Anda di halaman 1dari 2

Kata-kata Aluan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya
serta izinNya, kita dapat berbakti di sekolah tercinta ini pada tahun
2014. Kepada warga pendidik khususnya, saya mendoakan agar
kegemilangan dan kejayaan menerangi kehidupan kita semua.
Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru
dalam melonjakkan kecemerlangan SAM Jeram bagi tahun-tahun
seterusnya. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada sidang
ridaksi 2014 atas hasil kerja keras bagi menghasilkan majalah
sekolah ini dengan baik.
Pengajaran yang berkesan melibatkan proses pemindahan ilmu
oleh guru di samping memperkembang potensi pelajar. Bagi pelajar,
pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan
pengalaman secara berterusan. Dalam era globalisasi, warga
sekolah perlu melengkapkan diri dan maklumat terkini supaya dapat
bertindak balas terhadap pembagunan teknologi baru.
Saya juga berharap supaya dapat merealisasikan kepimpinan
instruktional yang berkesan di sekolah ini dengan melaksanakan
perancangan strategik secara menyeluruh, pengurusan kurikulum
yang sempurna, menjalankan sistem penilaian dan pentaksiran
yang konstruktif serta membudayakan perkembangan
profesionalisme secara berterusan. Kejayaan mengamalkan budaya
kerja cemerlang bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik
dan pelajar yang berdedikasi tetapi memberi impak yang besar
terhadap keberhasilan sekolah ini.
Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan pelajar
yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi
merangkumi semua aspek kehidupan sebagaimana Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menghasilkan majalah
Al Basyir bagi tahun 2014 ini. Semoga penerbitan majalah ini akan
terus diperindah dan dimuatkan dengan pelbagai informasi serta
bakat-bakat kreatif pelajar-pelajar SAM Jeram.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


MOHAMAD JAMIL BIN OTHMAN

Anda mungkin juga menyukai