Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

BENGKEL PENERBITAN MCP


1. Nama Kursus: Bengkel Penerbitan MCP (Multi Camera Production)

2. Tempat diadakan: Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)

3. Bilangan Peserta: Seramai 10 orang

4. Kumpulan Sasar: i. Ahli Jawatankuasa AVA CIAST


ii. Pegawai Latihan Vokasional (J17-J48)

5. Tarikh/Tempoh
Kursus: 5 hari

6. Tujuan/Objektif
Kursus:
i. Meningkatkan pengetahuan teori dan amali
mengenai teknik mengguna kamera video MCP.

ii. Melahirkan lebih ramai jurukamera dan pengarah


kamera video MCP.

iii. Meningkatkan kemahiran dan memahami teknik-


teknik pengendalian dari sudut subjektif dan
objektif.

iv. Memahami aspek-aspek pengurusan produksi,


penggunaan peralatan, penyediaan skrip,
pengambaran, pencahayaan, penataan bunyi dan
pasca produksi.

7. Latar Belakang
Kursus:
i. CIAST telah mewujudkan JK MCP yang akan
terlibat secara aktif dengan aktiviti video dan
fotografi.

ii. CIAST telah membeli peralatan baru untuk JK


MCP dan tidak semua Ahli JK MCP mahir
menggunakan setiap peralatan dan perkakasan
tersebut.

iii. Untuk meningkatkan tahap penggunaan peralatan


dan perkakasan MCP, dicadangkan diadakan
bengkel yang dilatih oleh pakar iaitu dari Finas.
iv. Bengkel Penerbitan MCP juga diperlukan untuk
memberi pendedahan kepada Ahli JK MCP teknik
profesional bermula dari sesi penggambaraan
sehingga sesi pratonton supaya hasil output dapat
dijadikan produk untuk pasaran.

8. Kandungan kursus :

Topik 1

Definisi dan matlamat, kaedah penggunaan kamera video MCP. Menerima arahan
dan mengenali shot serta sudut kamera dari bilik konti.

Topik 2

Kefahaman mengenai pengeluaran dan penerimaan bunyi, penataan bunyi,


penggunaan peralatan bunyi, pengadunan bunyi dan pencahayaan.

Topik 3

Latihan amali lokasi luar atau studio.

Topik 4

Pasca Produksi, penyuntingan, pratonton, projek, rumusan dan penilaian.

Latar Belakang FINAS

Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ditubuhkan kerajaan pada 26 Julai 1980 untuk
merangka cara-cara bagi memajukan perusahaan filem Malaysia. Hasil daripada salah satu
cadangannya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (atau FINAS), telah
ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981
(Akta 244). FINAS mula beroperasi di alamat No. 7 Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur mulai
1 November 1981 dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Mulai 16
Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. FINAS kemudiannya
beroperasi di alamat No. 198 Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke
Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, pada 19 Disember 1988. Mulai tarikh 27 Disember
2004, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan
Warisan bermula pada tahun 2008. Mulai April 2008 FINAS diletakkan dibawah Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

9. Anggaran Perbelanjaan:

Perbelanjaan melibatkan Yuran Kursus.

Yuran Kursus / seorang


Bilangan
(Penginapan dan makan minum Jumlah (RM)
Peserta
disediakan)

10 RM 1,500.00 15,000.00

10. Kompetensi yang


Diperolehi : Sijil Penyertaan Kursus keluaran Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

11. Justifikasi Mengadakan


Kursus :
Untuk meningkatkan penggunaan peralatan MCP dan
menambahkan kemahiran JK MCP yang menerima
peralatan baru dan ke arah memasarkan produk keluaran.

12. Cadangan Lain : Tiada

13. Kesimpulan :
Kursus ini mampu meningkatkan kemahiran dalam
pengurusan produksi, penggunaan peralatan,
penyediaan skrip, pengambaran, pencahayaan,
penataan bunyi dan pasca produksi di samping
mengoptimumkan lagi penggunaan peralatan yang baru
dan sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai