Anda di halaman 1dari 29

1.

0 Pengenalan
FPK dan FPG merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada
segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini
dapat membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk
meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan
cita-cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan
dalam FPK dan FPG akan memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem
pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Rajah 1 Peranan FPK dalam membina modal insan.


Kokurikulum sekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dab bersepadu daripada aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berteraskan penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selaras dengan itu,
FPK telah dijadikan garis panduan untuk memperbaiki dan memantapkan sistem
pendidikan negara.

FPK adalah satu panduan untuk meningkatkan dan memajukan pendidikan di


Malaysia supaya pendidikan Malaysia menuju ke arah yang lebih cemerlang, terbilang
dan gemilang. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia
yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah
untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang
supaya kesepaduan fitrah manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia menjadi ciri-ciri asasi
seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan
diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan
individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi

negara

serta

menyanjung

warisan

kebudayaan

negara,

menjamin

pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,


demokratik, progresif dan berdisiplin.
Matlamat falsafah pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti
dari segi peribadi, professional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan
keguruan. Seseorang guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri dalaman iaitu peribadi
yang seimbang terlebih dahulu. Ianya sangat penting kerana seseorang guru perlulah
mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan mereka membentuk generasi yang
positif pula. Guru juga akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Justeru, guru
harus menjadi ikon yang terbaik kepada murid-murid.
Seterusnya, guru perlulah professional tentang karier mereka. Seseorang bakal
guru perlulah berusaha sehabis mungkin untuk mendalami ilmu berkaitan keguruan
ketika masih dalam tempoh latihan agar mereka tidak kekok ketika bertugas di
kemudian hari.
Di samping itu, falsafah pendidikan guru juga adalah untuk melahirkan guru yang
berkualiti dari segi sosial. Guru perlulah mempunyai bijak bergaul dengan semua
masyarakat sekeliling tidak kira dalam kawasan sekolah mahupun dengan masyarakat
luar. Ini kerana, ke mana sahaja seseorang guru itu pergi dia akan membawa imej
seorang guru. Guru juga perlu mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran
keguruan. Seseorang guru itu bukan hanya perlu memberikan didikan akademik, tetapi
dia juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seharian.

Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia 2013-2025


Pendidikan sentiasa menjadi keutamaan negara. Kerajaan secara konsisten
telah melabur sumber yang besar dalam usaha menyediakan setiap kanak-kanak
dengan pendidikan yang menyeluruh. Sebagai contoh, pendidikan asas merangkumi
16% daripada jumlah keseluruhan perbelanjan kerajaan, hampir dua kali ganda purata
OECD pada 8.7%. Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara
berterusan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang berasaskan tiga objektif khusus supaya Malaysa mampu berdaya saing pada
peringkat global.
Antara tiga objektif telah dicadangkan menurut PPPM 2013-2015 yang
dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri
Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013 yang lalu. Pertama sekali adalah memahami
pretasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan
akses

kepada

pencapaian

pendidikan,

(ekuiti),

peningkatan

menggalakkan

standard

perpaduan

(kualiti),

dalam

merapatkan

kalangan

murid

jurang
serta

memaksimumkan keberkesanan sistem. Selain itu, PPPM dilaksanakan untuk


mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13
tahun yang seterusnya sehingga 2025. Di samping itu, menggariskan program
tranformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama
dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan
jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.
Selaras denga itu, PPPM 2013-2025 itu juga mengkaji pengalaman sistem
pendidikan negara lain yang menunjukkan peningkatan signifikan, meluas dan berupaya
mengekalkan peningkatan dalam keberhasilan murid. Ia bertujuan menyediakan
metodologi yang mantap untuk memahami dan membandingkan standard dan prestasi
sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain. Menurut PPPM 2013-2025 itu,
kejayaan masa depan negara bergantung kepada perkembangan sosiobudaya yang
sihat dan pembangunan ekonomi yang mampan iaitu kedua-dua faktor ini bergantung
kepada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan
cepat dan berkesan
4

2.0 Objektif Kajian


Kajian ini adalah sebahagian daripada keperluan kursus Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia (EDU3013) dalam kalangan guru dan warga pendidikan di Malaysia. Kajian ini
juga dijalankan untuk mengetahui tiga perkara yang penting tentang Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
i.

Memahami kefahaman pendidik terhadap FPK dan FPG.

ii.

Mengetahui penghayatan pebdidik terhadap FPK dan FPG.

iii.

Mengamalkan amalan pendidik terhadap FPK dan FPG.

3.0 Persoalan Kajian


i.

Apakah kefahaman pendidik terhadap FPK dan FPG?

ii.

Apakah penghayatan pendidik terhadap FPK dan FPG?

iii.

Apakah amalan pendidik terhadap FPK dan FPG?

4.0 Kaedah Kajian dan Pengumpulan Data


Kajian ini dijalankan di sekolah SJK(C) Bekok. Saya telah menemubual tiga
orang guru di sekolah dengan menggunakan protokol temu bual yang disediakan seperti
di Lampiran. Kajian ini menggunakan kualitatif di mana tiga orang guru yang saya temu
bual ialah Guru Besar dan dua orang guru.
Saya amat berbangga kerana dapat menemubual dengan Guru Besar SJK(C)
Bekok iaitu Pn Tai Fong Lan kerana beliau merupakan seorang guru besar yang
bertanggungjawab dan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran di
sekolah. Selain itu, beliau juga seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
dan mempunyai pengalaman yang banyak. Oleh itu, saya memilih guru besar untuk
menjalankan temu bual tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Saya telah meluangkan masa dan memilih masa yang sesuai untuk
menjalani temu bual dengan guru besar dan guru-guru lain.
Temu bual yang pertama dijalankan pada 4 Ogos 2014 pukul 11.30 a.m di
pejabat guru besar SJK(C) Bekok. Selepas mendapat keizinaan daripada guru besar,
saya pun mula menjalankan temu bual. Temu bual tersebut dijalankan dengan lancar
dan mendapat kerjasama daripada beliau. Guru besar memberi komitmen yang baik dan
maklumat yang amat berguna serta bermanfaat kepada saya. Saya telah menanya
beberapa soalan yang berkaitan dengan kefahama, penghayatan dan amalan tentang
FPK dan FPG. Beliau menerangkan bagaimana FPK dapat merealisasikan matlamat
pendidikan di Malaysia serta menjelaskan bahawa setiap guru harus mengetahui
tentang konsep dan kepentingan FPK dan FPG. Beliau juga berpendapatan tentang
bagaimana FPK dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Di samping itu, temu bual yang kedua dijalankan adalah dengan seorang guru
Melayu di sekolah iaitu Encik Mohd Hafizzudin Bin Mohd Rubai. Beliau juga seorang
guru Bahasa Melayu. Beliau adalah guru yang baru-baru mengajar di sekolah tersebut.
6

Saya telah menjalankan temu bual pada 5 Ogos 2014 pukul 10.30 pagi di pejabat guru.
Saya juga menanya soalan yang sama tentang FPK dan FPG. Beliau menyatakan
bahawa berinteraksi dengan murid adalah amat penting untuk menyampaikan maklumat
tentang FPK dan FPG berlandaskan konsep dan peranan FPK dan FPG. Beliau
memberi banyak maklumat yang berguna kepada saya dan saya amat berterima kasi
kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu bual dengan saya.
Pada hari yang sama, saya juga menjalankan temu bual dengan seorang guru
lagi iaitu Encik Ching Fook Ming. Beliau seorang guru yang mempunyai pengalaman
mengajar melebihi 30 tahun. Pengalaman dan pengetahuan yang beliau ada banyak
membantu saya mendapat maklumat yang jelas untuk saya membuat kajian ini. Temu
bual bermula pada pukul 12.30 tengah hari di pejabat guru. Tanpa membuang masa
yang emas, saya telah menanya beberapa soalan yang penting untuk memudahkan
saya membuat kajian. Beliau juga menyatakan bahawa perkembangan pendidikan pada
masa kini amat memerlukan FPK dan FPG supaya menjadikan suatu panduan untuk
memajukan pendidikan di Malaysia ke arah yang cermelang.
Dalam aktiviti temu bual yang dijanlankan dengan guru-guru di sekolah, saya
telah mengumpukan data-data dan maklumat yang penting untuk memudahkan saya
membuat kajian dan analisis kajian. Saya telah mengetahui dan membelajari banyak
pengetahuan dan pengalaman melalui temu bual yang dijalankan. Saya juga
mengemaskan dan menyusun maklumat-maklumat tersebut sebagai panduan untuk
saya meneruskan kajian saya.

5.0 Analisis Data


Setelah temu bual dikemaskan, semua temu bual dirakamkan dan telah
ditranskrip verbatim dalam format dialog. Hal ini kerana untuk memudahkan membuat
kajian. Selain itu, saya telah mewarnakan merah untuk semua soalan pertama iaitu
kefahaman tentang FPK dan FPG, warna biru ini adalah untuk peghayatan tentang FPK
dan FPG, dan mewarnakan warna hijau untuk amalan tentang FPK dan FPG. Ini adalah
untuk memudahkan saya mengenal pasti data yang diperoleh mengikut tajuk dan
susunan supaya tidak mengelirukan saya semasa membuat kajian.
Selain itu, saya telah meletakkan jawatan, tarikh, tempat ,masa, adalah
memudahkan saya membuat rujukan. Saya juga telah menyertakan nombor di sebelah
kiri setiap barisan transkrip verbatim untuk memudahakan analisis saya.

6.0 Dapatan Kajian


6.1 Demografi
Guru besar
Tai Fong Lan
Tarikh lantikan : 1982
Umur : 58 tahun
Tahun 2002 hingga 2011 sebagai GPK HEM, GPK Kokurikulum, GPK 1
Tahun 2011 hingga sekarang Guru Besar SJK(C) Bekok
Umur bersara : 60 tahun (2016)
Gred DG 34
Guru A
Cikgu Mohd. Hafizzudin
Mula berkhimat di SJK(C) Bekok Tahun 2013
Opsyen : Bahasa Melayu PISMP
IPG Perak
Gred : DG 41
Mata pelajaran yang diajar : BM, PSV, PJ

Guru C
Encik Ching Fook Ming
1993 hingga 1997 berkhimat di SJK Chung Hwa, Kuala Penyu, Sabah
1998 hingga sekarang berkhimat di SJK(C) Bekok, Segamat, Johor
Opsyen : PSR/PC (1991-1993)
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Gred : DG 44 (Universiti Sains Malaysia- Major- Fizik)
Mata pelajaran yang diajar : BM, Sains, PJ

10

6.2 Soalan Kajian


6.2.1 Soalan Kajian 1
1. Apakah kefahaman pendidik terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru?
Guru Besar, Pn Tai menerangkan kefahaman beliau tentang FPK dan FPG sebagai :
FPK dan FPG adalah satu panduan kepada warga pendidik di Malaysia
dalam melaksanakan sistem pendidikan.
GB/040814/3-4
Seterusnya Guru Besar juga menyatakan bahawa sumbangan FPK dan FPG adalah :
FPK dan FPG memberi satu konsep kepada setiap guru supaya dapat
mengajar murid dengan mengikut sistem pendidikan di negara dari
semasa ke semasa.
GB/040814/7-8
Pn Tai juga menyatakan bahawa FPK dan FPG telah membantu beliau sebagai
pentadbir dengan :
FPK dan FPG membantu saya menyelesaikan masalah yang ditimbulkan
di sekolah terutamnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
GB/040814/11-12
Apabila ditanya dengan perbezaan Pn Tai khususnya dari aspek profesionalisme
dengan adanya FPK dan FPG, beliau berkata:

11

Ada.

Dengan

tanggungjawab

adanya

FPK

dan

FPG

kita

lebih

faham

akan

sebagai seorang pentadbir atau guru di sekolah.


GB/040814/15-16

Pn Tai berkata bahawa setiap guru harus faham FPK dan FPG kerana :
Ya, itu satu keperluan yang penting bagi setiap guru untuk memahami
kandungannya agar dapat melaksanakan tugas dengan sempurna.
GB/040814/19-20
Encik Mohd Hafizzudin sebagai Guru A menerangkan kefahaman beliau tentang FPK
dan FPG sebagai :
FPK dan FPG adalah satu panduan ke arah menjayakan agenda di
Malaysia serta melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelak dan sosial.
GA/050814/3-5
Guru A berpendapat bahawa FPK dan FPG memberi sumbangan berikut dalam
perkembangan sektor pendidikan negara:
Setiap guru melalui FPG lebih bersedia dengan pedagogi dan latihan
ikhtisas ditambah dengan ilmu-ilmu keguruan yang berkaitan.
GA/050814/8-9
Sementara itu, guru A menyatakan bahawa FPK dan FPG membantu dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai guru :
Seorang guru akan lebih bersedia dalam menjalankan tugas. Sebagai
seorang guru yang profesional, guru mesti megajar dengan penuh
bertanggungjawab.

12

GA/050814/12-13
Seterusnya, guru A menjawab adakah perbezaan dalam diri beliau dari aspek
profesionalisme dengan adanya FPK dan FPG sebagai :
Ada.
GA/050814/16
Pada pandangan guru A, beliau berpendapat bahawa keperluan setiap guru untuk
memahami FPK dan FPG adalah penting dengan berkata :
Perlu. Hal ini demikian supaya dapat berkhimat dalam perkhimatan
awam dengan lebih sistematik.
GA/050814/19-20
Encik Ching sebagai Guru C menerangkan kefahaman beliau tentang FPK dan FPG
sebagai :
Sebagai panduan ke arah meningkatkan pendidikan Malaysia dan kualiti
guru supaya dapat bersedia untuk menimba limu baru.
GC/050814/3-4
Seterusnya, Guru C berpendapat bahawa FPK dan FPG memberi sumbangan berikut
dalam perkembangan sektor pendidikan negara:
Memberi peluang kepada murid dan guru untuk meningkatkan prestasi
mereka selaras dengan konsep FPK dan FPG supaya pendidikan di
Malaysia dapat diperkembangkan secara holistik.
GC/050814/7-9
Sementara itu, guru C menyatakan bahawa FPK dan FPG membantu dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai guru :
Guru akan lebih bersedia menerima perubahan dan sentiasa melakukan
inovasi.
13

GC/050814/12
Selain itu, guru C juga menjawab adakah perbezaan dalam diri beliau dari aspek
profesionalisme dengan adanya FPK dan FPG sebagai :
Ada.
GC/050814/15
Pada pandangan guru C, beliau berpendapat bahawa keperluan setiap guru untuk
memahami FPK dan FPG adalah penting dengan berkata :
Perlu kerana ia penting kepada guru untuk menyampaikan maklumat
tersebut kepada murid supaya bersedia menjunjung aspirasi.
GC/050814/18-19

14

6.2.2 Soalan Kajian 2


2. Bagaimanakah penghayatan pendidik terhadap FPK & FPG?
Pn Tai berpendapat bahawa adanya memanfaatkan FPK dan FPG dalam PdP dengan
kata :
Kami menyediakan banyak program dan aktiviti supaya murid sentiasa
terlibat dalam pembelajaran semasa PdP.
GB/040814/23-24
Puan Tai memberi pendapat tentang kepentingan FPK dan FPG sebagai panduan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut :
Ia penting untuk guru supaya membentuk sahsiah murid serta memimpin
dan mendidik murid supaya dapat memberi sumbangan kepada
masyarakat.
GB/040814/27-28
Puan Tai

menyatakan

bagaimana

beliau

menghayati

FPK

dan

FPG

dalam

melaksanakan tanggungjawabnya sebagai :


Perlu. Ini menjadikan satu tanggungjawab sebagai seorang guru untuk
membimbing murid supaya menjadi insan yang baik dan segala tingkah
laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan sahsiah murid.
GB/040814/31-33
Encik Hafizzudin pula memanfaatkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru dengan :

15

PdP yang dijalankan dapat lebih menjurus ke arah skop pengajaran yang
dihendaki oleh sukatan pelajaran supaya tersusun semasa PdP.
GA/050814/22-23

Guru A memberi pendapat tentang kepentingan FPK dan FPG sebagai panduan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut :
Penting supaya PdP dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif.
GA/050814/27
Sementara itu, guru A menyatakan bagaimana beliau menghayati FPK dan FPG dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai :
Perlu, kerana proses mendidik murid memerlukan komitmen dan
kerjasama yang berterusan.
GA/050814/30-31
Guru C, Encik Ching pula memanfaatkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru dengan :
Murid akan lebih memahami limu yang disampaikan oleh guru dan ilmu
dapat disampaikan dengan berkesan.
GC/050814/21-22
Guru C memberi pendapat tentang kepentingan FPK dan FPG sebagai panduan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut :
Penting untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi JERIS.
GC/050814/25

16

Seterusnya, guru C menyatakan bagaimana beliau menghayati FPK dan FPG dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai :
Guru seharusnya sentiasa mengamalkan tingkah laku yang baik supaya
menjadi role modal kepada murid kerana sahsiah yang baiak dapat
mempengaruhi keseluruhan murid dalam kelas.
GC/050814/28-30
6.2.3

Soalan Kajian 3

3. Apakah amalan pendidikan terhadap FPK dan FPG?


Puan Tai berpendapat bahawa aspek emosi, rohani, spiritual, intelektual dan sosial yang
terdapat dalam FPK dapat direalisasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan :
Pengajaran moral dan nilai-nilai amat penting dalam pembelajaran
kerana

ini dapat membentuk moral budi pekerti yang dapat diterima oleh
masyarakat selaras dengan pegangan agama. Dengan adanya sikap

yang

positif maka murid akan lebih rajin untuk belajar serta sentiasa

berinteraksi

dengan kawan supaya dapat menyelesaikan masalah yang

mereka hadapi.

Guru juga harus sentiasa mematau dan memastikan

murid-murid

mendapat maklumat dan memahami apa yang disampai oleh guru

semasa

PdP.
GB/040814/36-41

Pn Tai juga menilai kualiti guru masa kini dengan :


Guru pada masa kini mestilah lebih memberi tumpuan kepada
pengajaran

dan mendidik murid, atau memimpin satu kumpulan pendidikan

profesional.
GB/040814/43-44

17

Selain itu, Pn Tai mengharapkan terhadap program latihan perguruan sebagai :


Seorang guru pelatih mesti diterapkan dengan nilai-nilai estetika supaya
dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja dengan kehalusan budi yang
mencerminkan keunggulan peribadi seorang guru.
GB/040814/47-49
Puan Tai melihat masa hadapan pendidikan negara dalam memenuhi matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan pandangan berikut :
Dengan adanya PPPM, pendidikan Malaysia dapat menuju ke arah
pendidikan bertaraf dunia serta merealisasikan pendidikan anak bangsa
Malaysia dalam mengharungi cabaran di tahap yang tinggi.
GB/040810/52-54
Pada pendapat Encik Hafizzudin, beliau berasa aspek-aspek yang terdapat dalam FPK
dapat direalisasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan :
Semasa PdP perlu melaksanakan pengajaran secara kumpulan supaya
semua murid terlibat dan pada masa yang sama murid akan berasa
senorok serta lebih faham apa yang diajar oleh guru. Apabila murid
berasa

senorok mereka akan lebih bersemangant dan bersedia untuk

belajar.

Belajar dalam kumpulan juga dapat memupuk sikap kejersama

dan murid

akan berinteraksi dengan murid untuk menyelesaikan masalah.


GA/050814/34-38

Guru A menilai kualiti guru pada masa kini dengan memberi pendapat bahawa :
Guru-guru di Malaysia bersedia untuk menghadapi situasi dan cabaran
dalam bidang pendidikan.
GA/050814/40-41

18

Guru A berharap supaya program latihan perguruan dapat :


Program latihan perguruan perlu bertambah baik sesuai dengan
pendidikan semasa, sentiasa berubah dan sesuai latihan dengan situasi
yang berlaku di sekolah.
GA/050814/44-45
Guru A melihat masa hadapan pendidikan negara dalam memenuhi matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan pandangan berikut :
Pendidikan di Malaysia dapat bersaing dengan sistem pendidikan negara
maju. Pihak kerajaan pelu memastikan semua aspek keperluan
pendidikan,

kemudahan dan alat-alat lengkap dan dinikmati oleh murid.


GA/050814/48-50

Seterusnya, Guru C, Cikgu Ching berasa aspek-aspek yang terdapat dalam FPK dapat
direalisasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan :
Saya akan mengajar murid dengan menggunakan cara yang menarik
supaya murid dapat berminat dalam pembelajaran yang dijalankan.
Pembelajaran yang menarik dapat menyenorokkan murid dan murid akan
berminat untuk belajar di dalam kelas. Selain itu, perbincangan dalam
kelas juga memupuk sosialisasi murid supaya dapat berinteraksi antara satu
sama lain.
GC/050814/33-37
Guru C menilai kualiti guru pada masa kini dengan memberi pendapat bahawa :
Guru pada masa kini haruslah berpengetahuan dengan ilmu yang
terbaru
oleh

dan sentiasa melibat diri dalam pelbagai program yang dirancang


kementerian.
GC/050814/39-40

19

Guru C berharap supaya program latihan perguruan dapat :


Saya harap program ini dapat melahirkan guru yang berkualiti supaya
melahirkan generasi yang berilmu dan celik dalam teknologi.
GC/050814/43-44
Akhinya, guru C melihat masa hadapan pendidikan negara dalam memenuhi matlamat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan pandangan berikut :
PPPM dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia
dengan usaha yang berterusan serta memajukan negara agar dapat
bertanding dengan negara maju lain serta merealisasikan Wawasan
2020.
GC/050814/47-49

20

7.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, guru yang saya temu bual telah memberi maklumat yang
baru kepada saya untuk lebih memahami terhadap FPK da FPG. Saya berpendapat
bahawa guru merupakan komponen teras yang menentukan kejayaan pelaksaan
kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), di samping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan
negara. (Awang Had, 1998).
Bagi soalan kajian yang pertama, saya telah mendapati bahawa guru besar
SJK(C) Bekok telah menguasai ilmu dan kefahaman tentang FPK dan FPG. Beliau telah
menyatakan pendangan beliau tentang kepentingan FPK dan FPG. Beliau menyatakan
bahawa FPK dan FPG adalah satu panduan kepada warga pendidik di Malaysia dalam
melaksanakan sistem pendidikan. Beliau juga menyatakan guru merupakan komponen
utama dalam sistem pendidikan untuk melaksanakan dan menjayakan FPK. Sebagai
seorang pemimpin pentadbir dan pemimpin pengajaran di sekolah, beliau sentiasa
memastikan setiap guru melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab supaya dapat
menjayakan FPK dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Selain itu, bagi guru A yang saya menemubual, beliau juga faham tentang
kefahaman FPK dan FPG tetapi tidak jelas dengan terperinci semasa temu bual
dijalankan. Beliau menerangkan secara umum sahaja dan juga memberi beberapa
cadangan kepada saya Contohnya, beliau menyatakan bahawa seorang guru akan lebih
bersedia dalam menjalankan tugas. Sebagai seorang guru yang profesional, guru mesti
megajar dengan penuh bertanggungjawab. Selain itu, guru C juga menerangkan
pendapat beliau secara umum sahaja semasa temu bual dijalankan. Beliau menyatakan
bahawa guru akan lebih bersedia menerima perubahan dan sentiasa melakukan inovasi
supaya dapat menjayakan matlamat FPK dan FPG.
21

Selaras dengan itu, dalam soalan kajian yang kedua iaitu tentang penghayatan
tentang FPK dan FPG telah dijalankan dengan lancar. Guru besar mempunyai
kefahaman yang tinggi terhadap penghayatan tentang FPK dan FPG. Beliau
berpendapatan bahawa FPK adalah perlu dihayati kerana ini menjadikan satu
tanggungjawab sebagai seorang guru untuk membimbing murid supaya menjadi insan
yang baik dan segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan
sahsiah murid. Beliau menyatakan bahawa guru haruslah meminati bidang kerjaya guru
supaya dapat memahami intipati kandungan kursus pendidikan berlandaskan dengan
konsep FPK.
Di samping itu, saya juga menemubual dengan guru A untuk mendapat setakat
mana beliau menghayati tentang FPK dan FPG. Beliau menyatakan bahawa kerjasama
antara guru dengan murid adalah penting untuk menjayakan FPK. Hal ini kerana melalui
berhubungan yang mesra dan interkasi antara satu sama lain akan meningkatkan
kefahaman murid untuk menghayati tenatng FPK. Selain itu, guru C juga menghayati
tentang FPK kerana beliau menyatakan guru seharusnya sentiasa mengamalkan
tingkah laku yang baik supaya menjadi role modal kepada murid kerana sahsiah yang
baiak dapat mempengaruhi keseluruhan murid dalam kelas. Apabila guru menghayati
tentang FPK, tidak dinafikan bahawa murid juga akan mengikut jejak sifat guru yang
sentiasa menghayati FPK.
Seterusnya, soalan kajian yang ketiga adalah bagaimana guru mengamalkan
amalan pendidikan terhadap FPK dan FPG. Guru besar telah berpendapatan bahawa
pengajaran moral dan nilai-nilai amat penting dalam pembelajaran kerana ini dapat
membentuk moral budi pekerti yang dapat diterima oleh masyarakat selaras dengan
pegangan agama. Beliau juga

menyatakan seorang guru pelatih mesti diterapkan

dengan nilai-nilai estetika supaya dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja dengan
kehalusan budi yang mencerminkan keunggulan peribadi seorang guru. Amalan
pendidikan terhadap FPK dan FPG adalah penting dari semasa ke semasa supaya
pendidikan Malaysia dapat menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia serta
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharungi cabaran di tahap
yang tinggi.
Justeru, guru A juga menyatakan bahawa amalan ini haruslah diamalkan supaya
program latihan perguruan akan bertambah baik sesuai dengan pendidikan semasa,
22

sentiasa berubah dan sesuai latihan dengan situasi yang berlaku di sekolah. Guru C
juga menyatakan bahawa pembelajaran mesti menarik supaya dapat menyenorokkan
murid dan murid akan berminat untuk belajar di dalam kelas. Selain itu, perbincangan
dalam kelas juga memupuk sosialisasi murid supaya dapat berinteraksi antara satu
sama lain. Hal ini dapat memupuk amalan pendidikan terhadap FPK dan FPG dalam
kalangan murid bukan sahaja dalam kalangan guru.
Secara kesimpulannya, daripada kajian yang saya menlaksanakan, saya dapati
bahawa guru-guru di sekolah memahami, menghayati dan mengamalkan amalan
pendidikan terhadap FPK dan FPG. Falsafah Pendidikan Kebangaan dan Falsafah
Pendidikan Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem pendidikan
iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan bagi
peningkatan kualiti pendidikan negara. Peranan FPK dan FPG dalam oendidikan adalah
merupakan tunjang kepada semua aktiviti dan usaha pendidikan di negara kita. Ia
menekankan perkembangan individu yang menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.

23

8.0 Rumusan
FPK dan FPG merupakan asas yang menjadi panduan bagi sistem pendidikan di
Malaysia. Kefahaman terhadap kandungan FPK dan FPG semestinya akan memberi
kepuasan khususnya kepada warga pendidik itu sendiri dalam menunaikan amanahnya
kepada anak bangsa. Apabila seseorang pendidik itu memahami kehendak FPK dan
FPG, maka hasilnya adalah bangsa yang berjaya bukan sahaja dari akademiknya, maka
akhlaknya juga.
Selain itu, adalah amat penting seseorang guru itu mengikuti kehendak FPK dan
FPG dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ini kerana FPK itu
adalah panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia. Segala kelemahan yang dirasai
dalam menghayati FPK oleh guru haruslah diatasi bagi membolehkan ilmu yang
disampaikan isu terus kepada para pelajar tanpa ada rasa halangan bagi seseorang
pelajar itu menerima ilmu itu sekali gus mempraktikanya. Seseorang guru yang dapat
menghayati FPK dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik bakal mewujudkan
khalifah yang seimbnag dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di mana mereka ini
bakal menerajui dunia di masa yang akan datang dengan hikmah dan jayanya.
Di peringkat sekolah, peranan guru dalam merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif
kurikulum dan isi kandungannya bagi menentukan keperluan pelaksanaannya. Guru
perlu melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan juga penyediaan bahanbahan pelajaran, merancang dan melaksana pengajaran mengikut saranan kurikulum
serta

membuat

penilaian

bagi

mengenal

pasti

kekurangannya

untuk

tujuan

meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum. Selain itu, guru perlu


melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial bagi
kepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003).
24

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah menjadi landasan kepada sistem


pendidikan kebangsaan. Ia juga adalah gambaran cita-cita serta hala tuju kepada
semua usaha dan perjuangan rakyat negara ini melalui proses pendidikan. Semua
program dan aktiviti pendidikan adalah terbitan daripada prinsip-prinsip dan nilai-nilai
yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
9.0 Refleksi
Salam 1 Malaysia, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana
dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing dan rakan-rakan kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama.
Ketika mula-mula saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa agak
terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang tajuk yang terpaksa saya buat, ini
merupakan kali pertama saya mendengar dan belajar tentang tajuk ini. Oleh kerana
tajuk ini merupakan perkara baru bagi saya, saya telah mendengar dengan teliti apa
yang diterangkan oleh pensyarah serba sedikit tentang tugasan tersebut. Saya juga
membaca dengan teliti dan cuba memahami kehendak soalan agar menepati kehendak
soalan. Setelah memahami kehendak tugasan tersebut saya mula mencari dan
mengumpul bahan dari pelbagai sumber dan rujukan.
Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya dapat memahami kepentingan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Tugasan ini
merangkumi matlamat dan elemen-elemen yang ada di dalam FPK. Daripada
menemubual dengan guru-guru di sekolah SJK(C)Bekok, saya dapati bahawa guru-guru
tersebut memahami tentang FPK dan FPG. Saya telah mengumpul maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan FPK supaya memudahkan saya membuat kajian dan saya telah
mendapat banyak maklumat daripada guru-guru. Ini amat membantu saya semasa
menjalankan tugasan.
Selain itu, antara manfaat yang diperoleh daripada tugasan ini adalah saya dapat
mengamal dan menghayati prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
perkhimatan perguruan pada masa yang akan datang. Selaras dengan itu, saya dapat
faham tentang FPK dalam usaha mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial melalui aktiviti yang dicadangkan melalui
temu bual. Sebagai seorang guru, guru merupakan profesion yang bertanggungjawab
mendidik manusia. Tanggungjawab dan cabaran untuk menentukan hala tuju dan
25

kejayaan sistem pendidikan sebenar negara ke peringkat yang lebih tinggi terletak pada
bahu para guru. Oleh itu, melalui kajian ini, saya dapat lebih bersedia untuk menjadi
seorang guru dan mengenai peranan dan profesion keguruan dalam pembinaan negara
melalui FPK dan FPG.
Dalam tugasan yang kedua iaitu perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.
Saya dapati bahawa perkembangan sistem pendidikan Malaysia dibahagi kepada
beberapa peringkat, peringkat tersebut ialah perkembangan sistem pendidikan semasa
merdeka, selepas merdeka serta pendidikan semasa. Kita boleh nampak perbezaan
sistem-sietem pendidikan pada zaman merdeka ke zaman semasa merdeka ke zaman
kini. Melalui tugasan ini, saya dapat berpeluang mengenali sistem-sistem pada zaman
sebelum merdeka. Sebelum tokoh-tokoh tempatan melaksanakan sistem-sistem
pendidikan tempatan, British telah menjalankan sistem pendidikan mereka. Selepas itu,
daripada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh tokoh-tokoh pendidikan kita, taraf
pendidikan di negara semakin memaju dan meningkat sehingga ke hari ini. Pelbagai
langkah-langkah yang efektif telah dilaksanakan supaya pendidikan di negara kita dapat
bersaing dengan pendidikan negara lain serta menuju ke arah yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Kesimpulanya, saya berasa amat bangga kerana dapat melaksanakan tugasan
ini secara individu. Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu
lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga
pendidik yang perlu menguasai banyak perkara termasuklah ilmu dalam bidang
pendidikan. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan
manfaatkannya dengan baik sebaik mungkin. Akhir kata, sesungguhnya yang baik itu
datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

26

10.0 Rujukan
Abd. Fatah Hasan. 2001. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication and
Distributors.
http://akubudakmaktab.blogspot.com/2012/09/falsafah-pendidikan-guru-fpg.html
http://didikmalaysia.com.my/wp-content/uploads/PPPM-Ringkasan-Eksekutif_BM.pdf
http://www.scribd.com/doc/133817392/Asgmen-FPM-Sem-1-2012
http://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/penulisan-akademik
Hussein Hj. Ahmad. 1993. Pendidikan dan masyarakat:antara dasar, reformasi dan
wawasan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Norayati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2012).
Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati, A. R. (2012). Falsafah & pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, & Universiti Kebangsaan Malaysia. (1999). Isu-isu
pendidikan negara: Prosiding seminar kebangsaan. Bangi, Selangor Darul Ehsan:
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1985. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur:Heineman.

27

11.0 Lampiran
Gambar Sesi Temu Bual Dengan Guru Besar SJK(C) Bekok

Gambar Sesi Temu Bual Dengan Guru A

28

Gambar Sesi Temu Bual Dengan Guru C

29

Anda mungkin juga menyukai