Anda di halaman 1dari 15

1

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

MBE10103 FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM PTV

TAJUK JURNAL KONSEP: PERANAN GURU TERHADAP FALASAFAH DAN DASAR-DASAR DASAR DASAR DALAM PEMBENTUKAN MURID BERKUALITI DALAM PTV

Pensyarah: EN. NOORAZMAN BIN ABD.SAMAD

Disediakan oleh: 1. 2. 3. 4. 5. JUHAIDAH BINTI JAMAL HANEE BINTI MUGIEN NUR ALYA SAFIA BINTI MANAN NURULHUDA BINTI TAHA AUNI ZHAFRAN BINTI MOHD NOR HB120079 HB120185 HB120188 HB120114 HB120134

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN....................................................................................2 ABSTRAK...............................................................................................3 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 PENGENALAN............................................................................3 PENYATAAN MASALAH............................................................5 OBJEKTIF KAJIAN.....................................................................7 PERSOALAN KAJIAN................................................................7 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN.........................................7 KAJIAN LITERATUR..................................................................8 6.1 6.2 6.3 7.0 8.0 Penguasaan Pengetahuan Guru.....................................8 Kemahiran Insaniah Guru................................................9 Sikap Guru......................................................................10

METODOLOGI..........................................................................12 JANGKAAN DAPATAN.............................................................13

RUJUKAN............................................................................................14

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, Pemurah, lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Dipanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana dengan izin dan limpahnya maka dapatlah kumpulan kami menyiapkan jurnal konsep ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Noorazman Bin Abd. Samad di atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang membina sepanjang pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Falsafah Pendidikan dalam PTV (MBE 10103).

Tidak dilupakan juga semua rakan seperjuangan yang sama-sama berjuang dan saling memberi tunjuk ajar, bantuan dan galakan dalam menempuh cabaran.

Akhir kata, semoga segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Peranan Guru Terhadap Falasafah dan Dasar-Dasar dalam Pembentukan Murid Berkualiti dalam PTV

ABSTRAK Artikel ini mebincangkan tentang kepentingan peranan guru PTV dalam melahirkan dan membentuk murid yang berkualiti dalam bidang PTV ini. Kajian ini tertumpu kepada tiga objektif utama iaitu mengenal pasti tahap penguasaan pengetahuan yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional, mengenal pasti sikap yang perlu ada dalam kalangan guru vokasional dan mengenal pasti kemahirankemahiran yang perlu ada dalam kalangan guru bagi pembentukan murid yang berkualiti di dalam PTV. Responden kajian ini terdiri daripada murid-murid yang bersekolah di Kolej Vokasional. Sampel kajian terdiri daripada 196 orang murid yang dipilih di 4 buah Kolej Vokasional (KV) di sekitar, Johor. Dapatan kajian primer (utama) iaitu soal selidik akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 17.0. Bagi menguatkan lagi kajian ini, penyelidik akan menggunakan dapatan kajian sekunder (sokongan) seperti temubual. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada guru vokasional mengenai kepentingan peranan guru dari segi penguasaan

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing disamping dapat mengamalkan sikap yang positif seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG). 1.0 Pengenalan Pendidikan dan pembinaan negara adalah berhubungan rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak mampu untuk dicapai. Dalam proses untuk membina sesebuah negara ia menuntut warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Rubiah, 1998). Para pendidik di zaman ultramoden ini perlu meningkatkan kepekaan terhadap persiapan perancangan dan pengurusan serta tindakan yang lebih rapi untuk menghadapi situasi dan kemelut yang sedang dan bakal dihadapi. Al Edrus (2001), menyatakan bahawa globalisasi adalah fenomena yang sedang dan akan berlaku di seluruh dunia tanpa ada negara yang terkecuali menerima pengaruh dan cabarannya. Justeru, dalam era globalisasi ini, organisasi pendidikan hendaklah bergerak seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh masyarakat

dinamik abad ke-21 bagi tujuan mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

FPK digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001). Justeru itu,

semua aktiviti pendidikan dan

persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul. Berikut adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihasilkan:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ( Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

Guru juga memikul tanggungjawab penting kepada sistem pendidikan negara kerana mereka adalah golongan pelaksana kepada dasar dan matlamat yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (Warnoh dan Norasmah, 2003). Situasi ini juga menunjukkan bahawa seorang guru itu memikul tanggungjawab yang berat untuk digalas dalam mendidik anak bangsa demi menacapai matlamat negara. Oleh itu, guru-guru perlu jelas akan amanah yang telah diletakkan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar segala ilmu dan moral baik yang diperoleh dapat disalurkan untuk kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan Negara selaras dengan FPK (Muhammad Norfahmi & Rohana, 2011). Oleh itu, dengan adanya profesionalisme perguruan ini adalah sebagai satu piawaian kepada guru untuk menentukan nilai- nilai kualiti yang

sepatutnya perlu dimiliki oleh seseorang guru seperti yang terkandung di dalam falsafah pendidikan perguruan:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

menyanjung

warisan

kebudayaan

negara,

menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada muridmuridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. 2.0 Penyataan Masalah

Anggapan tugas mengajar mudah dan remeh, tidak bersemangat, sentiasa murung dan bersikap acuh tidak acuh semakin meningkat di kalangan guru sejak akhir-akhir ini (Mohd Yusof, 2002). Guru bermasalah dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu bersikap negatif, sakit mental dan sakit fizikal. Sikap seperti malas, degil, berpakaian tidak kemas, melawan pentadbir, ponteng sekolah dan kelas, tidak berminat untuk mengajar, tidak menyediakan rancangan pengajaran, keluar waktu persekolahan atas urusan peribadi, sering mengambil cuti sakit sudah tentu memberikan kesan yang serius terhadap minat dan prestasi pembelajaran pelajar mereka.

Dapatan kajian Jamil (2002), menerusi sesi temu bual terhadap guru terlatih di Terengganu menjelaskan guru mulai bosan, tidak lagi berminat menjadi guru, tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan, mendapati ketidakadilan dalam pengurusan sekolah, berasa tidak mendapat apa-apa dengan jawatan yang di sandang setelah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih.

Selain kajian tentang sikap guru dan strategi yang diaplikasikan oleh guru, terdapat kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh guru. Salah satu masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak menguasai sukatan baru. Menurut Abdullah Hassan (2004), guru-guru menghadapi masalah mengajar kerana guru-guru tidak terlatih dalam sukatan baharu yang mengandungi kemahiran komunikasi interpersonal, kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK), dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran. Oleh sebab itu mereka menggunakan pengalaman dan maklumat peribadi dan tidak berdasarkan ilmu komunikasi interpersonal sebenar. Kemahiran-kemahiran ini tidak diajarkan sebagai kursus dalam pendidikan guru serta sudah tentu tiada kaedah mengajarnya.

Selain itu, kecerdasan emosi, kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, membuat pengitlakan dan kajian masa depan dalam kemahiran bernilai tambah tidak diberi fokus dalam pendidikan guru tetapi perlu diajarkan oleh guru di sekolah. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada guru-guru untuk mengajar kemahiran menulis berdasarkan sukatan baru dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Disamping itu, kejayaan pembelajaran pelajar amat bergantung kepada pengetahuan dan kefahaman guru. Oleh itu, pengetahuan pedagogikal kandungan dianggap paling penting kerana ia menekankan konteks amalan spesifik pengajaran dan pembelajaran serta dianggap sebagai intipati kepada pengetahuan guru. Namun, isu pengetahuan pedagogikal kandungan guru di negara ini sebenarnya telah dipersoalkan pelajaran. Ianya berlaku di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti kerana pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tidak diimbangi oleh penyediaan guru mata pelajaran yang terlatih. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan kepada guru di samping institusi pendidikan menawarkan kursus-kursus di peringkat universiti dan Institut Pendidikan Guru (maktab perguruan) tetapi jumlah mereka masih tidak mencukupi.

3.0 1.

Objektif Kajian Mengenal pasti tahap penguasaan pengetahuan yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional.

2. 3.

Mengenal pasti sikap yang perlu ada dalam kalangan guru vokasional. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam kalangan guru vokasional.

4.0 1.

Persoalan Kajian Apakah tahap penguasaan pengetahuan yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional bagi pembentukan murid berkualiti dalam PTV?

2.

Apakah sikap yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional untuk pembentukan murid berkualiti dalam PTV?

3.

Apakah kemahirankemahiran yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional untuk pembentukan murid berkualiti dalam PTV?

5.0

Kerangka Koseptual Kajian

Rajah 5.1 : Kerangka konseptual kajian

6.0

Kajian Literatur

6.1

Penguasaan Pengetahuan Guru

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan adalah datang dari penyampaian yang berkesan oleh seorang guru. Keberkesan P&P tersebut berkait rapat dengan pengetahuan dan penguasaan pengetahuan oleh guru. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Rohaty (2007) yang menyatakan bahawa seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri tertentu. Antaranya menguasai subjek yang diajar, memahami pelajar serta mempunyai ilmu asas pendidikan yang kukuh.

Menurut Shulman (1986) penguasaan pengetahuan guru dibina melalui lima peringkat iaitu kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian dan refleksi. Penguasaan pengetahuan akan bersifat dinamik kerana penguasaan pengetahuan guru akan bertambah apabila guru belajar, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang baik, melakukan kolaborasi dengan guru lain, mengikuti proses pembelajaran secara dekat dan berkongi pengalaman dengan guru lain (Ahmad Yunus & Ab.Halim, 2010).

Selain itu, kajian Shulman (1987), mengenalpasti terdapat tiga domain utama pengetahuan guru iaitu pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) dan pengetahuan kurikulum. Secara ringkasnya, penguasaan pengetahuan ini berkaitan dengan kebolehan guru mengubah kandungan kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang pelajar. Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan keupayaan guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi juga bergantung kepada kepada pengetahuan guru berkenaan dengan pedagogi yang berkaitan dengan subjek tertentu untuk pelajar yang khusus.

Dalam aspek pengusaan pengetahuan ini juga, Feiman-Nemser dan Buchmanm (1986) dan Remillard (1996) menyatakan, guru perlu fikirkan bagaimana hendak membina hubungan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama. Untuk membina hubungan ini, guru perlu memikirkan secara pedagogikal di mana guru perlu menimbangkan cara mengajar sesuatu mata pelajaran dari segi perspektif pelajar, guru sendiri dan dan isi kandungan subjek tersebut.

Di antara ciri penting dalam penguasaan pengetahuan juga, guru perlu bagaimana hendak mengajar topik yang spesifik yang dapat meningkatkan kefahaman konseptual pelajar (Grossman, 1990; Fernandez-Balboa & Stiehl, 1995; De Corte, Greer & Verschffel 1996). Shulman (1987) menyatakan, bagi sesuatu topik, penguasaan pengetahuan melibatkan beberapa aspek yang penting. Antaranya adalah analogi, contoh, penerangan dan demostrasi yang efektif. Selain itu, kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembetulan topik itu senang atau susah dan miskonsepsi pelajar tentang topik dan pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif juga merupakan aspek yang menentukan tahap penguasaan pengetahuan guru terhadap setiap subjek yang diajar. 6.2 Kemahiran Insaniah Guru

Kemahiran

insaniah

berkembang

melalui

proses

semulajadi

seperti

tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat Aman Zahiri, 2007). Kemahiran insaniah ini telah turut dibincangkan di semua peringkat sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun institusi pendidikan tinggi. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar.

Menurut Mok Soon Sang (2003), penggunaan dan penerapan kemahiran insaniah secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahirankemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Ahmad (2005) dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan, perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran insaniah. Antaranya, kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.

Universiti Teknologi Malaysia (2007) juga telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya

termasuklah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian mereka. Antara kemahiran tersebut adalah kemahiran

10

berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran menyelesaikan masalah kemahiran mengadaptasi, pembelajaran sepanjang hayat, nilai kendiri dan etika dan moral profesional.

Kemahiran dan pengetahuan yang wujud pada guru menjadikan mereka guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Penegasan ini dapat dilihat dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006) yang menyatakan peranan pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan2 mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Kesepaduan antara elemen-elemen kemahiran insaniah ini akan dapat melahirkan insan guru yang bijak berkomunikasi, bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran, serta berupaya menterjemahkan kemahiran insaniah ini untuk memberi sumbangan yang bermakna terhadap sekolah khususnya dan dunia pendidikan amnya (Rozanis, 2006). 6.3 Sikap Guru

Krisis profesionalisme keguruan dilihat begitu besar impaknya terhadap keperluan penyelidikan bagi mengenal pasti isu sebenar yang berkait dengan

profesionalisme keguruan di negara ini. Krisis profesionalisme keguruan perlu diberikan perhatian yang serius kerana guru merupakan agen utama sebagai pembentuk wajah kepimpinan dan pemacu pembangunan ekonomi negara (Awang Had, 1999). Guru dan mekanismenya perlu sensitif terhadap perkembangan semasa, khususnya ke arah pembentukan kepemimpinan negara, pengurusan pengajaran berkesan, latihan perguruan profesional, pengurusan sumber

pengajaran pembelajaran ke arah mencapai matlamat pendidikan dan wawasan negara (Ibrahim, 1995).

Dapatan kajian telah menunjukkan ramai guru yang mengalami suasana kerja yang tertekan dan hilang minat terhadap profesion keguruan adalah akibat

11

masalah ini (BPG, 1998). Guru tidak dapat berfungsi dengan profesional sekiranya bekerja dalam keadaan yang tertekan, apatah lagi jika guru menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan terakhir (Smith, 1993; Girdano et al., 1993). Guru yang sering hilang tumpuan semasa bertugas akan gagal menikmati kepuasan bekerja dan sudah pasti akan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada profesion keguruan (Siti Taniza, 2002; BPPDP, 1998; BPG, 1998). Tanggapan negatif ini semakin serius dengan sikap guru sentiasa cuai minda, tidak kreatif dan inovatif (Langer, 1997; Othman, 2000).

Guru sedemikian akan melaksanakan tugas pengajaran secara automatik dan tidak berfikir secara aktif. Implikasinya, tugas pengajaran menjadi rutin dan terus lalai dengan tugas tersebut tanpa sebarang pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, sesetengah guru hanya mempunyai satu konsep dalam menangani pelbagai cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini menjelaskan seolah-olah terdapat satu kaedah penyelesaian sahaja bagi menangani pelbagai cabaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar mereka. Sistem pendidikan dan program latihan perguruan yang dilaksanakan harus berubah mengikut peredaran zaman (Thornburg, 1997).

Menurut Othman (2000), generasi muda bakal berhadapan fenomena negatif sekiranya aspek ini diabaikan. Dalam era globalisasi, guru harus berubah dan membentuk kefahaman baru tentang impak kemajuan teknologi terhadap masyarakat, membantu pelajar menggunakan teknologi di samping guru berusaha meningkatkan keterampilan mengaplikasikan teknologi dan menolak perasaan ragu-ragu terhadap teknologi tersebut.

Menurut Tajul Arifin et al., (1992), proses mengeksploitasi profesion keguruan menjadi begitu penting bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan merupakan instrumen untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dalam era globalisasi. Bagi membolehkan program latihan perguruan melaksanakan tanggungjawab tersebut, pelaksanaan dan pengisian program pendidikan di IPTA harus mampu menangani pembangunan bakal guru melalui intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial secara bersepadu seperti mana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Hishammuddin (2005), hanya guru yang profesional mampu melahirkan pelajar cemerlang dan aspek ini perlu dalam proses pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia. Negara tidak akan berjaya

12

melahirkan modal insan berminda kelas pertama, sekiranya usaha merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia tidak tercapai (Mohd Fuad, 1997). 7.0 Metodologi

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif dan juga kualitatif. Instrumen utama yang akan digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik selaku instrumen pengumpulan data primer dan disokong oleh pengumpulan data sekunder iaitu temubual.

Instrumen borang soal-selidik akan dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 17 dan akan dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Bahagian A : Pilihan Ya atau Tidak 2. Bahagian B : Skala Likert 3. Bahagian C : Soalan Terbuka

Bagi menguatkan lagi kajian ini, penyelidik akan menggunakan dapatan kajian sekunder (sokongan) seperti temubual. Terdapat dua kaedah temubual yang akan digunakan oleh pengkaji iaitu: 1. Temubual Tidak Berstruktur

Pengkaji menemubual responden dengan suatu ransangan umum, responden digalakkan memberi respons secara bebas, soalan-soalan lanjutan dirangka mengikut keperluan semasa temubual dijalankan. 2. Temubual Separa Berstruktur Temubual jenis ini adalah gabungan antara temubual tidak berstruktur dan berstruktur. Soalan-soalan yang disediakan dan ditujukan kepada responden adalah terbit daripada temubual tidak berstruktur yang telah dijalankan sebelum ini. Pengkaji ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara dengan berdasarkan soalan yang disediakan. Namun, masih lagi mengutarakan soalan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden.

Responden kajian ini terdiri daripada murid-murid yang berada di dalam aliran vokasional. Sampel kajian ini mensasarkan seramai 196 orang murid di Kolej

13

Vokasional (KV) yang terpilih. Dalam kajian ini, pengkaji juga akan menemubual guru-guru vokasional untuk dijadikan sokongan dalam data sekunder untuk kajian ini. Kajian ini akan dijalankan di 4 buah Kolej Vokasional sekitar Johor iaitu:

1. Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor. 2. Kolej Vokasional Kluang, Johor. 3. Kolej Vokasional Segamat, Johor. 4. Kolej Vokasional Muar, Johor. 8.0 Jangkaan Dapatan

Melalui kajian ini, pengkaji menjangkakan agar dapat mengetahui tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru vokasional terhadap pembentukan murid yang berkualiti dalam PTV. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan pengetahuan yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional, mengenal pasti sikap yang perlu ada dalam kalangan guru vokasional dan mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam kalangan guru bagi pembentukan murid yang berkualiti di dalam PTV. Pengkaji berharap agar melalui kajian ini, akan dapat mengenal pasti guru-guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi serta sikap yang positif untuk mengeluarkan murid yang berkualiti. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat membantu pihak tertentu terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti guru dari aspek penguasaan pengetahuan, kemahiran dan sikap seseorang guru

14

RUJUKAN

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999), Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Yusoff Bin Harun. Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kertas dibentangkan di International Forum on Vocational Technical Education, Hangzhao, China.17 20 Nov 2008.

Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa. (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi Kedua. Universiti Pertanian Malaysia: Serdang

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai