Anda di halaman 1dari 1

Harapan Pengetua

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya dapat kita
bersama- sama meneruskan agenda pendidikan di SMK Simpang Pulai pada tahun 2015.
Penyediaan laman sesawang rasmi ini menjadi bukti institusi kita memiliki sistem yang kemas dan
mantap serta memikul amanah dan tanggungjawab bagi meningkatkan kualiti kerja serta
keberhasilannya. Buku ini merupakan pelan pihak pengurusan yang memberi fokus kepada perancangan
progam-program sekolah agar lebih strategik dan berkualiti.
Tahun 2015 merupakan tahun pertama saya menerajui kepimpinan di SMK Simpang Pulai ini..
Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan komitmen dan sokongan seluruh warga sekolah agar
semua agenda yang disusun nanti dapat direalisasikan secara kolaboratif demi kelangsungan
kecemerlangan sekolah ini. Rangkuman pelbagai perancangan yang strategik diadun bersama komitmen
kerja warga sekolah yang melalui sisi anjakan paradigma akan melonjakkan sekolah kita ke tahap
sekolah berprestasi tinggi
Saya yakin dokumen ini akan dapat dimanfaatkan sebagai sumber rujukan bagi melunaskan agenda
pendidikan dengan penuh iltizam demi kecemerlangan profesion kita. Semoga visi, misi dan objektif yang
telah dirancang dapat kita sama-sama realisasikan.
Sekian, terima kasih.
BERSAMA KE ARAH KECEMERLANGAN

TN. HJ ZULKIFLE BIN OTHMAN


PENGETUA ,
SMK SIMPANG PULAI,

31300 KG.KEPAYANG, PERAK D.R.

Anda mungkin juga menyukai