Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


JLN USJ 6/3, 47610 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
KURSUS ROBOTIK UNTUK MURID
(BASIC ANDROID SUMO ROBOTS & PROGRAMMING)

DISEDIAKAN OLEH :
NURUL WAHEEDAH BINTI YAACOB
PENYELARAS KEBITARAAN KOKURIKULUM (ROBOTIK)
1.0 TAJUK KERTAS KERJA

KURSUS ROBOTIK UNTUK MURID


(BASIC ANDROID SUMO ROBOTS & PROGRAMMING)

TARIKH : 13 APRIL 2016


TEMPAT : MAKMAL BESTARI (1)
MASA : 2:30 PETANG HINGGA 3:30 PETANG

2.0 PENDAHULUAN
Kursus robotik merupakan salah satu cadangan aktiviti yang telah diluluskan
dalam RFP bagi kebitaraan robotik 2016. Dengan bantuan kewangan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia, kursus ini diharapkan dapat membantu
meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang robotik. Ahli – ahli kelab
robotik 2016 adalah murid yang menjadi sasaran untuk mengikuti kursus ini.
Kursus ini memberi fokus terhadap pembinaan bahan dan memprogramkan
sistem. Dengan adanya kursus seumpama ini diharap dapat memantapkan
skill dalam pemasangan robot. Bagi merealisasikannya mereka diberi peluang
untuk mengikuti kursus selama dua jam di mana ia dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu binaan dan programming. Diharapkan percambahan minda
daripada bimbingan jurulatih bidang robotik dapat membantu murid
melangkah ke era baru dan futuristik bagi. Justeru itu, kursus seumpama ini
sangat sesuai dilaksanakan.

3.0 RASIONAL
Kursus ini diadakan secara rasionalnya untuk meningkatkan pengetahuan dan
minat murid-murid dalam bidang robotik . Kebanyakan murid berminat tetapi
aktiviti hands on secara individu sukar diajalankan kerana kekangan
kekurangan kit/set robot. Lantaran itu dengan adanya kursus ini murid dapat
belajar membina , memasang dan memprogramkan robot secara individu.
Murid-murid juga memerlukan bimbingan khusus daripada pakar
pembimbing bidang robotik demi meningkat daya kreativiti yang sedia ada.
Melalui kursus ini murid-murid didedahkan dengan binaan robot dan internal
program, di mana robot yang dihasilkan nanti dapat digunakakan untuk
kehidupan seharian.

4.0 MATLAMAT
Untuk meningkatkan bilangan murid yang berkemahiran dalam bidang robotik,
khususnya dalam binaan dan pemprograman robot serta melatih murid agar
berkeupayaan mengeluarkan idea yang kreatif dan inovatif seiring dengan pemikiran
aras tinggi.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Murid mendapat pendedahan mengenai Basic Android Robot
5.2 Murid diajar konsep programming Basic Android Robot
5.3 Melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif dan inovatif
5.4 Membina sifat yakin diri di kalangan murid-murid.

6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : Tn Hj Ismail bin Supandi
Pengerusi : En. Ahmad Syamsul Arifin bin Sulaiman
Penyelaras : Pn . Nurul Waheedah binti Yaacob
Setiausaha : Pn Siti Aidah binti Alias

Ahli-ahli Jawatankuasa:
6.1 Urusetia dan Pendaftaran
Pn Nurul Waheedah binti Yaacob

6.2 Sijil, Buku Program dan Jamuan makan


Pn Siti Aidah binti Alias

6.3 Jurufoto dan dokumentasi


En Mohammad Shahrulnizam bin Ramli

6.4 Teknikal dan disiplin


En Mohd Fadhil bin Hasan

7.0 BIDANG TUGAS


7.1 Penyelaras program
 Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum
 Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat
7.2 Setiausaha
 Menguruskan makluman kepada peserta kursus
 Menguruskan surat kepada penceramah
 Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat

7.3 Urusetia dan pendaftaran


 Mendaftar masuk semua peserta
7.4 Sijil, Buku Program dan Jamuan makan
 Menyediakan sijil murid dan buku program
 Berbincang dengan penyelaras untuk memastikan jumlah peserta.
 Membuat tempahan makanan dan memastikkan tempat makan
adalah bersih dan teratur.
7.5 Jurufoto dan dokumentasi
 Mengambil gambar perjalanan kursus ,membuat laporan dan
mendokumentasikannya
7.6 Teknikal dan disiplin
 Memastikan perjalanan terkawal dan menepati masa
 Memastikan disiplin murid terjaga.

8.0 KUMPULAN SASARAN
Ahli kelab tahun 4, 5 dan 6. Sekiranya ada kekosongan, murid tahun 3(ahli kelab)
akan dipertimbangkan.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan Catatan


1 1.4.2016 Perbincangan bersama PK Penyelaras Membuat draf 1
Kokurikulum tentang kursus kertas kerja
robotik program
2 2.4.2016 Menyerah kertas kerja untuk Penyelaras Memperbaiki
diedit kertas kerja
3 2.4.2016 Menyerah kertas kerja untuk Penyelaras Lulus/ Tidak Lulus
kelulusan penasihat
4 5.4.2016 Mesyuarat bersama AJK Penyelaras Pengagihan tugas
Pelaksana AJK
5 7.4.2016 Mengedar surat kebenaran ibu Penyelaras Murid yang terlibat
bapa sahaja
6 7.4.2016 Mendapat penceramah atau Penyelaras Lancar/ Tidak
fasilitator
7 12.4.201 Persiapan tempat AJK Lancar/ Tidak
6
8 13.4.201 Pelaksanaan kursus My Robotz Lancar/ Tidak
6 enterprise

10 JADUAL PELAKSANAAN KURSUS

Masa Aktiviti

2.00 ptg - Makan tengahari

2.20 ptg - Pendaftaran


2:30 ptg - Basic Android Robot

3:30 ptg - Programming Robot

4:30 ptg - Bersurai

11 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN (MENGIKUT KELULUSAN RFP)

Perkara Perincian Kos Jumlah(RM)


1. Yuran Kursus 100 orang x 1 hari x RM10 1000.00
2. Makan minum murid 100 orang x 1 hari x RM5 500.00
3. Makan minum guru 5 orang x 1 harix RM 3 25.00
4. Bahan untuk edaran 100 unit x RM3 300.00
5. A4 Paper 5 unit x RM13 65.00
6. Ink Catridge (black) 2 unit x RM50 100.00
7. Ink Catridge (Color) 2 unit x RM60 120.00
8. Alat tulis I set 50.00
9. Inkjet Glossy Paper 2 unit x RM8.00 16.00
JUMLAH KESELURUHAN 2416.00

12 INSTRUMEN PENILAIAN

12.1 Borang kehadiran Peserta

12.2 Borang Post Moterm

13 PENUTUP

Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat meningkatkan
pengetahuan dalam bidang robotik khususnya dalam pemasangan robot,
programming dan menjana idea menggunakan robot yang dipasang untuk membina
sesuatu bahan yang bermakna dalam kehidupan seharian
Disediakan oleh:

…………………………….

(NURUL WAHEEDAH BINTI YAACOB)

Penyelaras Kebitaraan Kokurikulum

Disemak oleh:

…………………………………

(En. Ahmad Syamsul Arifin bin Sulaiman)

PK Kokurikulum

Diluluskan oleh :

………………………..

(Tn Hj Ismail bin Supandi )

Guru Besar SK Seafield

Anda mungkin juga menyukai