Anda di halaman 1dari 31

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 10503) TUGASAN 1 (KUMPULAN)

BAB 4: PENERBITAN VIDEO PENGAJARAN PTV

AHLI KUMPULAN : NOR AZLIN BINTI NAIM HB120038

JUHAIDAH B NTI JAMAL HB120079 HARITH BIN HASSAN HB120126

NAMA PENSYARAH: EN. HAIRUDDIN BIN HARUN

4 APRIL 2013 1

ISI KANDUNGAN
BAB 4 PERKARA Penerbitan Video Pengajaran PTV 4.0 4.1 Pengenalan Penulisan Skrip 4.1.1 Elemen Elemen Dalam Penulisan Skrip Video Untuk Proses Penyuntingan dan Penerbitan Video 4.2 Pengendalian Kamera Video 4.2.1 Saiz Penggambaran 4.2.1.1 4.2.1.2 4.2.1.3 4.2.2 Long Shot (LS) Medium Shot (MS) Close-up 6 6 6 6 7 7 7 8 8 10 10 10 11 11 11 12 12 23 23 23 23 24 26 29 MUKA SURAT 1 1 3 5

Arah/Sudut Penggambaran 4.2.2.1 4.2.2.2 4.2.2.3 Penggambaran Sudut Paras Mata Penggambaran Sudut Rendah Penggambaran Sudut Tinggi

4.2.3

Teknik Teknik Penggambaran Bergerak 4.2.3.1 4.2.3.2 4.2.3.3 4.2.3.4 4.2.3.5 4.2.3.6 Teknik Panning Teknik Telting Teknik Trucking Teknik Dollying Teknik Zooming Teknik Arcing

4.3 4.4

Teknik Arcing Grafik Video 4.4.1 4.4.2 Apa Itu Grafik Kategori Grafik 4.4.2.1 4.4.2.2 4.4.3 Bitmap Vektor

Penggunaan Grafik Dalam Produk Multimedia

Rujukan

BAB 4 :

PENERBITAN VIDEO PENGAJARAN PTV

4.0

PENGENALAN

Penerbitan video merupakan suatu bidang yang menarik. Penggunaannya mat meluas di dalam bidang penyiaran, hiburan, pengiklanan, penjualan, propaganda, pengumuman dan juga pendidikan. Terdapat bebeapa kelebihan yang boleh diperolehi jika menggunakan video di antaranya ialah :

i. Senang dirakam ii. Boleh terus ditayangkan selepas dirakam iii. Boleh dimainkan berulang kali

Penerbitan video mengabungkan pelbagai unsur audio dan visual yang memerlukan daya kretiviti untuk menghasilkan video yang menarik dan berkualiti. Audio bermaksud salah satu media yang boleh digunakan untuk membantu dalam menyampaikan maklumat melalui penggunaan video. Ini adalah kerana penggunaan video bukan hanya melibatkan deria penglihatan tetapi melibatkan deria pendengaran. Manakala visual pula menggunakan deria penglihatan yang memparkan illustrasi gambar bagi membantu tayangan video.

Gabungan audio dan visual merujuk kepada skrip video yang telah dihasilkan. Oleh itu, dalam proses untuk menerbitkan video memerlukan kemahiran asas pengendalian peralatan seperti kamera video, rakaman suara, rakaman foto serta penyuntingan audio dan video. Tanpa kemahiran yang tinggi maka akan timbul kerumitan semasa mengendalikan peralatan-peralatan ini dengan teknik yang betul.

Berikut adalah langkah-langkah dalam proses penerbitan video :

Mula

Menulis skrip video Tidak Skrip Siap? Ya Kumpul material seperti audio, gambar, animasi, teks dan lip video Tidak

Material cukup? Ya Proses Penyuntingan

Proses Penerbitan Video

Tamat

Rajah 4.0 : Langkah-langkah dalam proses penerbitan video

4.1

PENULISAN SKRIP

Sebelum penggambaran dilakukan adalah penting untuk membuat perancangan menyeluruh yang meliputi pelbagai aspek. Perancangan bermula daripada pemilihan topik, pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan topik, penulisan skrip video dan merangka jalan cerita.

Penulisan skrip merupakan aktiviti utama yang perlu dilakukan dalam proses penerbitan video. Ini adalah kerana skrip dijadikan sebagai panduan semasa menghasilkan video. Skrip merupakan suatu bentuk perancangan yang menerangkan tentang sesuatu peristiwa, cerita, rencana atau dokumentasi yang terkandung di dalam klip video. Ia terdiri daripada susunan audio dan visual. Ia ditulis dalam bentuk jadual seperti berikut:

Bil.

Masa Gambar / Animasi

Visual Teks Kesan bunyi/ Audio

Audio Narrator Penerangan Audio/Visual

Keterangan :

1. Bil

: Merujuk kepada bilangan item yang terdapat di dalam klip video.

2. Masa : Jangkamasa bagi setiap item. Biasanya dinyatakan dalam bentuk Saat. 3. Visual : Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : i. Gambar/ Animasi : merujuk kepada gambar statik, animasi dan klip video. ii. Teks : merujuk kepada teks yang dipaparkan di dalam visual.

4. Audio : Terbahagi kepada 2 bahagian: i. Kesan bunyi/ audio : merujuk kepada kesan khas, muzik latar dan suara latar. 5

ii. Narrator : merujuk kepada ucapan bagi suara latar. 5. Penerangan Audio/Visual : Bahagian ini menerangkan secara terperinci tentang audio dan visual yang terdapat di dalam penerbitan video.

Berikut adalah panduan untuk menulis skrip video :

PERTAMA: Masa tayangan perlu ditentukan

KE-2: Skrip mesti ditulis sendiri

Ke-5: Setiap keterangan atau ulasan cerita hendaklah menggunakan bahasa pertuturan

PANDUAN MENULIS SKRIP VIDEO

KE-3: Skrip mesti ditulis dengan jelas dan tersusun supaya mudah dibaca dan dirujuk.

Ke-4: Gunakan bahasa yang formal Rajah 4.1 : Panduan untuk menulis skrip video

4.1.1

ELEMEN-ELEMEN DALAM

PEMULISAN

SKRIP

VIDEO

UNTUK PROSES

PENYUNTINGAN

DAN

PENERBITAN VIDEO PENULISAN SKRIP VIDEO

AUDIO

RENTETAN CERITA

VISUAL

MUZIK LATAR

KESAN BUNYI

SUARA LATAR

GAMBAR

ANIMASI

KLIP VIDEO

TEKS

PROSES PENYUNTINGAN

PENERBITAN VIDEO

4.2

PENGENDALIAN KAMERA VIDEO

Pengendalian kamera video untuk penggambaran melibatkan 3 perkara utama: 1. Saiz penggambaran 2. Arah/ Sudut penggambaran 3. Teknik-teknik penggambaran bergerak

4.2.1

Saiz Penggambaran Terdapat pelbagai jenis saiz penggambaran yang boleh digunakan semasa rakaman video. Di antara yang paling utama Long Shot, Medium Shot dan Close-up.

4.2.1.1

LONG SHOT (LS) Dipanggil juga sebagai establishing shot. Untuk penggambaran Long Shot, setkan zoom lens kepada wide atau secara fizikalnya jauhkan kamera video daripada subjek semasa rakaman. Oleh itu, pandangan disekeliling sesuatu objek adalah luas. Biasanya digunakan dipermulaan sesuatu segmen supaya penonton dapat gambaran tentang sesuatu program.

4.2.1.2

MEDIUM SHOT (MS) Medium shot mewakili separuh dari ketinggian manusia iaitu sehingga ke paras pinggang. Medium shot biasanya digunakan di dalam program televisyen yang berunsurkan talk show dan game show.

4.2.1.3

CLOSE-UP Close-up memaparkan wajah seseorang sehingga paras bahu dengan jarak dekat. Ia sesuai digunakan jika seseorang ingin menyatakan sesuatu yang penting atau menyampaikan sesuatu dengan emosi yang tertentu. Penonton akan memberi lebih tumpuan pada subjek yang dirakam secara close-up.

4.2.2

Arah / Sudut Penggambaran Terdapat 3 jenis arah/sudut penggambaran pengendalian kamera video iaitu penggambaran sudut paras mata, penggambaran sudut rendah, penggambaran susut tinggi.

4.2.2.1 Penggambaran sudut paras mata Cara-cara untuk mengendalikan kamera video ialah : Letakkan kamera video di atas bahu kanan Pegang kamera video dengan kuat menggunakan kedua-dua belah kanan. Dekatkan mata kiri atau kanan pada eyecup. Sekiranya penggambaran dilakukan secara bergerak

pastikan bahawa kedua-dua mata digunakan. Jangan biarkan sebelah mata sahaja yang digunakan. Ini bertujuan supaya anda tahu apa yang sedang berlaku di persekitaran semasa penggambaran dilakukan. Untuk penggambaran yang lebih menyenangkan dan stabil, anda digalakkan untuk menggunakan tripod.

4.2.2.2 Penggambaran sudut rendah Cara ini digunakan untuk penggambaran subjek yang berada di paras yang rendah. Letakkan kamera video di paras yang sama seperti subjek tersebut. Oleh itu, anda perlu mengubahsuai viewfinder bersesuaian dengan kedudukan kamera video. Pastikan anda memegang kamera video dengan betul. Jika tidak gambar yang dipaparkan pada viewfinder tidak dapat dilihat dengan jelas dan kemungkinan gambar menjadi goyang.

4.2.2.3 Penggambaran sudut tinggi Penggambaran dilakukan dari kedudukan yang tinggi. Cara ini amat memenatkan kerana anda perlu mendongakkan kepala anda semasa penggambaran dijalankan. Ubahsuai viewfinder agar anda dapat melihat subjek yang dirakam. Cara ini boleh digunakan jika terdapat halangan semasa penggambaran dijalankan. Sebagai contoh, anda ingin merakamkan perbarisan semasa perarakan Hari Kebangsaan. Anda tidak dapat merakamkan peristiwa tersebut kerana dihalang oleh orang yang berada di bahagian hadapan anda. Oleh itu, anda boleh menggunakan teknik ini semasa rakaman.

10

Berikut adalah arah/sudut yang biasa digunakan di dalam penggambaran pengendalian kamera video :

HIGH ANGLE / BIRD EYE

HIGH/EYE ANGLE

MEDIUM ANGLE

LOW ANGLE/ FROG EYE VIEW

R Rajah 4.2.2 (a) : Jenis-jenis arah/ sudut penggambaran pendendalian kamera video

11

4.2.3

Teknik-teknik Penggambaran Bergerak

TEKNIK TRUCKING

TEKNIK PANNING

TEKNIK ARCING

TEKNIK-TEKNIK PENGGAMBARAN BERGERAK

TEKNIK ZOOMING

TEKNIK TILTING

TEKNIK DOLLYING

4.2.3.1 Teknik Panning Melibatkan pergerakan di bahagian hadapan kamera video secara melintang (horizontal) . Gerakkan bahagian hadapan kamera video sama ada ke kiri (Pan Left) atau ke kanan (Pen Right) dari kedudukan asalnya. Pergerakkan kamera video hendaklah dilakukan secara perlahan-lahan.

4.2.3.2 Teknik Tilting Melibatkan pergerakkan di bahagian hadapan kamera video secara menegak (Vertical). Gerakan bahagian hadapan kamera video sama ada ke atas (Tilt Up) atau ke bawah (Tilt Down) dari kedudukan asalnya.

12

Gerakan kamera video secara perlahan-lahan. Pergerakan yang laju boleh menyebabkan subjek yang dirakam menjadi kabur.

4.2.3.3 Teknik Trucking Dipanggil juga sebagai teknik tracking. Pergerakkan ini melibatkan perherakkan kamera video secara selari dengan pergerakkan subjek yang dirakam. Pergerakkan kamera video sama ada ke kiri atau ke kanan dari kedudukan asalnya bergantung kepada pergerakkan subjek yang dirakam. Dalam teknik ini pengendali kamera video akan bergerak seiring dengan subjek sambil memegang kamera video manakala posisi bahagian hadapan kamera tidak bergerak. Contoh penggambaran: bayangkan seseorang sedang berjalan. Anda akan berjalan seiring dengannya sambil mengendalikan kamera video untuk merakamkan pergerakkannya.

4.2.3.4 Teknik Dollying Melibatkan pergerakkan kamera video menghampiri atau menjauhi subjek yang dirakam. Terbahagi kepada 2 jenis : 1. Dolly in - semasa rakaman video kamera digerakkan ke hadapan menghampiri subjek yang dirakam. 2. Dolly out - semasa rakaman video kamera digerakkan ke belakang menjauhi subjek yang dirakam. Untuk memudahkan penggambaran letakkan kamera video di atas sebarang platform yang boleh bergerak atau beroda seperti dolly.

4.2.3.5 Teknik Zooming Teknik ini merupakan salah satu cara untuk melakukan rakaman tanpa menggerakan video kamera. Ia melibatkan penggunaan zoom lens yang terdapat pada video kamera. 13

Terbahagi kepada 2 iaitu : 1. Zoom in menghasilkan rakaman dalam bentuk close-up iaitu jarak yang dekat. 2. Zoom out menghasilkan rakaman dalam bentuk long shot dan ia bergantung kepada jarak antara subjek yang dirakam dengan video kamera. Semasa menggunakan teknik ini video kamera tidak bergerak tetapi gambar subjek yang dirakam menjadi kecil atau besar memenuhi skrin viewfinder bergantung kepada pelarasan zoom lens.

4.2.3.6 Teknik Arcing Semasa penggambaran, video kamera digerakkan mengelilingi subjek. Video kamera digerakkan sama ada dalam bentuk bulatan atau seni bulatan. Untuk mendapatkan gambar yang baik dan lancar, letakkan video kamera di atas tripod atau sebarang platform yang boleh bergerak agar video kamera mudah dikawal. Sebagai contoh, anda ingin merakamkan setangkai bunga yang terdapat di dalam sebuah pasu. Anda akan mengelilingi pasu untuk mendapatkan gambaran setiap sudut bunga yang terdapat di dalam pasu tersebut.

4.3

SUNTINGAN DAN ADUN SUARA

Proses suntingan ialah proses memotong, menampal dan melakukan transisi secara tidak linear ke atas video bagi membolehkan pengguna menghasilkan kreativiti ke atas video. Untuk melakukan kerja-kerja penyuntingan ini, perisian suntingan video diperlukan.

Perisian professional masa kini menawarkan lebih daripada kemudahan suntingan asas. Perisisan suntingan video yang biasa digunakan ialah Adobe Premiere Pro, Avid Cinema, Avid McXpress, Final Cut Pro, Sony Vegas, 14

Pinnacle Studio, Ulead Video Studio dan lain-lain lagi. Pesekitaran kerja suntingan video adalah berasaskan timeline supaya penonton dapat melihat pergerakan video dari mula hingga akhir.

Walau bagaimanapun, dalam modul ini, penyuntingan hanya terhad kepada penyuntingan yang paling mudah iaitu menerusi Windows Media Maker. Ia bertujuan untuk membantu dan memudahkan tugas guru dalam pengajarannya. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menggunakan perisian ini:

LANGKAH 1

15

LANGKAH 2:

16

LANGKAH 3:

17

LANGKAH 4:

18

LANGKAH 5:

19

LANGKAH 6 :

20

LANGKAH 7:

21

LANGKAH 8 :

22

LANGKAH 9:

23

LANGKAH 10:

24

4.4

Grafik Video

4.4.1

Apa itu grafik

Grafik

merupakan

antara

media

paling

utama

digunakan

bagi

memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi multimedia, juga sebagai sumber penyampaian maklumat yang brkesan. Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang , kandungan maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk multimedia. Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal. Grafik disimpan di dalam pelbagai fail format dan boleh menampung saiz yang berkualiti serta penggunaan pelbagai aplikasi.

4.4.2

Kategori Grafik

Grafik berkomputer terbahagi kepada dua: o Bitmap. o Vektor

4.4.2.1 Bitmap

Bitmap dikenali dengan rupatitik (a grid of dot) yang sangat kecil sama ada hitam putih, gray atau warna bagi setiap pixels (zero or one). BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk 25

memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar. Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima format fail ini.

4.4.2.2 Vektor

Vektor berfungsi sama ada boleh dibesarkan atau dikecilkan, dilukiskan semula, atau apa saja tanpa merosakkan keadaan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, rupa geometrik, organik yang

berlandaskan(mathematical equations) walaupun dengan resolution yang rendah, kerana fail verktor bergerak bebas. Format grafik yang kerap digunakan antaranya ialah: i) JPEG (Joint Photographic Expert Group) Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF. Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.

ii)

EPSF (Encapsulated PostScript File) File ini merupakan satu imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ianya yang membenarkan data PostScript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka 26

sama ada dalam Macintosh atau MS-DOS atau sistem yang lain.

iii)

RIP (Raster Images Processor) Satu alat yang telah diprogramkan bagi menterjemahkan arahan yang terdapat dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bitmap) yang digunakan untuk percentakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi file

RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.

iv)

TIFF (Tagged Images Processor) TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporationpada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.

v)

PICT PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaituMacDraw. Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video 27

digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.

vi)

WMF (Windows Metafile Format) Format ini digunakan bersama-sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya

clipart. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.

4.4.3

Penggunaan Grafik Dalam Produk Multimedia

Di dalam produk multimedia, grafik digunakan sebagai: Penyampaian maklumat (deliver information) Latarbelakang bagi sesuatu aplikasi Alat kawalan dalam aplikasi (navigation)

Berikut merupakan sebahagian garis panduan serta perkara yang perlu diberi perhatian semasa menggunakan grafik di dalam membangunkan produk multimedia.

Pilih format/kategori grafik yang sesuai dengan kehendak kerja Imej Bitmap saiz yang besar , sukar untuk diubahsuai. Imej Vektor Saiz fail kecil, mudah diubahsuai

Mudah dihasilkan dengan menggunakan Memerlukan kepakaran atau skil melukis perkakasan tertentu seperti scanner, kamera untuk menghasilkannya digital dan sebagainya Sesuai untuk memaparkan imej dalam Sesuai untuk carta, graf, dan diagram kualiti yang realistik 28

Pilih perisian grafik yang betul Imej Bitmap Imej Vektor

Aplikasi yang digunakan untuk menghasil Aplikasi yang digunakan untuk menghasil serta meminda imej vektor dikenali serta meminda imej bitmap dikenali

aplikasi lukisan (drawing) atau computer aplikasi painting. aided design (CAD) Contoh: Adobe Illustrator, Autocard dsb. Contoh: CorelDRAW, Adobe Photoshop,

Pilih kedalaman warna yang minimum serta bertepatan dengan kehendak aplikasi o Guna kedalaman warna imej yang berpadanan bagi memastikan sistem komputer mampu memaparkan setiap imej yang dibina dengan cepat dan tepat kepada pengguna (end user).

Tetapkan sistem penghantaran (Delivery System) dengan betul o Masalah dihasilkan yang dihadapi sekiranya sesuatu imej

menggunakan warna

yang maksimum

(Cth:16 juta warna ). Imej tidak mampu dipaparkan dengan tepat pada komputer yang piawaian warna dan resolusi rendah (Cth:16 warna dan resolusi 640x480). o Oleh itu, grafik(imej) yang hendak digunakan mestilah sesuai dan boleh digunakan pada komputer(sistem penghantaran) yang berkeupayaan rendah.

29

Gunakan imej jenis bitmap bagi kualiti dan kemudahan perpindahan o Imej bitmap mudah dipindah menerusi medium storan dan talian telekomunikasi dengan mudah tanpa merosakkan kualiti imej. o Ia juga mudah untuk ditukar format dari satu format ke format yang lain dengan menggunakan perisian grafik. Kebanyakan perisian bahasa

gubahan(authoring program) boleh menerima format bitmap

Gunakan imej vektor yang boleh diterima oleh perisian bahasa gubahan o Tidak semua perisian bahasa gubahan boleh menerima format-format fail jenis vektor. o Imej jenis vektor yang diterima secara meluas sebagai piawai (standard imej vektor) ialah imej berformatkan Computer Graphics Metafile (CGM) dan Windows Metafile Format(WMF).

30

RUJUKAN

Baharuddin Aris, Jamalludin Hj Harun, Noraffandy Yahya dan Zaidatun Tasir (2000). Teknologi Pendidikan: Modul Pembelajaran. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan.

Burrows, T.D., Foust, J.C., Gross, L.S. and Wood, D.N. (2001). Video Production Disciplines And Technique. Eight Edition, United States of America : McGraw-Hill.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, D.J. and Smaldino, S.E. (1996). Instructional Media And Technologies For Learning. Fifth Edition. New Jersey : Prentice Hall.

Valmont, W.J., (1995). Creating Video For School Use. United States of America : Allyn and Bacon.

Institut Usahawan Muda Dan Nuru Lintas Sdn. Bhd ( ). Kamera Video Pengenalan, Teknik Penggurusan Dan Praktikal. Kuala Lumpur : Manual. Tidak diterbitkan..

31

Anda mungkin juga menyukai