Anda di halaman 1dari 9

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA


SERI LELA DATO SERI SETIA HAJI AWANG
ABDUL RAHMAN BIN DATO SETIA HAJI
MOHAMED TAIB
MENTERI PENDIDIKAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI MAJLIS PELANCARAN BUKU


THE MINISTRY OF EDUCATION STRATEGIC
PLAN 2007-2011

29 Januari 2007 bersamaan 10 Muharam 1428


9.00 pagi
Dewab Canselor, Universiti Brunei Darussalam

1
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat dan


salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallaulah Alaihi
Wassalam, keluarga serta para sahabat dan juga pengikut-pengikut
Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan


limpah rahmat dan hidayah-Nya jua, kita semua dapat berkumpul
beramai-ramai di Majlis pagi ini. Terlebih dahulu, saya
mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Kerja Penyediaan
Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh
Setiausaha Tetap dan juga Jawatankuasa Kerja Majlis Pelancaran ini
kerana menjemput saya hadir dan seterusnya melancarkan Buku
Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan 2007-2011 pada
hari ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi


tahniah kepada Kumpulan Kerja Penyediaan Perancangan Strategik
Kementerian Pendidikan atas kejayaan dalam menghasilkan buku
ini. Penghasilan buku ini setentunya amat penting didalam
menerangkan kepada semua pihak dalam Kementerian ini khususnya
mengenai pelan-pelan tindakan serta pencapaian-pencapaian yang
Kementerian Pendidikan hasratkan.

2
Saya difahamkan penyediaan pelan strategik ini melibatkan semua
Ketua-Ketua Jabatan, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-
Pegawai dan Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan termasuk
beberapa orang Pengetua. Kumpulan Kerja juga mendapatkan
inputs melalui taklimat-taklimat dan perjumpaan-perjumpaan dan
sesi-sesi dialog dengan seluruh pemimpin-pemimpin sekolah sebagai
pelaksana core business Kementerian Pendidikan. Selain itu,
Perancangan Strategik ini mengambil kira syor-syor dan pandangan
dalam laporan-laporan pakar mengenai pendidikan negara,
Perancangan Jangka Panjang Kementerian Pendidikan, dan lain-lain
dokumen yang berkaitan dengan pendidikan.

Hadirin sekalian,

Saya masih ingat lagi kali pertama kita mengadakan bengkel


perancangan strategik Kementerian Pendidikan ini pada 12 hingga
14 September 2005. Dalam bengkel tersebut, saya dan juga
Timbalan Menter Pendidikan ikut serta dalam perbincangan dan
percembahan fikiran dengan pengarah-pengarah dan pegawai-
pegawai kanan Kementerian Pendidikan. Seperti yang dinyatakan
oleh Setiausaha Tetap tadi, bengkel tersebut merupakan langkah
permulaan dalam usaha Kementerian ini merangka dan membentuk
hala tuju Kementerian Pendidikan yang berjangka 5 tahun. Bengkel
tersebut disusuli dengan beberapa perjumpaan dan perbincangan
lanjut yang melibatkan perlbagai pihak yang berkepentingan dari
dalam mahupun di luar kementerian ini. Ini sesuai dengan

3
kehendak Kementerian Pendidikan didalam mendapatkan
pandangan dan input kesemua pihak berkenaan dalam mempastikan
apa jua perancangan strategik kita ini adalah teratur, menepati
sasarannya disamping kearah menyebarmaklumkan dan ianya
difahami disamping mendapatkan sokongan padu dari kementerian-
kementerian lain agar perlaksanaannya dikendalikan dengan padu
dan terancang.

Alhamdulillah, kita telah berhasil didalam menyatukan fikiran dan


persetujuan dengan menggubal satu perancangan strategik yang
digunapakai oleh seluruh institusi-institusi pendidikan dan jabatan-
jabatan di bawah Kementerian Pendidikan. Oleh yang demikian,
kita ingin menekankan bahawa Perancangan Strategik Kementerian
Pendidikan ini adalah milik kita bersama. Kita secara berkumpulan
merancang, membincangkannya dan seterusnya kitani juga yang
akan melaksananya mengikut bidang tugas dan tanggungjawab
masing-masing, baik di sekolah-sekolah, bahagian-bahagian, unit-
unit mahu pun di peringkat jabatan dan kementerian.

Saya melihat kejayaan dalam penggubalan perancangan strategik ini


merupakan langkah permulaan bagi Kementerian ini
keseluruhannya. Apa yang penting ialah kewibawaan kepimpinan,
kecekapan dan profesionalisme pegawai-pegawai dan guru-guru
serta kakitangan dalam mencapai matlamat dan objektif
perancangan strategik ini serta menunaikan janji-janji kita kepada
stakeholders kita.

4
Saya juga penuh berharap kaedah perancangan strategik yang
digunapakai ini akan dapat meningkatkan keupayaan Kementerian
untuk menjadi sebuah organisasi yang mengutamakan performance
management measure sebagai budaya kerjanya.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Fokus Kementerian Pendidikan dalam Perancangan Strategik ini


menekankan tiga aspek sebagai tema utama, iaitu:

Organisasi Profesional, Akauntabiliti dan Efisien;


Pendidikan Berkualiti; dan
Kecemerlangan Pengajaran dan Pengajaran.

Tema ini dihasratkan akan dapat mendukung Visi Kementerian


dalam mencapai Pendidikan Sempurna ke arah Kemajuan,
Keamanan dan Kemakmuran Negara (Quality Education towards a
Developed, Peaceful dan Prosperous Nation) dengan Misi
Menyediakan Pendidikan Menyeluruh untuk Semua mencapai
Potensi yang Maksima (Provide Holistic Education to Achieve Fullest
Potential for All). Selaras dengan ini, sebagaimana yang pernah
saya sebutkan dalam ucapan saya terdahulu semasa Majlis Sesi
Dialog Kedua bersama Pemimpin-Pemimpin Sekolah dipenghujung
tahun lepas, Kementerian Pendidikan sedang giat merangka sistem
Pendidikan Negara yang baru yang kita kenali sebagai Sistem

5
Pendidikan Negara Abad 21. Sistem ini masih sedang giat dirangka
dengan ianya dibincangkan bersama dengan semua pihak yang
berkepentingan samada didalam mahupun diluar Kementerian
Pendidikan. Apa yang kita ingin lihat, Sistem Pendidikan Abda 21
ini akan berfungsi untuk mempersiapsediakan Negara didalam
mengharungi apa jua keadaan yang dibawa oleh arus proses
globalisasi dengan menjadikan pendidikan berkualiti tinggi sebagai
terasnya.

Menyentuh mengenai dengan kepentingan perlaksanaan strategi-


strategi yang kita rangka ini, saya melihat setinggi mana pun nilai
kandungannya, jika tenaga penggeraknya tidak dapat
melaksanakannya dengan cekap, maka sudah tentu apa yang ingin
kita capai itu tidak akan kesampaian dengan sepenuhnya seperti
yang dihasratkan. Oleh yang demikian, saya penuh mengharapkan
bagi semua peringkat warga Kementerian Pendidikan terutama
sekali ketua-ketua jabatan, pengetua-pengetua dan guru-guru besar
untuk memainkan peranan masing-masing dengan kepimpinan yang
mantap didalam mempastikan kejayaan perlaksanaan perancangan
strategic ini. Kita memerlukan akauntabliliti dan komitmen yang
tinggi serta semangat kerja secara berpasukan dan memerlukan satu
perubahan minda yang positif daripada semua peringkat warga
Kementerian Pendidikan.

6
Hadirat sekalian,

Kualiti Pendidikan itu konsepnya lebih luas. Ia berkaitan dengan


pembelajaran yang sebenarnya dan bukan setakat kualiti
persekolahan. Bagaimanapun, komponen penting bagi kedua-
duanya adalah para guru dan juga sekolah sebagai institusi
pendidikan. Sementara komponen-komponen lain merupakan
komponen sokongan / dokongan. Oleh itu, apa jua yang kita
usahakan natijahnya adalah untuk mengangkat sekolah dan
memberikan pelajar-pelajar dengan pendidikan dan latihan yang
menyeluruh dan dengan pendidikan anak bangsa yang well-rounded
sebagai sumber manusia yang penting bagi keperluan negara melalui
kurikulum termasuk kokurikulum yang relevan dan seimbang bagi
mencerminkan rupa bentuk bangsa yang ingin kita lahirkan itu.

Dalam mencapainya, kita bukan sahaja memerlukan sistem


pendidikan yang bersesuaian, kuat serta mantap malah memerlukan
pegawai, tenaga pelajar dan kepimpinan yang juga berkualiti,
kerana output itu memerlukan input dan proses pendidikan yang
berkualiti. Ke arah itu kita telah mengambil langkah kehadapan
dengan menekankan pentingnya perkembangan staf yang
profesional. Hanya dengan mempunyai pegawai-pegawai, guru-guru
dan kakitangan yang berkualiti, efisien dan berkesan sahaja kita
dapat meraih kejayaan sebagaimana yang kita gariskan dalam
Perancangan Strategik itu.

7
Kearah merealisasikan penyediaan perkembangan staf yang
profesional ini, maka Kementerian Pendidikan telah menubuhkan
Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia. Bahagian ini
sedang giat mengungkayahkan pelbagai inisiatif dimana
antaralainnya termasuklah melibatkan secara langsung Institut
Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah untuk bukan sahaja
mengeluarkan para pendidik yang serba berkemahiran, malahan
juga berperanan dalam menyediakan pelbagai benduk latihan yang
memberi nilai tambah profesionalisme guru-guru disekolah-sekolah.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan pada masa ini juga


berusaha mendapatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang yang
berkepentingan seperti kurikulum dan penilaian perperiksaan
dengan tujuan untuk memantapkan perlaksanaan perancangan
strategik dan memberkesankan Sistem Pendidikan Abad 21 yang
saya sebutkan tadi.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan pencapaian yang ada
sekarang. Masih banyak yang perlu kita perbaiki dan tingkatkan
kerana perkembangan dan kemajuan dalam bidang pendidikan dan
keperluan sumber tenaga manusia semakin meningkat dan dinamik
serta mencabar lebih-lebih lagi dengan keadaan dan keperluan
dunia sekarang yang cepat berubah.

8
Saya ingin melihat bahawa apa jua perancangan strategik yang kita
rangka ini bukan hanya tinggal perancangan sahaja. Oleh itu,
kearah mempastikan ianya dilaksana dengan teratur dan terancang,
Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Unit Pengurusan
Strategik sebagaimana yang disebutkan oleh Dato Setiausaha Tetap
sebentar tadi yang mana berfungsi dalam memantau keberkesanan
perlaksanaan dan menilai tahap pencapaian key performance
indicators yang digariskan dalam buku ini. Pada kesempatan ini,
saya ingin menyeru kepada semua jabatan untuk mengambil
tindakan dengan proaktif dengan mengujudkan mekanisma dalaman
yang akan berfungsi mengesan tahap pencapaian jabatan masing-
masing. Barang setentunya usaha ini akan banyak membantu untuk
memberkesankan lagi perlaksanaan pelan strategik Kementerian ini.

Akhirnya saya sekali lagi Saya mengucapkan syabas dan tahniah


kepada Kumpulan Kerja Penyediaan Perancangan Strategik
Pendidikan 2007-2011 ini.

Dengan mendahulukan kalimat Bismilahir Rahmanir Rahim, dan


bertawakal ke Allah Subhanahu Wataala, saya sukacita
melancarkan buku Ministry of Education Strategic Plan 2007-
2011 ini.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai