kemahiran dan
kerohanian agar mudah untuk para pelajar menempuh alam pekerjaan di luar sana. Belajarlah dengan ikhlas untuk berjaya. Di hadapan saya ini
adalah antara contoh pelajar-pelajar yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Pepatah Melayu mengatakan ‘kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya’, jangan sekali-kali mengharapkan kejayaan tanpa usaha yang gigih. Saya doakan agar semua pelajar berjaya
meneruskan pebelajaran seterusnya mendapat diploma mengikut aliran masing-masing.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada semester lepas.
Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa dan teruskan berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih baik untuk ujian yang akan datang.

Sekian Terima Kasih

Kamarulzaman bin Nayan

Anda mungkin juga menyukai