Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(DPK)

Pendahuluan
   Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperluaskan lagi potensi
seseorang secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan juga
negara.
Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwujudkan sebagai satu usaha kerajaan untuk
meningkatkan lagi taraf pendidikan rakyat Malaysia. Falsafah Pendidikan bermaksud arah tuju, norma atau
pandangan yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal daripada
usaha berfikir secara rasional dan kritis, berteraskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dilaksanakan dalam laporan dan dasar pendidikan termasuk Rukun Negara (Mustapha, 2013). Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (1988) di dalam laman sesawang Gabungan Persatuan Guru-guru Cina Malaysia,
penggubalan Falsafah Pendidikan Negara dilakukan dengan penuh pertimbangan yang teliti merujuk kepada
Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan JK Kabinet 1979, Rukun
Negara, Prinsip-prinsip pendidikan, Matlamat pendidikan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.
   Berdasarkan pernyataan tersebut, dapat disimpulkan bahawa pendidikan di Malaysia bertujuan untuk
memperkembangkan potensi di dalam setiap individu secara keseluruhan. (Muhammad Nurfahmi Mohamed,
2011) menyatakan bahawa terdapat pelbagai potensi berbeza di dalam diri individu yang boleh di gilap. Ini
kerana, setiap makhluk yang diciptakan di atas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Namun usaha untuk mengembangkan potensi seseorang itu hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan
bergabung antara satu sama lain. Tujuan pengembangan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Kepentingan pengetahuan dan kemahiran tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada bakal-
bakal pendidik

Sebagai seorang bakal guru, memahami FPK dan DPK adalah sangat penting dalam  mencapai
matlamat untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada diri
sendiri, ahli keluarga dan juga masyarakat di samping pelajar yang mempunyai keseimbangan intelek,
rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Oleh itu, semua aspek di dalam FPK

1
adalah sewajarnya dititikberatkan dalam kesemua sistem pendidikan (Dzulkifli & Suhid, 2018). (Syahirah
Rosli, Siti Fairuz & Mohd Edyazuan, 2022) usaha  mendidik  merupakan  salah  satu  usaha  yang  amat
penting  untuk  meningkatkan   kualiti   hidup   insani. Tujuannya   adalah untuk   menyerlahkan   bakat   dan
keupayaan  diri  setiap  individu (Mohd  Yassin,  2017).

 Menurut Abu Ajip (1994) dalam (Nor, 2004), pendidik yang kreatif, cekap, bermotivasi tinggi dan
berhemah mulia diperlukan oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar sebagaimana matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apabila guru menjalankan tugasnya mengikut prinsip-prinsip yang
terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Negara, maka pelajar yang dilahirkan akan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, ianya dapat meningkatkan kepuasan bekerja serta prestasi guru
tersebut yang telah menjayakan FPK.
  
Selain itu, antara kepentingan ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kepada bakal-bakal pendidik adalah ia dapat melahirkan guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menunjukkan aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin ( _________) .Perkara ini justuru dapat mencapai dan merealisasikan 
matlamat Falsafah Pendidikan Guru iaitu menghasilkan warga pendidik yang berkualiti . Guru yang
berkemahiran juga dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan seperti kemajuan dalam k-ekonomi
dan ICT. Oleh itu, Potensi dan kebolehan ini perlu dikembangkan dan dimajukan sepanjang masa melalui
interaksi dengan persekitaran dan pendidikan bermutu.Usaha pemantapan ilmu pengetahuan dan kemahiran
juga perlulah lebih giat dilakukan oleh pihak berkuasa kepada bakal-bakal pendidik sebelum mereka
memasuki bidang perguruan secara rasmi seperti Kursus PGDE ini.
Sehubungan itu, proses pendidikan ini secara langsung merupakan kitaran hayat insan yang saling
memperlengkap dengan seluruh sistem yang wujud di persekitaran sosialnya. Melalui pendidikan, seseorang
insan itu akan terdidik dengan sifat-sifat kemanusiaannya. Azhar Hj. Wahid dan Zawawi Jahya (2009)
menyatakan bahawa pendidikan secara umumnya ialah perubahan ke arah menjadi insan yang baik atau
menjadi manusia yang baik sekaligus beradab.

       Tidak dapat disangkal lagi, perkembangan pendidikan ini merupakan perkara yang signifikan bagi
seseorang individu untuk saling melengkapi dengan segenap struktur yang sedia ada disekitarnya.
Berdasarkan pendidikan, individu itu akan terdidik hasil daripada fitrah kemanusiaannya. Azhar dan Zawawi
(2009) menerangkan tentang pendidikan secara keseluruhan adalah transformasi ke arah membentuk
individu yang berakhlak atau melahirkan manusia yang teratur sekaligus mempunyai adab. Seandainya
individu mempunyai pemahaman yang meluas berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ianya boleh
menjadi kaunter pertanyaan atau menjadi rujukan untuk menolong bakal pendidik mengetahui lebih

2
mendalam berkaitan sistem Pendidikan. Ianya juga sebagai bantuan untuk pendidik-pendidik semasa mereka
melakukan tugas-tugas pendidikan terutamanya di sekolah. Kecemerlangan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan banyak berpaut kepada seluas mana bakal pendidik mengetahui secara mendalam tentang
prinsip-prinsipnya dan melihat sejauh mana bakal pendidik ini menjadi insan yang kreatif dan inovatif
sewaktu menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Sternberg (2006) berpendapat tentang kreativiti
yang ditimbulkan oleh pendidik akan menjadi panduan kepada para pelajar bagi membina daya kreatif
secara tidak langsung. Bahkan, pendidikan dipandang begitu signifikan untuk menguasai daya kreatif
manusia itu sendiri berbanding unsur-unsur persekitaran lain (Niu & Sternberg, 2003).

Kesimpulannya, setiap unsur yang ada di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mempunyai
peranan dan kepentingan tersendiri untuk masyarakat khususnya bakal pendidik kerana ianya merupakan
panduan utama pendidikan di Malaysia. Penegasan yang disampaikan untuk melahirkan pembentukan modal
insan yang sejajar ialah dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana telah termaktub dalam
FPK. Maka, dasar pendidikan yang digubal dengan rapi perlu difahami oleh para pendidik atau guru agar
matlamat yang terkandung dalam FPK dapat direalisasikan. Oleh itu, guru perlu menjadikan segala yang
termaktub dalam FPK sebagai panduan dan pedoman. 

Faktor-faktor penentu kejayaan dan kegagalan berkaitan FPK dan dasar-dasar dalam pendidikan
kebangsaan 
      1) Faktor individu
        Kurangnya penghayatan seorang guru terhadap FPK akan memberi kesan kepada prestasi
pengajarannya kepada murid seterusnya ilmu yang disampaikan juga tidak akan mencapai objektif utama.
Hal ini akan menyebabkan objektif utama FPK dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani tidak akan tercapai. Ini kerana, guru merupakan komponen teras yang
menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), di samping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan
negara (Salleh, 1998). Apabila seorang guru itu memahami antara kehendak FPK di mana mewujudkan
pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi, maka usaha yang diberikan oleh guru itu bukanlah hanya
melepaskan batuk di tangga namun ianya adalah sebaliknya demi menjalankan amanah yang dipikul oleh
guru itu (Muhammad Nurfahmi Mohamed, 2011).
    Tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai tanggungjawab yang
perlu digalas oleh seorang guru sama ada ianya berkaitan akademik ataupun tidak. Selain daripada mengajar,
guru juga menjadi kaunselor untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang berada di bawah
seliaannya serta bertanggungjawab melakukan tugasan “perkeranian” seperti mengisi borang kesihatan

3
pelajar, kad maklumat pelajar, boring pinjaman buku teks dan sebagainya. Oleh itu, kefahaman terhadap
kandungan FPK semestinya akan memberi kepuasan khususnya kepada warga pendidik itu sendiri dalam
menunaikan amanahnya kepada anak bangsa (Muhammad Nurfahmi Mohamed, 2011).

2) Faktor sosial

       Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, faktor ini sangat penting untuk dititik beratkan supaya tidak
terdapat jurang perbezaan yang ketara diantara kaum-kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina dan India.
Keharmonian dan kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi ,bekerjasama dan hormat
menghormati antara satu sama lain.Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai
perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang
stabil.
          Dalam bidang pendidikan, sekolah merupakan perantaraan yang terbaik dalam merapatkan lagi
perpaduan di antara kaum. Program- program yang dilakukan di sekolah haruslah melibatkan semua pelajar
dari pelbagai kaum tanpa mengkhususkan kepada satu kaum sahaja.Maka, pihak yang terlibat dalam
menjalankan program- program ini haruslah lebih peka dalam mengatur setiap gerak kerja. Menurut
Reynolds (2001), guru dapat menyedarkan pelajar tentang kepentingan nilai, sikap dan budaya antara kaum
supaya mereka dapat mengatasi pelbagai isu perkauman yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan.
 
3) Faktor agama  
Selain itu, faktor agama iaitu islam merupakan agama yang diakui di negara kita. Sebagai rakyat Malaysia,
kita perlu menerima tentang kewujudan Tuhan dan mengakui Tuhan itulah yang mencipta manusia dan alam
ini. Namun begitu, agama-agama lain juga bebas untuk dianuti. Ciri-ciri agama yang mudah dilihat dan
diamalkan dari FPK iaitu “melahirkan individu yang selaras dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Mengikut Kementerian Pendidikan
Malaysia (1990) seseorang individu yang seimbang serta harmoni ialah mereka yang boleh melaksanakan
dan meluaskan ilmu  pengetahuan,  mempunyai budi pekerti  mulia, mempunyai kepercayaan  yang kukuh 
kepada  Tuhan,  daya fikiran yang  tenteram,  sihat  tubuh  badan,  amalan hidup bersatu padu dalam
masyarakat dan  cergas. Sebagai rakyat Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Ketuhanan dan kerohanian adalah tonggak utama dalam kehidupan dan paling bermakna dalam matlamat
tersebut.  Mempunyai budi pekerti mulia pula merupakan tingkah laku diri yang baik dan berasaskan
daripada nilai-nilai murni dan moral menjadi keperluan dalam kehidupan. Untuk menentukan kita hidup
dalam suasana kemasyarakatan yang aman dan makmur, nilai-nilai moral yang bagus amat penting bagi
mengecapi masa depan negara yang gemilang.
Pihak kerajaan boleh menekankan penerapan keagamaan ini di peringkat sekolah berdasarkan seluruh mata
pelajaran dan diperketatkan pula melalui aktiviti-aktiviti keagamaan. Contohnya adalah dengan melahirkan
4
dan mempraktikkan budaya sekolah yang lebih baik iaitu dimulai dengan alunan asmaul-husna dan bacaan
kalam suci Al-Quran satu muka surat setiap hari dan melaksanakan solat fardhu zohor ataupun asar secara
berjemaah. Murid-murid perempuan pula diminta untuk menutup aurat dengan sebaiknya. Ianya akan
memberi kesedaran kepada murid akan kewajipannya dalam menjaga nama agama dan kehormatan dirinya
sendiri. Secara tidak langsung, fenomena ini bakal mewujudkan pelajar-pelajar yang berketerampilan,
berbudi pekerti mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memenuhi kesejahteraan diri. 
      4) Faktor politik
       Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada
ideologi negara yang menjadi cerminan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan,
Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara yang sihat, pengaruh
politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan itu, matlamat
pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. 

       Antara usaha yang boleh dilaksanakan adalah 


Isu Kemerosotan kesihatan mental di kalangan pelajar sekolah.

      Kementerian Kesihatan Malaysia (Malaysia K. K., 2012) telah menjelaskan kesihatan mental sebagai
satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan  
tekanan   dengan   baik, dapat   bekerja   secara   produktif   dan   mampu menyumbang kepada masyarakat.
Bagi individu yang sihat mental, mereka cenderung untuk menjalani kehidupan dengan harmoni serta dapat
membentuk perhubungan yang baik dengan masyarakat dan persekitaran (Rozita, 2017). Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO, 2018), mendapati kira-kira  450 juta orang di seluruh dunia  dikesan mengalami
gangguan  mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan  gangguan bipolar.
      Menurut Laporan  Statistik  Tinjauan  Kebangsaan  Kesihatan  dan  Morbiditi  2017 (NHMS),  keadaan 
kesihatan  mental  semakin  membimbangkan  dalam  kalangan  anak  remaja. Statistik menunjukkan kes
bunuh diri dalam kelompok usia remaja menunjukkan peningkatan yang ketara sejak tahun 2012 (Malaysia
K. K.). Sementara itu, NHMS 2017 juga mendedahkan bahawa terdapat remaja berusia 13 hingga 17 tahun
yang mengalami masalah kesihatan mental. Menurut statistik, data yang telah direkodkan mendapati bahawa
satu  dalam  setiap  lima  orang  akan  mengalami  kemurungan (18.3%), manakala  dua  daripada setiap 
lima  orang tersebut  mengalami simptom  keresahan (39.7%) dan satu dalam setiap 10 orang mengalami
stres (9.6%).
       Menurut (Soon Mui Peng, 2021) beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan mental pelajar
antaranya yang telah dikenal pasti termasuk faktor tekanan akademik dan perubahan psikososial seperti
konflik dengan keluarga ataupun konflik interpersonal. Oleh itu, keadaan ini perlu dibendung dikalangan
pelajar supaya  ia  tidak  menjadi  teruk  kerana  sepatutnya  sebagai  seorang  pelajar  mereka  hanya  perlu

5
menumpukan perhatian hanya kepada pelajaran dan tidak perlu memikirkan perkara-perkara lain yang
boleh  menyebabkan pemikiran mereka  terganggu dengan  lain-lain perkara (Rosli Hamid, 2020).
 
 
Contoh Pelaksanaan Berkaitan Terkini Di Institusi 
      Maka, unit bimbingan dan kaunseling diwujudkan bagi menyelesaikan isu tersebut. Unit bimbingan dan
kaunseling sekolah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan untuk
memenuhi keperluan pelajar di sekolah terutamanya dalam empat kompenen iaitu perkembangan,
pencegahan , intervensi, serta pemulihan. Fokus kemudahan dan keperluan juga akan disediakan bagi
pembangunan sahsiah diri pelajar, peningkatan disiplin pelajar, pengurusan kerjaya pelajar dan psikososial
dan kesejahteraan mental murid menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Insan yang memikul
tugas-tugas ini adalah di kalangan Kaunseling Sekolah dan guru pembimbing bagi menyalurkan
perkhidmatan ini untuk murid-murid di sekolah samaada murid biasa mahupun murid daripada aliran
pendidikan khas. Selain itu, mereka juga berfungsi dan memainkan peranan penting dalam usaha
menyuburkan dan meluaskan lagi segala keupayaan serta kebolehan yang ada pada individu itu sewaktu dia
berada di sekolah.
       Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditulis di dalam buku Panduan
Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menetapkan beberapa prinsip. Prinsip-
prinsip yang telah ditetapkan antaranya ialah bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu proses
pendidikan, iaitu proses yang telah disediakan dengan teliti dan berlanjutan.. Murid-murid di biasakan untuk
menambahkan pengalaman, nilai, sikap dan tingkah laku yang serasi dengan jenis masyarakat yang pelbagai
di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan untuk semua murid bagi memperoleh peluang pertolongan
khidmat bimbingan ini tanpa menentukan sesuatu bangsa dan agama. Mereka mempunyai hak untuk
memiliki pertolongan ini apabila mereka berada dalam keadaan yang memerlukan terutama dalam masa
tertentu menuju proses perkembangannya.
    Justeru itu, Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu dipandang serius dalam menjalankan tugas
bersama terutama semasa mengendalikan program dan aktiviti bimbingan khususnya di sekolah. guru -guru,
pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan sebaya seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dan bekerjasama
untuk memberi pemberitahuan yang banyak kepada murid. Tuntasnya, guru bimbingan dan unit kaunseling
juga haruslah saling mengetahui diri murid-muridnya dan memahami murid tersebut meliputi semua aspek.

6
Rujukan

Dzulkifli, S. (2018). Pendidikan Islam Modal Insan OKU Muslim. Journal of Quran Sunnah Education &
Special Needs. Retrieved from https://doi.org/10.33102/jqss.vol2no2.17
Malaysia, G. P.-g. (n.d.). Falsafah Pendidikan Negara. Retrieved from
http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/edu_law/falsafah_pendidikan_negara.pdf
Malaysia, K. K. (2012). Masalah Kesihatan Mental di Malaysia. Retrieved from
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/
Kesihatan_Mental_Kesihatan_Fizikal.pdf
Malaysia, K. K. (2018). National Health And Morbidity Survey (NHMS) 2017. Retrieved from
https://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2017/NHMS2017Infographic.pdf
Muhammad Nurfahmi Mohamed, M. Y. (2011). Kemantapan Penghayatan Guru Terhadap Falsafah
Pendidikan Kebangsaan Asas Membangunkan Guru Cemerlang. Journal of Edupres, 271-278.
Mustapha, H. (2013). Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.
Niu, W., & Sternberg, R. J. (2003). Contemporary studies on the concept of creativity: the East & the West.
Journal of Creative Behavior, 36(4), 269-288. 
Nor, A. B. (2004). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru Dalam Bidang Kerja Teknik
dan Vokasional Berdasarkan Teori Maslow di Sekolah Akademik di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Tesis
Sarjana Muda.
Rosli Hamid, M. F. (2020). KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN DALAM
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA SETAR. Jurnal Kepemimpinan
Pendidikan, 30-34.
Rozita, M. S. (2017). Perbezaan Gender Tekanan Psikologikal dan Kesihatan Mental dalam Kalangan
Pelajar Prasiswazah. Jurnal Personalia Pelajar, 55-66.
Salleh, A. H. (1998). Latihan Perguruan untuk Sekolah Berkesan. Prosiding Seminar Kebangsaan JPGG,
Pendidikan Guru untuk Sekolah Berkesan.
Soon Mui Peng, S. S. (2021). KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK: PANDEMIK COVID-19: IMPAK
TERHADAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR. International Journal of Advance Research in Islamic
Studies and Education (ARISE), 98-108.
Syahirah Rosli, S. F. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangun
Modal Insan Bersepadu. (Integrating the National Education Philosophy (Falsafah Pendidikan
Kebangsaan-FPK) in Developing Integrated Human Capital), 87. Retrieved from
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17461/9175
Sternberg, R.J. . (2006). The nature of creativity. Creativity Research Journal , 18(1), 87-98.
WHO. (2018). Retrieved from Million With Mental Disorder Deprived of Treatment and Care:
https://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr37/en/

7
 

Anda mungkin juga menyukai